Pindaan Akta Kebankrapan 1967 untuk memberi nafas baharu kepada golongan bankrap dijangka menjadi tumpuan utama perbahasan sidang Parlimen kali ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata pindaan akta berkenaan antara agenda yang akan menjadi tumpuan sewaktu persidangan Dewan Rakyat Penggal Kelima Parlimen ke-13 yang membuka tirainya hari ini.
"Selain itu juga saya akan berusaha untuk memastikan Akta Jenayah Seksual Kanak-Kanak dapat dibentangkan dalam sidang kali ini," katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V ketika bertitah merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-13 di Dewan Rakyat hari ini menegaskan, kerajaan juga akan meminda Akta Kebankrapan 1967 bagi memberi peluang kedua kepada golongan bankrap untuk bangkit kembali memulakan kehidupan baharu dan terus menyumbang kepada ekonomi negara.
Menurut Azalina, setakat 28 Feb 2017, sebanyak empat Rang Undang-Undang (RUU) telah disahkan akan dibuat bacaan Kedua dan Ketiga pada sidang ini dan dijangka terdapat RUU Perbekalan Tambahan akan dibentangkan pada sidang kali ini.
Antara RUU yang akan melalui bacaan Kedua dan Ketiga adalah RUU Mahkamah (Kaedah-Kaedah Pemulaan Tindakan Sivil) 2016; RUU Kebankrapan (Pindaan) 2016; RUU Memperbaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan) 2016; dan RUU Setem (Pindaan) 2016.
"Dengan pembukaan sidang kali ini yang menggunakan dewan asal yang telah dinaik taraf dan diubah suai, diharap mampu memberi suasana yang kondusif sekaligus memastikan perbahasan dapat berjalan dengan baik. Saya ucapkan selamat bersidang kepada semua Ahli-Ahli Parlimen," kata Azalina.
Persidangan Dewan Rakyat akan berlangsung selama 20 hari sehingga 7 April sementara Dewan Negara dari 17 April hingga 27 April.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 06 2017

AZALINA: Pindaan Akta Kebankrapan 1967 untuk memberi nafas baharu kepada golongan bankrap dijangka menjadi tumpuan sidang Parlimen kali ini. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

36 kes kesalahan Akta Jenayah Seksual Kanak-kanak
Kementerian bekerjasama dengan beberapa agensi lain bagi melaksanakan pelbagai program dan inisiatif ke arah mengurangkan berlakunya kes sumbang mahram.