KEPALA BATAS: Hanya kerana perselisihan faham, seorang lelaki bertindak membakar motosikal milik seorang pekerjanya dalam kejadian di sebuah kilang memproses ayam di Tasek Gelugor, Pulau Pinang Selasa lalu.
Suspek merupakan pemilik kilang berusia 40 tahun dipercayai berbuat demikian selepas tidak berpuas hati dengan mangsa yang meminjam keretanya sehingga kehabisan petrol dan rosak.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa berusia 35 tahun mendakwa motosikalnya terbakar dan hanya tinggal rangka pada Selasa lalu.
"Dia mengesyaki perbuatan itu dilakukan majikannya kerana sehari sebelum kejadian berlaku perselisihan faham antara mereka berdua," katanya.
Menurut Noorzainy, pada Isnin lalu, mangsa telah meminjam kereta suspek untuk berjumpa dengan kawannya di Kubang Menerong, Tasek Gelugor.
Bagaimanapun, kereta tersebut kehabisan petrol dan menyebabkan mangsa meninggalkan kenderaan tersebut di tepi jalan.
"Mangsa kembali semula bersama suspek keesokan harinya untuk mengisi petrol dan membawa balik kenderaan tersebut namun kenderaan itu tidak dapat dihidupkan,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Noorzainy berkata, suspek yang tidak berpuas hati kemudian menuju ke kilangnya lalu membakar motosikal milik mangsa.
Perbuatan suspek disaksikan ibunya dan seorang jiran yang cuba menghalang tindakan itu namun gagal.
Katanya, suspek juga dikatakan menghantar gambar motosikal yang sedang terbakar kepada mangsa.
"Hasil siasatan mendapati motosikal itu ditinggalkan suspek sejak seminggu lalu di kilang tersebut kerana mengalami kerosakan,” katanya.
Susulan laporan mangsa, suspek kemudiannya ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah SPU kira-kira jam 1 petang Khamis.
Pihak polis turut merampas telefon bimbit, cebisan kain berwarna coklat yang terdapat kesan terbakar, pemetik api dan sekeping nombor plat kenderaan yang terbakar.
Noorzainy berkata, hasil siasatan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau manakala saringan air kencingnya juga negatif dadah.
Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat menggunakan api.
Dewi Nur Harasha Alias
Fri Jun 11 2021
![Akibat salah faham, lelaki bakar motosikal milik pekerjanya Akibat salah faham, lelaki bakar motosikal milik pekerjanya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/61623387119_bakarmotosikal.jpg)
Perbuatan suspek disaksikan ibunya dan seorang jiran yang cuba menghalang tindakan itu namun gagal. - PDRM
Isu garis panduan JAKIM hangatkan sesi Parlimen
"Cadangan menetapkan garisan panduan bukan saja bertentangan dengan semangat perpaduan negara, malah akan memperdalam jurang antara kaum serta agama," kata Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat.
"Ini untuk mengelak perkara yang boleh merosak akidah orang Islam. Menghadiri upacara keagamaan, selain upacara keagamaan, tiada masalah," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.
"Ini untuk mengelak perkara yang boleh merosak akidah orang Islam. Menghadiri upacara keagamaan, selain upacara keagamaan, tiada masalah," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.
Dua warga Indonesia mengaku tidak bersalah miliki dan jual senjata
Dua lelaki Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth diatas pertuduhan berdagang senjata api.
22 individu mengaku tidak bersalah tuduhan jenayah terancang
22 individu dikaitkan dengan GISB, termasuk Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nasiruddin Mohd Ali mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang.
![PAC anjur sesi pendengaran awam isu premium insurans kesihatan, caj hospital swasta PAC anjur sesi pendengaran awam isu premium insurans kesihatan, caj hospital swasta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732005413_MasErmieyatiSamsud.jpg)
PAC anjur sesi pendengaran awam isu premium insurans kesihatan, caj hospital swasta
PAC akan mengadakan sesi pendengaran awam bagi prosiding Peningkatan Bayaran Premium Insurans kesihatan/Takaful, Caj Hospital Swasta dan Impak Kepada Kesihatan Awam.
![Trump tandatangan perintah eksekutif untuk kurangkan tenaga kerja persekutuan Trump tandatangan perintah eksekutif untuk kurangkan tenaga kerja persekutuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739158919_DonaldTrump.jpg)
Trump tandatangan perintah eksekutif untuk kurangkan tenaga kerja persekutuan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menandatangani perintah eksekutif bagi mempercepat pengurangan besar-besaran tenaga kerja persekutuan.
![Penipuan perjalanan melalui AI dan media sosial kian meningkat - Airbnb Penipuan perjalanan melalui AI dan media sosial kian meningkat - Airbnb](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-11/41511783671_Travelluggage.jpg)
Penipuan perjalanan melalui AI dan media sosial kian meningkat - Airbnb
Airbnb memberi amaran bahawa golongan muda lebih berisiko terdedah kepada penipuan di media sosial.
![Bintang K-Pop G-Dragon kembali dengan jelajah dunia selepas 8 tahun Bintang K-Pop G-Dragon kembali dengan jelajah dunia selepas 8 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739348507_tbGDragonKPop.jpg)
Bintang K-Pop G-Dragon kembali dengan jelajah dunia selepas 8 tahun
Bintang K-Pop G-Dragon bakal memulakan jelajah dunia yang pertama dalam tempoh lapan tahun dengan dua konsert di Goyang, barat laut Seoul bulan depan, lapor agensi berita Yonhap pada Rabu.
