Pandemik COVID-19 telah menjejaskan prestasi kewangan AirAsia Group Bhd, menyebabkan kumpulan syarikat penerbangan itu mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM967.15 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac, 2020, berbanding keuntungan bersih sebanyak RM21.31 juta pada suku tahun sama tahun lepas.
Perolehan merosot kepada RM2.31 bilion daripada RM2.73 bilion sebelum ini.
"Kebimbangan mengenai penularan virus tersebut, serta sekatan perjalanan dan kawalan sempadan yang diumumkan oleh kerajaan pelbagai negara menyebabkan permintaan terhadap perjalanan udara merosot pada Februari dan Mac 2020," menurut kumpulan syarikat penerbangan tambang rendah itu kepada Bursa Malaysia hari ini.
Walaupun industri penerbangan menghadapi cabaran yang besar, dengan kapasiti dan pengurusan kos yang proaktif, selain prestasi kukuh daripada perniagaan bukan syarikat penerbangan, AirAsia Group mencatatkan pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) yang pulang modal.
Bagi perniagaan syarikat penerbangan, jumlah perolehan kumpulan pada suku pertama 2020 susut 18 peratus kepada RM2.16 bilion tahun ke tahun dengan sekatan perjalanan yang meningkat dan tidak pernah berlaku sebelum ini berikutan COVID-19.
Kumpulan telah memberi respons yang proaktif dengan pengurusan kapasiti, menunjukkan keputusan dengan suku pertama 2020 melaporkan faktor muatan yang baik sebanyak 77 peratus.
Pengurangan kapasiti sebahagian besarnya dari Malaysia dan Filipina, masing-masing sebanyak 17 peratus dan 1.0 peratus berikutan laluan domestik dan antarabangsa ditangguhkan pada pertengahan Mac.
Indonesia, bagaimanapun, meningkatkan kapasitinya sebanyak 10 peratus dengan mengatur lebihan kapasiti laluan antarabangsa kepada pasaran domestik.
Sementara itu, segmen bukan syarikat penerbangan menyaksikan Teleport mencatatkan peningkatan perolehan sebanyak 49 peratus kepada RM150.4 juta berikutan ia berjaya menyelesaikan penggabungan kargo dalam syarikat operasi syarikat penerbangan ASEAN kumpulan itu.
Big Pay mencatatkan pertumbuhan perolehan sebanyak 161 peratus berikutan ia mendapat tarikan dengan pengembangan koridor pengiriman wang termasuk India, Bangladesh dan Nepal, manakala perolehan AirAsia.com naik 118 peratus berikutan ia melancarkan tawaran baharu, promosi, pakej penerbangan dan hotel.
Saham syarikat penerbangan itu di Bursa Malaysia digantung pagi ini. Ia kali terakhir diniagakan pada 85.5 sen. - BERNAMA
Bernama
Wed Jul 08 2020

Perolehan syarikat penerbangan tambang rendah ini merosot kepada RM2.31 bilion daripada RM2.73 bilion sebelum ini. - Gambar fail

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

AirAsia bawa 63 juta penumpang dengan faktor beban 89 peratus pada tahun kewangan 2024
Angka itu berbanding 56.99 juta penumpang yang dibawa AirAsia semasa tahun kewangan 2023.

Capital A sedang bincang pembelian pesawat, sebahagian daripada strategi pengembangan
Ditanya mengenai berapa jumlah pesawat baharu yang dirancang untuk dibeli, Fernandes berkata ia bergantung kepada keputusan lembaga pengarah.

Capital A dijangka keluar daripada status PN17 menjelang suku pertama 2025 - Fernandes
Pelan tersebut, antara lain, termasuk pengurangan modal RM6 bilion, namun tidak akan menjejaskan kekerapan penerbangan atau manfaat pekerja.

Burung langgar enjin punca pesawat AirAsia berpatah balik
AirAsia mengesahkan pesawat yang berpatah balik ke Lapangan Terbang Tawau pada Sabtu lalu adalah disebabkan amaran teknikal berkaitan salah satu enjin pesawatnya yang dilanggar burung.

AirAsia tawar 27,000 tiket tambang tetap ke Sabah, Sarawak sempena Tahun Baharu Cina
AirAsia melancarkan 27,000 tiket tambang tetap bagi perjalanan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak sempena sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.

AirAsia bawa lebih 45 juta penumpang setakat ini - Capital A
AirAsia membawa lebih 45 juta penumpang setakat ini, mengekalkan faktor muatan yang tinggi sebanyak 90 peratus, kata Capital A Bhd.

AirAsia pacu KLIA jadi hab mega penerbangan dunia
AirAsia mengukuhkan komitmen untuk memacu keterhubungan ASEAN dan meningkatkan status rantau ini sebagai pusat transit global, setara Dubai.

76 peratus penerbangan menepati waktu yang dijadualkan - Loke
Bagi penerbangan yang menghadapi kelewatan pula sejumlah 90.2 peratus telah ditangguhkan kurang daripada dua jam manakala baki penerbangan ditangguhkan melebihi dua jam.

AirAsia tidak putus asa dapatkan lesen untuk beroperasi di Singapura
"Jangan sekat saya di Singapura," kata Tony Fernandes.

AirAsia kukuhkan rangkaian domestik, tambah 2,000 penerbangan mingguan
AirAsia akan memperluas rangkaian penerbangan domestik di seluruh Malaysia dengan menambah 2,000 penerbangan mingguan dan sejumlah 150,000 tempat duduk bagi 40 laluan utama menjelang akhir tahun ini.