JOHOR BAHRU: Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis ditugaskan bagi mengawal keselamatan pada perlawanan sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Jumaat ini.
Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata pihaknya akan memastikan kawalan keselamatan pada tahap yang tertinggi sepanjang perlawanan berlangsung.
"Kita tidak kompromi terhadap keselamatan dan kawalan keselamatan adalah pada tahap yang tertinggi.
"Sesiapa yang ingin menonton di stadium boleh pergi tanpa sebarang kerisauan," katanya pada sidang media di Markas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua di sini hari ini.
Beliau turut meminta orang ramai mendengar segala arahan oleh pegawai dan anggota polis bertugas selain tidak mencetuskan sebarang provokasi.
Perlawanan sumbangsih musim 2024/2025 bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah itu melibatkan juara Liga Super 2023, Johor Darul Ta'zim (JDT) dan naib juara Selangor FC.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 07 2024

Polis akan memastikan kawalan keselamatan pada tahap yang tertinggi sepanjang perlawanan berlangsung. - Gambar fail

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Liga-M masih mempunyai nilai tinggi - Pemerhati sukan
Ini dibuktikan dengan jumlah besar itu diperoleh pada musim ini, ketika situasi penularan COVID-19 masih tidak menentu dan kehadiran penonton di stadium masih tidak dibenarkan.