![Dua lelaki warga Indonesia mengaku tidak bersalah perdagang senjata api Dua lelaki warga Indonesia mengaku tidak bersalah perdagang senjata api](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739349606_TBINDONESIASENJATA.jpg)
Dua lelaki warga Indonesia mengaku tidak bersalah perdagang senjata api
Dua lelaki warga Indonesia mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memperdagangkan senjata api, bulan lepas.
![Kempen keselamatan dalam talian perkukuh kesedaran ancaman siber - Pakar Kempen keselamatan dalam talian perkukuh kesedaran ancaman siber - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732176967_TBscam.jpg)
Kempen keselamatan dalam talian perkukuh kesedaran ancaman siber - Pakar
Inisiatif itu amat penting berikutan perkembangan pesat teknologi dan peningkatan kecekapan sindiket jenayah siber.
![BAMTC 2025: Malaysia tumpas di tangan Hong Kong 2-3 BAMTC 2025: Malaysia tumpas di tangan Hong Kong 2-3](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739349155_tbBEREGUlelakinega.jpg)
BAMTC 2025: Malaysia tumpas di tangan Hong Kong 2-3
Malaysia terpaksa akur tewas 2-3 kepada Hong Kong dalam aksi pembuka tirai Kumpulan B Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) 2025 di China.
![Bakar suami sebab kuat main judi 'online' Bakar suami sebab kuat main judi 'online'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718069364_bakarsuami.jpg)
Bakar suami sebab kuat main judi 'online'
Siasatan awal mendapati pelaku melakukan perbuatan itu kerana konflik rumah tangga.
![Kedutaan Sweden di Iran, Iraq dibanjiri protes Kedutaan Sweden di Iran, Iraq dibanjiri protes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51688172850_Swedish.jpg)
Kedutaan Sweden di Iran, Iraq dibanjiri protes
Ia susulan insiden membakar kitab suci al-Quran di luar masjid di Stockholm pada Rabu oleh seorang pelampau di Sweden.
![Lelaki didakwa bunuh kekasih hamil Lelaki didakwa bunuh kekasih hamil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61685593458_Didakwa.jpg)
Lelaki didakwa bunuh kekasih hamil
Tertuduh bertindak membunuh dan membakar teman wanitanya yang hamil empat bulan di sebuah kebun kelapa sawit 22 Mei lalu.
![Reman lelaki bunuh, bakar teman wanita hamil disambung Reman lelaki bunuh, bakar teman wanita hamil disambung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61685328213_TBbunuh.jpg)
Reman lelaki bunuh, bakar teman wanita hamil disambung
Tempoh reman berakhir Isnin itu disambung kerana masih dalam siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
![Turkiye kutuk tindakan cemar al-Quran, bendera di Denmark Turkiye kutuk tindakan cemar al-Quran, bendera di Denmark](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41674444171_StramKursRasmusPa.jpg)
Turkiye kutuk tindakan cemar al-Quran, bendera di Denmark
Insiden itu yang dilakukan semasa bulan suci Ramadan.
![ISESCO kecam tindakan bakar al-Quran di Stockholm ISESCO kecam tindakan bakar al-Quran di Stockholm](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41674444171_StramKursRasmusPa.jpg)
ISESCO kecam tindakan bakar al-Quran di Stockholm
ISESCO pada Ahad mengecam "tingkah laku biadab" membakar naskhah al-Quran oleh pelampau di Stockholm.
![Polis buru lelaki bakar mesin ATM Polis buru lelaki bakar mesin ATM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/71647558966_TBLELAKIBAKARMESIN.jpg)
Polis buru lelaki bakar mesin ATM
Siasatan awal mendapati suspek telah memasuki ke dalam bilik menempatkan ATM berkenaan sebelum menyalakan api.
![Petua makan bawang putih ubati sakit kaki, tumit dan angin dalam badan Petua makan bawang putih ubati sakit kaki, tumit dan angin dalam badan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81647394471_MakanBawangPutihI.jpg)
Petua makan bawang putih ubati sakit kaki, tumit dan angin dalam badan
Salah satu petua untuk kekal sihat adalah menggunakan bawang putih.
![Lebih 30 penduduk kampung termasuk kanak-kanak dibunuh, dibakar Lebih 30 penduduk kampung termasuk kanak-kanak dibunuh, dibakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/71640467889_TBThaiSoldier.jpg)
Lebih 30 penduduk kampung termasuk kanak-kanak dibunuh, dibakar
tentera Myanmar mendakwa mereka terpaksa melepaskan tembakan ke arah sekumpulan pengganas yang lengkap bersenjata di kampung tersebut.
![Polis siasat kejadian Al-Quran dibakar di Kluang Polis siasat kejadian Al-Quran dibakar di Kluang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/81630743092_LogoPDRM.jpg)
Polis siasat kejadian Al-Quran dibakar di Kluang
Polis sedang menyiasat kejadian senaskah al-Quran yang dibakar dan dijumpai di Tasik Taman Sri Impian.