IPOH: Perkenan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah terhadap kebenaran untuk mengadakan solat sunat Aidiladha di tempat terbuka diraikan seluruh rakyat di negeri ini.
Bagi penduduk Taman Meru Perdana 2 dekat sini, ia merupakan peluang terbaik untuk lebih ramai penduduk setempat menunaikan solat sunat berkenaan.
Di samping itu, mereka juga menjadikan ia sebagai peluang untuk bertentang mata dengan jiran tetangga bagi mengeratkan silaturahim pada hari kebesaran umat Islam dalam norma baharu.
Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Meru Perdana 2 Mohd Nazri Mohd Ariff bersyukur dengan kesempatan yang diberikan sambil mengakui penduduk mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan.
"Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Majlis Agama Islam Negeri Perak khususnya Paduka Sultan Perak kerana membenarkan untuk kita mengadakan solat sunat Aidiladha di tempat terbuka pagi ini.
"Dengan peluang yang diberikan ini, kita amat bersyukur, boleh hadir solat beramai-ramai di kawasan lapang. Kita juga ikut SOP yang telah ditetapkan Majis Keselamatan Negara (MKN)," katanya.
Sementara itu, Mohd Fariq Izwan Md Bahrin yang bertugas sebagai imam menyifatkan ia satu perkembangan yang baik.
"Kalau kita tengok di negara-negara luar, contohnya di Mesir dan di negara-negara yang lain, mereka bukan sahaja melaksanakan solat sunat Aidiladha dan Aidilfitri di masjid dan surau, bahkan mereka mengerjakan di stadium, di tanah-tanah lapang, di padang.
"Kerana, memang cukup-cukup dituntut untuk kita mendengar khutbah yang disampaikan," katanya.
BACA: Sultan Nazrin perkenan pelaksanaan ibadah korban dalam tempoh PKP dengan syarat
BACA: Perak tidak benarkan aktiviti ziarah kubur sempena Aidiladha
Seorang penduduk, Ismail Tahir, 49 tahun, mengakui SOP perlu dipatuhi memandangkan negara masih lagi di dalam keadaan perintah kawalan pergerakan (PKP) di bawah Pelan Pemulihan Negara.
"Dalam keadaan PKP ini, walaupun Perak sudah memasuki fasa kedua dan ada kelonggaran-kelonggaran, tetapi masih tidak dibenarkan ziarah-menziarahi jiran tetangga, sanak-saudara.
"Dengan adanya kebenaran berjemaah secara terbuka begini, secara tidak langsung penduduk-penduduk boleh bertemu dengan jiran tetangga, bersapa antara satu sama lain," katanya.
Terdahulu, sekitar 70 jemaah terdiri daripada penduduk setempat menunaikan solat sunat Aidiladha di jalan Laluan Meru Perdana 2, di taman perumahan ini.
Ia berlangsung sekitar 40 minit selain mengikut garis panduan MKN, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak (MAIPk).
Pada 7 Julai lalu, Sultan Perak memberi perkenan kepada umat Islam di negeri ini untuk mengadakan solat sunat Aidiladha di tempat terbuka dan kawasan lapang dalam kawasan-kawasan perumahan.
Amirrul Rabbani
Tue Jul 20 2021

Penduduk Taman Meru Perdana 2 di Ipoh bersyukur dengan kesempatan yang diberi untuk mengerjakan solat sunat Aidiladha di tempat terbuka sambil mematuhi SOP digariskan. - Astro AWANI

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.

PAC syor bangunkan pelan induk projek Bekalan Air Luar Bandar
PAC mengesyorkan KKDW dan kerajaan negeri supaya membangunkan pelan induk projek BALB bagi memastikan penduduk mendapat bekalan air yang berkualiti dan selamat.

KDN tambah baik SOP permohonan warganegara selaras pindaan Perlembagaan Persekutuan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam perancangan untuk menambah baik SOP di bawah Perkara 15(2), pada tahun ini.

Malaysia hantar dua kapal TLDM ke Bali, perkukuh kerjasama maritim bersama 39 negara
Malaysia mengerahkan dua kapal TLDM ke Latihan Tentera Laut Pelbagai Hala Komodo (MNEK) 2025 di Bali untuk memperkukuh hubungan dan kerjasama pertahanan maritim di peringkat antarabangsa.

Jom kita kurang 'mengular' dalam Tahun Ular - Lee Chong Wei
Chong Wei antara yang bersuara agar BWF memperhalusi standard prosedur operasi (SOP) mengenai proses rawatan pemain di atas gelanggang.

Kertas SPM didakwa bocor: KPM ada SOP pengurusan peperiksaan
Pihak KPM komited memastikan SOP berkenaan dipatuhi semua pihak terlibat sepanjang peperiksaan berlangsung.

EAIC terima aduan kecuaian JIM lulus permohonan COM tanpa pengetahuan pengarah syarikat
EAIC mengesahkan menerima aduan terhadap Jabatan Imigresen (JIM) berhubung kelulusan Permohonan Memo Periksa Keluar (COM) tanpa pengetahuan atau kehadiran pengarah syarikat terlibat.

Tiada syarat tambahan pembaharuan lesen memandu bagi warga emas - KP JPJ
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan pengenaan sebarang syarat tambahan kepada golongan warga emas yang ingin memperbaharui Lesen Memandu Malaysia (LMM).

KPM akan guna SOP baharu bagi sekolah berisiko dilanda banjir tahun depan
Kementerian Pendidikan (KPM) akan menggunakan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi pengurusan sekolah yang berisiko dilanda banjir bermula tahun depan.

Kerugian banjir menurun kepada RM755 juta tahun lepas - Ahmad Zahid
Nilai kerugian akibat banjir di seluruh negara berjaya dikurangkan kepada RM755 juta tahun lepas berbanding RM1.03 bilion pada 2022.

Perkeso diarah rombak semula SOP tuntutan faedah - Steven Sim
Arahan itu susulan isu kartel penipuan tuntutan palsu antaranya melibatkan tiga pengamal perubatan yang dikesan beroperasi di sebuah hospital di Pulau Pinang sejak beberapa tahun lepas.