Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mohd Ali Rustam hari ini mengesahkan akan bertanding pada pemilihan parti Oktober depan.
Beliau bagaimanapun belum mengesahkan jawatan yang akan ditandinginya kerana masih mendapatkan maklum balas daripada akar umbi.
"Saya kena tengok pandangan daripada akar umbi. Selain Bandar Tun Razak, ada juga bahagian lain yang telah menyatakan sokongan, tapi saya kena dapatkan banyak maklum balas dari akar umbi apa jawatan yang patut saya bertanding. Kena dapatkan yang betul-betul tepat sebab kali ini semua ahli yang buat keputusan.
"Mungkin belum masa yang sesuai, nanti dah sampai masa saya akan beritahu sebelum tarikh tutup (pencalonan) 7 Sept," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Ramadan kepada 500 penerima termasuk anak yatim dan warga emas di sini hari ini.
Bekas Ketua Menteri Melaka ini berkata dorongan kuat untuk beliau bertanding adalah disebabkan beliau mahu terus menyumbang kepada parti dan masyarakat.
Katanya pada masa kini kedudukan orang Melayu dan Bumiputera seperti mahu diketepikan oleh banyak pihak dan ini menambah kepada semangatnya untuk mempertahankan hak golongan itu.
"Apa guna kita berjuang dalam politik kalau tidak kerana orang Melayu, hak agama Islam di samping menjaga kepentingan orang lain.
"Kalau kita tidak ada dalam parti, tidak melalui proses demokrasi berpolitik, macam mana kita hendak pertahankan hak yang kita miliki sekarang. Itulah perkara yang akan saya perjuangkan secara berterusan," katanya.
Mohd Ali, 63, dipilih sebagai Naib Presiden Umno pada pemilihan 2004, bagaimanapun tidak dibenarkan bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan 2009 selepas didapati melanggar peraturan pemilihan Umno.
Beliau yang pernah bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno turut melahirkan sokongan penuh agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan akan datang.
Terdahulu dalam ucapannya, Timbalan Ketua Umno bahagian Bandar Tun Razak, Shahruddin Zainal Abidin berkata bahagian itu memberi sokongan penuh kepada Mohd Ali untuk bertanding jawatan Naib Presiden Umno pada pemilihan akan datang.
Bernama
Sun Aug 04 2013
![Ali Rustam sahkan bertanding pemilihan Umno Ali Rustam sahkan bertanding pemilihan Umno](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-01/81358521049_295x200.jpg)
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
Polis tunggu laporan makmal tentukan punca kematian Nur Farah Kartini
Polis sedang menunggu laporan makmal bagi menentukan punca kematian berhubung kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris, Nur Farah Kartini Abdullah.
![Teka-teki terjawab, Ab Rauf sah Ketua Menteri Melaka ke-13 Teka-teki terjawab, Ab Rauf sah Ketua Menteri Melaka ke-13](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51680257974_TBALIRUSTAMANGKATSUM.jpg)
Teka-teki terjawab, Ab Rauf sah Ketua Menteri Melaka ke-13
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh selesai mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 petang ini.
![Letak jawatan Ketua Menteri? Sulaiman hanya tunjuk isyarat 'maaf' Letak jawatan Ketua Menteri? Sulaiman hanya tunjuk isyarat 'maaf'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51680147189_SulaimanAli.jpg)
Letak jawatan Ketua Menteri? Sulaiman hanya tunjuk isyarat 'maaf'
Sulaiman meninggalkan Kompleks Seri Negeri pada pukul 11.03 pagi dengan menaiki kenderaan jenis Mercedes Benz.
![Nur Azmi ganti Ali Rustam terajui Karate Malaysia Nur Azmi ganti Ali Rustam terajui Karate Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51676848023_TBNurAzmi.jpg)
Nur Azmi ganti Ali Rustam terajui Karate Malaysia
Beliau menggantikan Tun Mohd Ali Rustam selepas menang tanpa bertanding pada Kongres MAKAF ke-31 semalam.
![KPN dahului 695 penerima Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Melaka KPN dahului 695 penerima Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Melaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/81627794024_DatukSeriAcrylSa.jpg)
KPN dahului 695 penerima Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Melaka
Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka akan diadakan selepas Melaka melangkah ke Fasa Tiga PPN.
![Mohd Ali Yang Dipertua Negeri Melaka: K'jaan negeri, rakyat zahir tahniah - KM Mohd Ali Yang Dipertua Negeri Melaka: K'jaan negeri, rakyat zahir tahniah - KM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/51591309642_angdiPertuanAgong.jpg)
Mohd Ali Yang Dipertua Negeri Melaka: K'jaan negeri, rakyat zahir tahniah - KM
Kerajaan negeri Melaka dan seluruh rakyat negeri ini mengucapkan tahniah kepada Tun Mohd Ali Rustam yang diangkat sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka ketujuh, kata Ketua Menteri Datuk Sulaiman Md Ali.
![Agong kurnia Watikah Pelantikan TYT Melaka ketujuh kepada Mohd Ali Rustam Agong kurnia Watikah Pelantikan TYT Melaka ketujuh kepada Mohd Ali Rustam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/81591307965_watikah.jpg)
Agong kurnia Watikah Pelantikan TYT Melaka ketujuh kepada Mohd Ali Rustam
Pelantikan bekas Ketua Menteri Melaka itu berkuat kuasa semalam sehingga tempoh empat tahun bagi menggantikan Tun Dr Mohd Khalil Yaakob yang tamat tempoh perkhidmatan semalam.
![Nama PUNB sekali lagi dimanipulasi pihak tertentu Nama PUNB sekali lagi dimanipulasi pihak tertentu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-06/41496293502_DatoHjAzhar.jpg)
Nama PUNB sekali lagi dimanipulasi pihak tertentu
PUNB tidak pernah melantik atau menggunakan mana-mana khidmat perantara, persatuan, ejen atau wakil, untuk berurusan dengan usahawan dan bakal usahawan yang memohon pembiayaan daripada PUNB.
![Ali Rustam mahu debat Tun Mahathir dan Nazri Aziz diteruskan Ali Rustam mahu debat Tun Mahathir dan Nazri Aziz diteruskan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/81457254485_AliRustam.jpg)
Ali Rustam mahu debat Tun Mahathir dan Nazri Aziz diteruskan
Bekas Ketua Menteri Melaka itu berkata, dunia semakin terbuka dan politik negara telah berada di peringkat matang, untuk menganjurkan sesi debat seperti itu.
![ASEAN, OIC dan PBB perlu hentikan pembunuhan etnik Rohingya - DMDI ASEAN, OIC dan PBB perlu hentikan pembunuhan etnik Rohingya - DMDI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/81457254485_AliRustam.jpg)
ASEAN, OIC dan PBB perlu hentikan pembunuhan etnik Rohingya - DMDI
ASEAN, OIC dan PBB boleh memainkan peranan penting menghentikan krisis di Myanmar serta mempunyai kuasa untuk menamatkan pembunuhan secara beramai-ramai.
![Penganjur sedia bayar kos pembersihan RM50,000 bagi 'Himpunan Rakyat Bersatu' Penganjur sedia bayar kos pembersihan RM50,000 bagi 'Himpunan Rakyat Bersatu'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/61442480645_950x600.jpg)
Penganjur sedia bayar kos pembersihan RM50,000 bagi 'Himpunan Rakyat Bersatu'
Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata pihaknya tidak mempunyai masalah untuk menanggung kos pembersihan itu.