"Doa saya untuk Tan Sri Aishah Ghani - bekas ketua Wanita Umno dan menteri kabinet", demikian catatan seorang wartawan kanan dalam laman Facebook semalam, dan hari ini negara menerima berita sedih pemergian Aishah, akibat sakit tua di Hospital Gleneagles di sini.
Allahyarham berusia 90 tahun.
Beliau juga seorang wartawan - pada mulanya di Pelita Malaya, lidah rasmi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan kemudian Berita Harian.
Tujuan beliau menulis untuk Pelita Malaya ialah bagi menggalakkan wanita menyertai politik selain menyedarkan mereka tentang kemerdekaan.
Dilahirkan pada 1923 di Kampung Sungai Serai, Hulu Langat di Selangor, wanita bersemangat waja ini melalui kehidupan penuh berwarna-warni berikutan penglibatan meluasnya dalam bidang kewartawanan, politik serta perjuangan untuk golongan wanita.
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Bukit Raya, Cheras sebelum melanjutkan pelajaran di Sekolah Arab Diniah Puteri, Sumatera dari 1936 hingga 1939 diikuti Kolej Latihan Guru Tinggi, Padang pada 1940, apabila beliau mula mengenali dunia politik berikutan Malaya ketika itu dijajah.
Sekembalinya ke tanah air pada 1943, Aishah merasa betapa pahitnya penindasan Jepun yang ketika itu berkuasa di Malaya dan bertekad mendapatkan kemerdekaan tanah air dengan menyertai PKMM yang ditubuhkan pada akhir 1945.
Walaupun diangkat menjadi Ketua Pertama Angkatan Wanita Sedar PKMM, Aishah meninggalkan PKMM selepas beberapa bulan kerana tidak bersetuju dengan konsep Gagasan Melayu Raya yang diperjuangkan parti itu.
Beliau kemudian mendirikan rumahtangga dengan Abdul Aziz Abu Hassan dan mencipta sejarah apabila ditawarkan menjadi juruhebah wanita pertama di Radio Malaya, yang baru dibuka.
Mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Datuk Astamam, Zarim, Shairudin dan Mariati.
Tekad mendapatkan kemerdekaan negara tidak pernah padam dan beliau kembali aktif dalam politik dengan menyertai cawangan Umno Pasar Pudu sebelum menganggotai cawangan Umno Kampung Baru, Kuala Lumpur pada 1949.
Kelantangan dan keberaniannya dalam memperjuang isu wanita membolehkan Aishah dipilih menjadi wakil tetap Kaum Ibu Umno pada persidangan agung Umno Malaya Pulau Pinang pada 1950 dan beliau menyandang jawatan itu hingga 1954.
Namun, beliau masih mahu mendalami bidang kewartawanan dan politik. Untuk itu, beliau menyambung pengajiannya ke Regent Street Polytechnic di England pada April 1955.
Sekembalinya ke tanah air pada 1959, beliau cergas semula dalam Umno Bahagian Kuala Lumpur selain menjadi wartawan Berita Harian.
Pada pilihan raya umum pertama 1959, Aishah bertanding di kawasan Parlimen Setapak sebagai calon Perikatan namun tewas.
Kegagalan itu tidak menghalang Aishah terus aktif dalam Umno dan pada 1960, beliau dipilih menjadi Naib Pergerakan Kaum Ibu Umno Malaya.
Beliau sekali lagi mencatat sejarah apabila dilantik menjadi senator wanita pertama di Dewan Negara pada 1962.
Berikutan itu, beliau meletakkan jawatannya di Berita Harian apabila dipilih menjadi anggota Majlis Tertinggi Umno pada 1963 dan bergiat aktif memperjuang hak dan kebajikan wanita termasuk dalam bidang pendidikan, ekonomi dan politik.
Dalam tempoh itu, beliau juga mewakili Malaysia sebagai wanita pertama ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Dari 1967 hingga 1972, Aishah menjadi wakil Malaysia ke Persidangan Suruhanjaya Taraf Wanita PBB.
Beliau juga menyandang jawatan Setiausaha Pergerakan Wanita Umno Negeri Selangor antara tahun 1960 hingga 1972.
Selepas 12 tahun dipilih memegang jawatan Naib Ketua Pergerakan Kaum Ibu UMNO, Aishah dipilih sebagai Ketua Pergerakan Wanita Umno pada mesyuarat perwakilan Wanita Umno 1972.
Ketokohan Aishah terus digilap apabila menjadi wanita kedua dilantik sebagai menteri kebajikan Am pada Mac 1973, menggantikan Allahyarham Tun Fatimah Hashim. Beliau menjadi menteri kabinet selama 11 tahun sehingga 1984.
Semasa menyandang jawatan itu, beliau berpeluang merealisasikan penubuhan Yayasan Kebajikan Negara, Institut Pemulihan Untuk Cacat Anggota di Bangi selain mewujudkan Undang-undang Keluarga Islam yang seragam.
Pada tahun 1985, beliau dilantik sebagai pengerusi Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia sehingga 1997, dilantik menjadi Anggota Jawatankuasa Yayasan Tun Abdul Razak serta Pengerusi Pusat Perlindungan Wanita Darsaadah.
Perjuangan beliau memartabat dan melindungi hak-hak wanita dalam negara juga dijayakan dengan menubuhkan PERTIWI, yang khusus memperjuang wanita Islam pada 1967, Pengerusi Pusat Bantuan Wanita dan Pengerusi Koperasi Jaya Murni Wanita Berhad sejak penubuhannya pada 1975.
