KUALA LUMPUR: Di kala umat Islam bergembira di pagi raya dengan berbaju baharu di samping keluarga tercinta, ada insan yang menyambut hari lebaran di sebalik tirai besi dengan juraian air mata ekoran kesilapan percaturan hidup.
Sedang kita bergelak ketawa kegembiraan sambil menikmati pelbagai juadah istimewa hasil air tangan bonda tercinta, mereka hanya mampu menjamah hidangan yang disediakan oleh pihak Pusat Koreksional Puncak Alam.
Tiada peluang berbaju baharu dan bergambar raya, apatah lagi kesempatan untuk mencium tangan kedua orang tua tercinta. Itulah harga kehidupan terpaksa 'dibayar' oleh mereka yang bergelar pesalah muda.
Berkongsi kepada Bernama, pesalah muda dikenali sebagai Lan, 19, kali pertama berpuasa dan berhari raya tanpa ibu kesayangannya tiga tahun lepas bukanlah satu perkara mudah, lebih-lebih lagi apabila mendengar suara takbir bergema dari masjid di pusat tersebut.
"Tahun ini, kali keempat saya tidak berpeluang menyambut Aidilfitri bersama mak. Tiada lagi mi kari yang dimakan bersama bihun dan kuetiau, air tangan mak...kalau dapat masakan mak, pasti saya akan menangis.
"Kalau dapat jumpa mak saya nak minta maaf pada mak, silap saya tak dengar cakap dan teguran mak. Kalau saya dengar pasti tidak jadi macam ini," katanya suapan ibu beberapa hari sebelum dia diberkas polis sewaktu berusia 16 tahun merupakan saat paling dirindui.
Menurut remaja bertubuh sederhana sasa dan berkulit cerah serta berwajah polos itu, akibat percayakan rakan-rakan dan tidak berfikir panjang, zaman remajanya lenyap dan yang tinggal hanya titik hitam.
Anak bongsu dari enam beradik itu sebelum ini didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh seorang lelaki dengan asid beberapa tahun lepas, kini sedang mengira detik percaturan hidupnya sama ada mahkamah akan menjatuhkan hukuman bersalah atau sebaliknya.
Bagi Boboy, 21, yang menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan kerana merogol gadis bawah umur, langsung tidak ingat bila kali terakhir dia menyambut Aidilfitri bersama keluarga.
"Kalau cakap pasal memori hari raya, memang daripada dulu lagi saya tiada kenangan beraya dengan keluarga dan kenangan (raya) yang saya ada sewaktu belajar di sebuah sekolah tahfiz di Kuala Kangsar. Itupun sepanjang di sana, keluarga langsung tidak pernah datang melawat.
"Saya teringin nak merasa beraya dengan keluarga, entah bila saya dapat rasa pengalaman itu... Saya tidak tahu sekarang nenek dan adik perempuan kini berada di mana sebab selepas ditangkap saya tidak lagi berhubung dengan mereka," katanya kehilangan ibu sejak berusia tujuh tahun.
Boboy yang merupakan anak sulung daripada dua beradik berkata dia membesar dalam keluarga yang terlibat dengan dadah dan kesemua ahli keluarganya acap kali keluar masuk penjara disebabkan bahan terlarang itu.
Sementara itu, penghuni termuda di pusat tersebut berusia 15 tahun yang mesra disapa Angah berkata tahun ini merupakan kali pertama dia beraya di dalam pusat tersebut bersama teman-teman pesalah muda lain.
"Tak tahu nak cakap macam mana nak sambut raya kali ini, kali pertama jauh daripada keluarga. Tahun ini tidak dapat bantu ayah melemang seperti tahun-tahun sebelumnya," katanya yang dimasukkan ke pusat itu sejak sebulan lepas setelah ditangkap kerana cubaan pecah masuk sebuah rumah mewah bersama adik lelakinya berusia 13 tahun.
Katanya, masalah kewangan dihadapi keluarga dan selalu terputus bekalan makanan memaksa dia melakukan perbuatan itu.
Bagi seorang lagi pesalah muda yang mahu dikenali sebagai Adam, 21, akibat salah memilih rakan menyebabkan dia terpaksa menjalani hukuman lima tahun penjara bagi kesalahan samun dan terlepas tiga kali sambutan hari raya bersama bonda tercinta.
"Saya menyesal sangat dengan perbuatan saya, sebelum ini saya langsung tidak mendengar cakap ibu. Jika boleh berjumpa ibu saya nak sangat memohon maaf dengan ibu sebab tidak jadi contoh yang baik pada adik-adik," katanya
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 11 2024

Menyambut Aidilfitri tanpa keluarga bukan perkara mudah, lebih-lebih lagi apabila mendengar suara takbir bergema dari masjid di pusat tersebut. - Gambar hiasan

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Pemangku Sultan Johor kecewa gangguan bekalan air pada Aidilfitri
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa kecewa berikutan isu gangguan bekalan air yang berlaku di negeri ini ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini.

Sultan Ibrahim berkenan hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka
Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

MAIWP sumbang lebih RM16 juta kepada asnaf sempena Aidilfitri tahun ini
Sumbangan khas sempena Hari Raya itu melibatkan 32,250 asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.

Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri
Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.

Kerajaan Johor gesa Ranhill SAJ segera tangani isu gangguan bekalan air
Kerajaan Johor menggesa Ranhill SAJ untuk segera menangani isu gangguan bekalan air yang masih berlaku pada musim perayaan Aidilfitri ini.

'Jem' luar biasa! 18 jam redah kesesakan balik raya
Tempoh perjalanan menjadi panjang disebabkan oleh masalah kesesakan lalu lintas akibat pertambahan kenderaan di atas jalan raya.

Lebih 20,000 kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah
Lebih 20,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah hari ini.

Aliran trafik semakin sesak, kemalangan di beberapa kawasan
Aliran trafik sesak selepas Plaza Tol Sungai Besi menuju ke pusat bandar setakat jam 4.50 petang.

Kegembiraan rai Aidilfitri bertukar tragedi
Nahas yang berlaku kira-kira pukul 12.45 tengah malam itu menyebabkan mangsa Nurul Izati Yunus, 23, meninggal dunia di tempat kejadian.