SHANGHAI: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba di sini hari ini, bagi meneruskan lawatan rasminya ke China yang bermula 22 Mei hingga 1 Jun.
Ketibaan Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah di hotel penginapan pada 12.40 tengah hari (waktu tempatan), diiringi isteri Datin Seri Hamidah Khamis serta disambut Konsul Jeneral Malaysia di Shanghai Syed Farizal Aminy Syed Mohamad.
Ini merupakan lawatan rasmi pertama Ahmad Zahid ke China sejak beliau memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri pada Disember 2022 dan lawatan itu atas jemputan Naib Perdana Menteri China Ding Xuexiang.
Ahmad Zahid tiba di Shanghai selepas memulakan lawatannya di Hong Kong pada Rabu, dengan mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Eksekutif dari Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR) John Lee Ka-chiu, diikuti lawatan ke ibu pejabat Huawei di Shenzhen, semalam.
Di Shanghai, beliau dijadual menyaksikan majlis menandatangani beberapa Memorandum Persefahaman (MoU) antara syarikat Malaysia dan China dalam bidang teknologi tinggi dan pendidikan, serta berinteraksi dengan komuniti Malaysia di China.
Beliau dijadual berlepas ke Beijing pada Selasa ini, mengakhiri lawatan rasminya di China dengan dijangka melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Li Qiang, selain mengadakan perbincangan dengan Xuexiang dan Penasihat Negara serta Menteri Keselamatan Awam Wang Xiaohong, ketika lawatan beliau di sana.
Ahmad Zahid juga akan menjadi tuan rumah bagi Majlis Resepsi Gala dan menghadiri Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Penubuhan Hubungan Diplomatik Malaysia-China, yang dianjurkan bersama oleh Persatuan Persahabatan Rakyat China dengan Negara Asing (CPAFFC) Persatuan Rakyat China dan Kedutaan Besar Malaysia di Beijing.
Lawatan rasmi beliau itu turut disertai Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin.
Sebelum ini, menurut kenyataan Wisma Putra lawatan rasmi Ahmad Zahid adalah untuk memperkukuh hubungan dua hala, dengan beliau dijangka meneroka peluang kerjasama terutamanya dalam bidang pendidikan, memfokuskan kepada Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), pembangunan industri halal serta pertukaran antara rakyat.
Malaysia dan China mula menjalinkan hubungan dua hala secara rasmi pada 31 Mei 1974 dan ini merupakan lawatan pertukaran pemimpin tertinggi kedua-dua negara sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Pada 2023, jumlah dagangan dengan China bernilai RM450.84 bilion (US$98.80 bilion), menyumbang 17.1 peratus daripada jumlah dagangan global Malaysia dan semasa tahun yang sama, sejumlah 64 projek perkilangan telah diluluskan dengan pelaburan berjumlah RM12 bilion (US$2.6 bilion).
China menduduki tempat kelima sebagai pelabur terbesar dan projek-projek tersebut dijangka mewujudkan 9,305 pekerjaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 25 2024
Ahmad Zahid tiba di Shanghai bersama isteri, Hamidah. - Gambar/ Bernama
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Sedia infrastruktur sesuai sokong industri e-sukan - Ahmad Zahid
Latihan dan bimbingan tidak seharusnya tertumpu kepada usaha melahirkan seorang atlet e-sukan semata-mata, tetapi juga sebagai pencipta kandungan digital atau pembangun perisian.
Hi-TVET akan terus diperkukuh dengan program berimpak tinggi - Ahmad Zahid
Ini termasuk memilih Melaka sebagai pusat Hi-TVET di UTeM menerusi program kecerdasan buatan (AI), Internet Kebendaan (IoT) dan robotik.
PM mahu rumah Orang Asli dibina ikut budaya mereka - Ahmad Zahid
Perdana Menteri mahu pembinaan rumah bagi penempatan masyarakat Orang Asli didirikan mengikut cita rasa dan budaya masyarakat itu.
Akademi Keselamatan Siber ditubuh untuk tampung lebih 26,000 kekosongan tenaga kerja - Ahmad Zahid
Akademi Keselamatan Siber akan ditubuh bagi menampung lebih 26,000 kekosongan tenaga kerja dalam bidang itu.
TPM Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Sze Fei-Nur Izzuddin juarai Terbuka China
Ahmad Zahid menyifatkan kemenangan ke atas He Ji Ting-Ren Xiang Yu pada aksi final semalam sebagai suatu yang bukan mudah untuk digapai.
140,000 huffaz cilik bakal lahir menerusi Tabika Pra-Tahfiz Kemas pada 2026 - Ahmad Zahid
Seramai 140,000 kanak-kanak huffaz cilik bakal dilahirkan menerusi Program Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Pra-Tahfiz Kemas.
Kerajaan sedia teliti konsep rumah transit bangsa Johor - TPM Ahmad Zahid
Hanya kerajaan Johor yang memberikan kemudahan menyewa rumah dengan sebahagian daripada harga sewa menjadi tabungan untuk pembayaran deposit rumah seterusnya.
Pameran produk halal perlu diselaras agar impak meluas - Ahmad Zahid
Beliau berkata Malaysia mempunyai pelbagai pameran produk halal antaranya MIHAS, Halfest, dan KUD, namun tujuannya hanya satu iaitu memenuhi pasaran domestik dan antarabangsa.
Banjir: Ahmad Zahid seru orang ramai patuhi arahan dan berjaga-jaga
Orang ramai diseru mematuhi arahan pihak berkuasa dan mengambil langkah berjaga-jaga berikutan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang.
Kerajaan akan lihat usaha jangka panjang kaedah penjagaan pokok tua
Kerajaan akan melihat usaha jangka panjang bagi penjagaan pokok khususnya yang telah tua tanpa menggunakan kaedah tebang semata-mata,