KEADAAN bayi berusia lapan bulan yang menderita kanser 'germ cell tumor' di bahagian mulut, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, stabil selepas melalui lima jam pembedahan.
Hal itu dimaklumkan doktor pelatih surgikal yang bertugas di United Kingdom, Dr. Amalina Che Bakri, menerusi satu entri di Instagram.
Pembedahan dijalankan oleh sepasukan doktor pakar diketuai Profesor David Dunaway dan Dr. Juling Ong.
Dr. Amalina yang turut bersama-sama dalam pembedahan itu berkata, Ainul seorang bayi yang kuat dan pembedahan berkenaan berjaya membuang tumor seberat 200 gram dari mulutnya.
"Lima jam dalam dewan bedah, keseluruhan tumor berjaya dibuang. Anda tidak dapat bayangkan bagaimana resahnya saya sepanjang tempoh itu.
"Ia pembedahan berisiko tinggi, banyak persediaan perlu dilakukan untuk memastikan Ainul selamat dan pembedahan berjalan lancar," tulisnya.
Sementara itu, bapa Ainul, Ahmad Safiuddin berkongsi rasa syukur dan gembiranya susulan kejayaan pembedahan itu.
"Terharu dan sangat gembira. Tak terkata apa apa sebab tak boleh nak gambarkan perasaan sejak semalam.
"Sekarang Ainul masih dijaga dengan rapi untuk monitoring.
"Untuk makluman, Ainul belum sedar lagi. Mereka bagi Ainul 'tidur' dulu sebab kalau Ainul bangun, mungkin dia akan rasa sakit selepas pembedahan.
"Kita teruskan berdoa untuk Ainul ya," tulisnya di Facebook.
Ainul menjalani rawatan di London dan telah berada di sana sejak beberapa minggu lalu.
BACA: Pakar di UK sedia rawat bayi hidap kanser 'Germ Cell Tumor'
BACA: Melaka bantu kos penerbangan keluarga Ainul Mardhiah ke UK
Madiha Abdullah
Tue Jun 11 2019

Dr.Amalina bersama ibu bapa Ainul, Ahmad Safiuddin dan Nurul Erwani selepas tamat pembedahan. - Instagram Dr.Amalina Che Bakri

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Ainul diserang sawan: Seperti ditidurkan, hanya bola mata saja mampu digerakkan - Ibu
Ibu kepada Ainul Mardhiah, Nurul Erwani memaklumkan anak perempuannya diserang sawan berulang kali sejak Ahad.

Ainul Mardhiah terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan - Bapa
Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, kanak-kanak yang sebelum ini selamat menjalani pembedahan akibat ketumbuhan dalam mulut, terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan di PICU.

Ainul Mardhiah kritikal akibat jangkitan virus, ditempatkan di PICU - Ibu
Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin dilaporkan berada dalam keadaan kritikal akibat jangkitan virus.

Happy Birthday... Ainul Mardhiah sambut ulang tahun pertama hari ini!
Bayi yang selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di dalam mulutnya, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin menyambut ulang tahun pertamanya hari ini.

Ramai bergenang air mata tengok video Ainul Mardhiah didodoi bapa
Terbaru, Ahmad Safiuddin memuat naik video dirinya mendodoi Ainul Mardhiah yang kelihatan semakin sihat.

Tun Mahathir luangkan masa ziarah Ainul Mardhiah
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meluangkan masa menziarahi Ainul Mardhiah.

'Seronok lihat Ainul Mardhiah hisap jari'
Kegembiraan jelas terlihat pada klip video terbaharu yang dikongsikan ibu Ainul, Nurul Erwani Zaidi.

Utamakan pembedahan Ainul, Dr Amalina sambut Raya sederhana bersama ibu, kekasih
Siap pakaikan sampin boyfriend tau!

'Dulu dicemuh hari ini diangkat' - PU Rahmat puji pendirian Dr Amalina
Semua sedia maklum Dr Amalina Bakri antara individu bertanggungjawab dalam proses pembedahan bayi sembilan bulan yang menghidap ketumbuhan di mulut, Ainul Mardiah Ahmad Safiuddin.

Ainul Mardhiah sudah boleh bernafas sendiri - Bapa
Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin kini sudah boleh bernafas sendiri tanpa menggunakan alat bantuan pernafasan yang dibuka pada malam Rabu.