KUALA LUMPUR: Sejumlah tujuh isu berkaitan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) dikenal pasti untuk diberi keutamaan dalam proses penambahbaikan akta tersebut.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, ia hasil kajian dan penelitian Jawatankuasa Kerja Pindaan Akta 711.
"Banyak pindaan seksyen termasuk Seksyen 2, termasuk dari segi pengurusan di bawah Seksyen 6, Seksyen 8 dan Seksyen 11, perlu dipinda.
"Tujuh langkah yang perlu diambil kira ini masih dalam kajian dan penelitian jawatankuasa kerja pindaan akta tersebut.
"Hasil kajian dan parameter bagi cadangan penambahbaikan Akta 711 dijadual akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri pada Disember 2021," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) yang ingin tahu secara terperinci cadangan mengkaji semula undang-undang berkaitan pemberi maklumat di bawah Akta 711 dan sejauh mana keberkesanannya melindungi pemberi maklumat dalam kes-kes salah laku dan rasuah berprofil tinggi.
Mengulas lanjut, Wan Junaidi pada masa sama akui wujud kekurangan dalam Akta 711.
"Berdasarkan statistik yang dikemukakan dari tahun 2011-2021 jumlah aduan yang diterima oleh Agensi Penguatkuasa adalah tinggi iaitu seramai 73,545.
"Namun demikian jumlah pemberi maklumat adalah hanya seramai 527 orang sahaja.
"Ini menunjukkan terdapat kekurangan samada dalam pelaksanaan Akta tersebut atau dalam peruntukan-peruntukan Akta itu sendiri," katanya.
Tujuh penambahbaikan yang dicadangkan tersebut adalah:
i. Definisi “Kelakuan tidak Wajar” di bawah Seksyen 2 Akta 711 adalah terlalu luas dan tidak jelas.
ii. Akta 711 tidak mengiktiraf mekanisma aduan dalaman yang diwujudkan dalam sesebuah organisasi “bukan agensi penguatkuasa” untuk diterima sebagai saluran pendedahan kelakuan tidak wajar yang sah dan diterima di bawah Akta 711.
iii. Tiada pengurusan secara berpusat atau pihak berkuasa tunggal yang bertanggungjawab dalam memberi perlindungan kepada pemberi maklumat di Malaysia.
iv. Terdapat inconsistency di antara Seksyen 6 Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 dan Seksyen 203A (1) dan (2) Kanun Keseksaan. Seksyen 203A Kanun Keseksaan memperuntukan manamana pihak yang didapati mendedahkan mana-mana maklumat yang diperoleh olehnya sewaktu menjalankan tugas merupakan suatu kesalahan. Namun, Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 membenarkan pendedahan sesuatu kelakuan tidak wajar yang diketahui sewaktu seseorang menjalankan tugas, sama ada oleh pegawai badan awam, atau badan swasta.
v. Terdapat percanggahan Seksyen 8 dan Seksyen 14 Akta 711. Siasatan “Tindakan Yang Memudaratkan” pada kebiasaannya akan mendedahkan identiti Pemberi Maklumat. Seksyen 8 memperuntukkan bahawa pendedahan identiti Pemberi Maklumat merupakan suatu kesalahan di bawah Akta ini. Di samping itu, Seksyen 14 pula memperuntukkan kuasa kepada Agensi Penguatkuasa menjalankan siasatan berhubung “Tindakan Yang Memudaratkan” apabila menerima aduan daripada Pemberi Maklumat.
vi. Seksyen 11(1)(a) memperuntukkan bahawa agensi penguatkuasaan boleh membatalkan perlindungan pemberi maklumat jika berdasarkan penyiasatan didapati bahawa pemberi maklumat itu sendiri telah menyertai kelakuan tidak wajar yang didedahkan itu; dan
vii. Seksyen 26 Akta 711 tidak memperuntukkan kaedah serta skala pengiraan ganjaran.
Harits Asyraf Hasnan
Tue Nov 16 2021

Wan Junaidi berkata ia hasil kajian dan penelitian Jawatankuasa Kerja Pindaan Akta 711. - Foto Jabatan Penerangan Malaysia

Sentimen berhati-hati dorong ringgit dibuka hampir mendatar berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit rendah kepada 4.4310/4440 berbanding dolar AS daripada 4.4310/4375 pada Khamis.

Tujuh premis termasuk kedai runcit, inap desa musnah dalam kebakaran di Kundasang
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Mangsa banjir di Beaufort tinggal 407 orang
Hanya empat PPS masih beroperasi iaitu Dewan PSP Dun Banir, Dewan Bisaya, Dewan Residensi Prima dan Dewan Kukut yang dibuka sejak 8 Mac.

