KUALA LUMPUR: Seorang lagi rakyat Malaysia mengharumkan nama negara ini di pentas dunia apabila memenangi Anugerah Child Passenger Safety International Instructor of the Year daripada sebuah pertubuhan di Amerika Syarikat (AS).
Usaha Jchanet Tan yang memulakan kempen peribadi mengenai keselamatan penumpang kanak-kanak lima tahun lepas, diiktiraf apabila Parlimen Malaysia meluluskan undang-undang keselamatan penumpang kanak-kanak yang pertama seumpamanya di negara ini pada Januari tahun lalu.
Menurut kenyataan National Child Passenger Safety Board yang berpangkalan di Illinois, Tan berazam untuk mengubah budaya di Malaysia dengan melobi penggubalan undang-undang berkenaan pada ketika Malaysia mencatatkan jumlah kematian kanak-kanak dalam nahas jalan raya 10 kali ganda lebih banyak berbanding AS.
"Beliau berbicara tentang asas dinamik kemalangan dan keperluan untuk berubah. Bayi dipangku di atas riba si ibu di kerusi penumpang hadapan kenderaan. Van sekolah yang sarat dengan kanak-kanak tidak bertali pinggang keledar serta imej kemalangan maut sering disiarkan oleh media," demikian menurut kenyataan itu.
Entiti AS itu berkata pada 2017, Tan menggunakan duit sendiri untuk ke AS bagi menghadiri kursus latihan Pensijilan Juruteknik Keselamatan Penumpang Kanak-kanak Nasional (CPST) dan pada Mac tahun berikutnya, beliau berstatus pengajar.
Beliau kemudian membantu mengadakan kursus latihan pensijilan CPST yang pertama di Malaysia dan hingga kini telah melatih 77 juruteknik termasuk 12 di Singapura.
Di samping itu, Tan turut menubuhkan sebuah badan bukan kerajaan pertama di negara ini yang khusus memastikan keselamatan kanak-kanak di jalan raya. Kumpulan Facebook yang berkaitan yang merangkumi golongan profesional dan penjaga, kini mempunyai 27,000 pengikut.
Mengulas mengenai anugerah itu, Pengerusi National Child Passenger Safety Board Lonny Haschei berkata: " Atas inisiatifnya sendiri beliau menjadi juruteknik dan pengajar. Beliau seorang pengubah keadaan dan telah menunjukkan bahawa tidak ada had atau batasan dalam isu keselamatan penumpang kanak-kanak."
Sementara itu, Tan memberitahu Bernama yang beliau "tidak menduga dan terkejut" apabila dinamakan sebagai penerima anugerah yang turut diintai oleh lapan lagi calon antarabangsa.
Katanya walaupun undang-undang keselamatan penumpang kanak-kanak sudah tersedia, masih banyak yang perlu dilakukan bagi mewujudkan kesedaran masyarakat tentang keselamatan penumpang-kanak-kanak.
Sebagai seseorang yang terlibat dalam Majlis Keselamatan Jalan Raya serta Jabatan Keselamatan Jalan Raya sejak lima tahun lalu, Tan berkata kempen mereka kebanyakannya bermusim dan tidak mewujudkan sebarang kesan.
"Cuba tengok pada undang-undang berkaitan tali pinggang keledar untuk tempat duduk belakang yang dikuatkuasakan pada 2009. Hingga sekarang kadar pematuhan adalah rendah, tahap kesedaran lagilah rendah. Jika mereka patuh pun, pemakaian tali pinggang keledar itu bukan demi keselamatan tapi untuk mengelak disaman," katanya.
Tan juga berkata pasukannya yang terdiri daripada pakar keselamatan penumpang kanak-kanak yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, memerlukan endorsemen rasmi bagi membolehkan mereka mendapatkan penajaan untuk program mereka.
"Semua program kami yang terdahulu ditaja. Petronas merupakan antara penyokong kuat kami sebelum pandemik COVID-19," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 09 2021
Pada 2017, Tan menggunakan duit sendiri untuk ke AS bagi menghadiri kursus latihan Pensijilan Juruteknik Keselamatan Penumpang Kanak-kanak Nasional (CPST). - Facebook/National Child Passenger Safety Board
AWANI Ringkas: Lebih RM260 juta Projek Tebatan Banjir Sibu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Harga mikrofon pertama Shila Amzah sama seperti beli kereta Malaysia
Shila memberitahu itu buat pertama kali dia membeli mikrofon pertama selepas berpuluh tahun menapak di dalam industri seni.
Lebih RM260 juta untuk projek tebatan banjir Sibu - TPM Fadillah
Sebanyak RM268 juta telah dibelanjakan oleh kerajaan Persekutuan di bawah Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sibu.
Kerajaan Madani tidak lari dari landasan perlembagaan - Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, kerajaan tidak akan mengubah ketetapan Islam sebagai agama rasmi dalam Perlembagaan Persekutuan sebagaimana didakwa oleh pembangkang.
Pengerusi DAP Johor: Chin Tong sedia beri laluan kepada Nie Ching
Liew Chin Tong sedia berundur daripada jawatannya sebagai Pengerusi DAP Johor untuk memberi ruang kepada timbalannya, Teo Nie Ching.
AWANI Ringkas: Golongan elit fobia bahasa kebangsaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Fantastic Food Festival 7.0 by Kak Nab meriah, platform usahawan IKS bina 'branding' tersendiri
Penganjuran Fantastic Food Festival (FFF) 7.0 dengan kerjasama Yaya Empire Perfume menjadi satu sinergi terbaik untuk para usahawan memasarkan produk.
Tiga anggota polis ditahan di pusat hiburan, positif dadah
Tiga anggota polis antara 14 individu ditahan setelah didapati positif dadah dalam serbuan di sebuah pusat hiburan dekat Taman Dutamas, Cheras.
Mesir hantar 22 tan bantuan kemanusiaan ke Lubnan
Mesir menghantar 22 tan bantuan kemanusiaan ke Lubnan, menurut Kementerian Luar negara itu pada Sabtu.
Kerajaan tidak pernah bincang tukar status agama Islam sebagai agama Persekutuan - PM Anwar
Kerajaan tidak pernah berbincang untuk menukar status agama Islam sebagai agama Persekutuan, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Aktivis keselamatan penumpang kanak-kanak Malaysia menang anugerah global
Usaha Jchanet Tan yang memulakan kempen peribadi mengenai keselamatan penumpang kanak-kanak lima tahun lepas, dapat pengiktirafan.