Selain itu, beliau pernah dipilih menjadi wakil Malaysia dalam Jawatankuasa Perpaduan Golongan Afro-Asia di Algiers, Algeria, wakil Malaysia di Seminar Wanita Asia di Berlin dan wakil Malaysia di Suruhanjaya Persidangan Status Wanita di PBB.
Sumbangan dan jasanya turut dihargai apabila dinamakan sebagai Tokoh Wanita Negeri Selangor 1996, Tokoh Warga Emas Selangor 2002, Tokoh Maal Hijrah Negeri Selangor 1423 Hijrah/2002, menerima Anugerah Pejuang Kemerdekaan Selangor dan Anugerah Mutiara Pertiwi daripada Puteri Umno.
Aishah turut menghasilkan autobiografinya bertajuk 'Aishah Ghani Memoir Seorang Pejuang' pada 1992.
Bernama
Fri Apr 19 2013
NWICE 2024: Transformasi air menuju kemampanan sejagat
Bertemakan “Transformasi Air Menuju Kemampanan Sejagat”, Persidangan & Pameran Inovasi Air Kebangsaan 2024 (NWICE 2024) merupakan kesinambungan daripada pelan hala tuju AIR 2040 yang telah dilancarkan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air(PETRA) baru-baru ini dalam memastikan pengurusan sumber air yang mampan untuk generasi akan datang.
Hoki dalam dewan adakan aksi persahabatan menjelang Piala Dunia 2025
Skuad hoki dalam dewan negara akan mengadakan beberapa aksi persahabatan sebagai persiapan sebelum ke Piala Dunia.
[TERKINI] Suspek bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku didakwa
Seorang lelaki dipercayai menumbuk dada ibu kandungnya hingga maut dan menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya di Taman OUG, Kuala Lumpur Didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak
Usaha untuk memerangi rabies ini sedang giat diteruskan sejak kemunculannya semula pada tahun 2015.
Lawatan Rasmi PM: Lembaran baharu penerokaan peluang pelaburan
Anwar mengalu-alukan kehadiran lebih 200 peserta yang mewakili 147 syarikat Korea Selatan dari pelbagai sektor, termasuk semikonduktor, kenderaan elektrik, teknologi hijau dan kecerdasan buatan (AI).
AWANI Pagi: Inovasi Selangor Pemacu Modal Insan Berkemahiran
Saksikan wawancara eksklusif #AWANIPagi bersama Mohd Hidayat Mohd Sauffi, Ketua Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Selangor merangkap Ketua Sekretariat Selangor Education Summit 2024, yang akan membincangkan peranan inovasi dan teknologi dalam memacu pembangunan modal insan di Selangor.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Wealth-Tech: The evolution of wealth management in Malaysia
Over the past decade, the landscape of wealth management and investing has undergone significant transformation, driven by technological advancements and innovative solutions. From robo-advisers to low-cost investment platforms, Malaysians now have more tools than ever to manage their finances and build wealth.
Ringgit dibuka rendah susulan pengukuhan dolar AS
Ringgit memulakan urus niaga pada Selasa dengan lebih rendah berbanding dolar AS yang mengukuh.
Wanita temui ajal buang bintik hitam, tanda lahir
Liu meninggal dunia akibat komplikasi yang berkaitan dengan tekanan intrakranial yang berlebihan.
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu RMK-13
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu kerajaan dalam merangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang bakal dibentang awal tahun depan di Parlimen. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata melalui kertas putih Agenda Negara Menua, kerajaan mendapati terdapat banyak penambahbaikan perlu dilaksanakan dari segi undang-undang untuk mewujudkan industri penjagaan.
Wanita temui ajal buang bintik hitam, tanda lahir
Liu meninggal dunia akibat komplikasi yang berkaitan dengan tekanan intrakranial yang berlebihan.
Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir takziah kepada keluarga Ahmad Nawab
Sultan Pahang Al-Sultan dan Tengku Ampuan Pahang menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga legenda muzik negara, Allahyarham Tan Sri Ahmad Nawab.
'Ahmad Nawab ibarat bapa saya' - Ramlah Ram
Tan Sri Ahmad Nawab bukan sahaja dianggap sebagai guru malah umpama bapa kepada penyanyi, Ramlah Ram.
Jenazah Tan Sri Ahmad Nawab selamat dikebumikan
Jenazah maestro muzik tanah air, Tan Sri Ahmad Nawab selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah di Gombak.
Pelajar Tingkatan Lima maut motosikal langgar kon
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pembonceng dan penunggang motosikal lelaki mengalami luka.
Ahmad Nawab mentor saya - Ramli MS
Beliau menyifatkan Ahmad Nawab sebagai mentor beliau dan banyak perkara yang dipelajari darinya sejak mereka mula bekerja bersama kira-kira empat dekad lepas.
Pemergian Ahmad Nawab kehilangan besar industri muzik Malaysia - Hetty Koes Endang
Hetty sebak dan terkejut sebaik dimaklumkan berita pemergian komposer Ahmad Nawab yang dianggap sebagai sahabatnya di Malaysia.
Maestro muzik tanah air, Ahmad Nawab meninggal dunia pada usia 92 tahun
Komposer veteran, Tan Sri Ahmad Nawab menghembuskan nafas terakhir pada usia 92 tahun pada Ahad.
Veteran ATM meninggal dunia ketika hadiri majlis di MAEPS
Md Abadi meninggal dunia di Hospital Serdang sekitar 2.30 petang, menurut kenyataan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.
Isteri aktor Harun Hashim meninggal dunia
Allahyarham dikejarkan ke hospital Jumaat lalu selepas mengadu sesak nafas.