Kanada fail aduan di WTO terhadap tarif keluli dan aluminium AS
Kanada telah minta rundingan penyelesaian pertikaian dengan AS berhubung pelaksanaan duti import ke atas produk keluli dan aluminium tertentu.

Kad Visa Touch ‘n Go eWallet guna pengesahan TapSecure bermula 17 Mac
Transaksi menggunakan kad visa boleh disahkan dengan hanya menekan satu butang sahaja dalam aplikasi Touch n Go eWallet pada peranti pintar.
AWANI Pagi: Pembudayaan "Zero Hunger" di kampus universiti
Diskusi 8:30 pagi Jumaat bersama Hasanul Basri Abdullah, Dekan, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM); Hanifah Eydel-Romero Pensyarah, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)dan Nuranita Dewi Abdullah, Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) membincangkan mengenai projek "Zero Hunger" yang semakin diterima dan menjadi budaya di dalam kehidupan kampus warga Center of Foundation Studies, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, UIAM.
![[KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah [KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-02/71550535175_slippingcashbribe.jpg)
[KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah
Perbelanjaan politik sama ada secara terangan atau berselindung adalah sesuatu yang tidak dinafikan di dalam perjalanan politik terutama di dalam pilihan raya.
Prestasi S&P 500: Sehingga 13 Mac 2025
MarketWatch menyediakan tinjauan menyeluruh mengenai Indeks S&P 500, merangkumi berita terkini pasaran saham, data dagangan, dan analisis pergerakan pasaran. Saham dalam Indeks Standard & Poor’s 500 dikategorikan mengikut sektor dan industri, memudahkan pemahaman corak prestasi pasaran. Saiz setiap saham mencerminkan permodalan pasaran, menunjukkan kekuatan dan kedudukan syarikat-syarikat utama dalam pasaran.
"Pasaran Saham AS Menjunam: S&P 500 dalam Pembetulan Selepas Data Inflasi"
"Pasaran saham AS berakhir dengan penurunan mendadak pada hari Khamis, dengan S&P 500 mengesahkan ia berada dalam pembetulan selepas data inflasi yang sejuk dibayangi oleh kebimbangan bahawa perang tarif yang semakin memuncak oleh Amerika Syarikat terhadap rakan dagang terbesarnya boleh mencetuskan semula inflasi dan membawa ekonomi ke dalam kemelesetan. Saksikan analisis penuh tentang kejatuhan ini dan impaknya terhadap ekonomi global."
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 14 Mac 2025
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks serantau utama kebanyakannya lebih rendah apabila pelabur berhadapan situasi yang tidak menentu berpunca daripada ekonomi yang berpotensi untuk menguncup. Jadi bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI setakat pagi Khamis? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di KKDW
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri program Ihya Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

98.86 peratus pelajar SBP ambil pakej STEM - KPM
Semua sekolah berasrama penuh (SBP) sedang melaksanakan pakej bidang Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam usaha merealisasikan sasaran dasar 60 peratus murid dalam bidang STEM.

Suntikan modal tidak manfaatkan pemegang saham, pengurusan Sapura Energy - PM Anwar
Dalam usaha penstrukturan semula SEB, pemegang saham utama sebelum ini tidak lagi terlibat dalam pengurusan syarikat tersebut.

Suntikan RM1.1 bilion bukan dana hangus, dilaksanakan dalam bentuk pinjaman - PM Anwar
Keputusan itu dibuat selepas melalui proses ketat termasuk pelaksanaan audit forensik oleh firma perakaunan Ernst & Young, tegas Anwar.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

PM Anwar sampaikan sumbangan TabungKasih@HAWANA kepada pengamal media veteran
Sumbangan itu disampaikan Perdana Menteri ketika menyantuni pengamal media berkenaan pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri Bersama Pengamal Media di Angkasapuri.

KBS perlu kaji semula kursus, latihan kemahiran agar selari kehendak industri - PM Anwar
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) perlu mengkaji semula kursus dan latihan kemahiran agar memenuhi kehendak industri.

Projek pembangunan dan kebajikan rakyat diteruskan di semua kawasan - PM Anwar
Perdana Menteri memberi jaminan segala projek pembangunan dan kebajikan rakyat di semua kawasan akan diteruskan.

PM Anwar ucap takziah kepada mangsa banjir di Beaufort - Shamsul Iskandar
Kerajaan persekutuan menyalurkan sumbangan RM1,000 kepada mangsa banjir melalui NADMA dan menyeru kerjasama agensi persekutuan serta negeri dalam misi pascabanjir.