KUANTAN: Seorang ahli perniagaan mendakwa kerugian RM680,276 selepas melabur dalam projek perumahan tidak wujud yang diperkenalkan rakan baiknya, tiga tahun lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata wanita berusia 42 tahun itu berkata suspek yang juga seorang wanita mendakwa projek itu dilaksanakan di Ulu Tiram, Johor.
"Mangsa mendakwa mempercayai suspek kerana sering berkunjung ke rumahnya pada awal perkenalan mereka pada 2017 sebelum mula bercerita mengenai adik perempuannya yang menguruskan projek perumahan pada pertengahan 2018.
"Selepas mendengar penerangan suspek, mangsa bersetuju untuk melabur sebanyak RM780,276 yang dimasukkan ke beberapa akaun diberikan suspek secara berperingkat antara Jun hingga Ogos 2018," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Wazir berkata mangsa mendakwa hanya menerima pulangan sebanyak RM100,000 yang dibayar sekitar 2019, sebelum suspek memaklumkan individu yang menjalankan projek perumahan itu telah meninggal dunia.
Sehubungan itu, mangsa meminta supaya wang modalnya dipulangkan, namun suspek dikatakan tidak mengendahkan permintaan tersebut.
"Pada awal bulan ini, suspek dikatakan telah memarahi mangsa untuk tidak lagi meminta wang atau suspek akan membunuh diri dan mangsa akan dipersalahkan atas kematian itu," katanya.
Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Karak, Bentong semalam dan siasatan lanjut mengenai kes itu sedang dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 11 2021

Suspek dikatakan telah memarahi mangsa untuk tidak lagi meminta wang atau suspek akan membunuh diri.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Pekerja pelantar minyak rugi hampir RM50,000 ditipu sindiket pelaburan tidak wujud
Seorang pekerja pelantar minyak kerugian RM48,905.41 selepas terperdaya dengan tawaran skim pelaburan tidak wujud.

Pekerja pembinaan rugi lebih RM123,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Seorang pekerja pembinaan kerugian lebih RM123,000 selepas terperdaya skim pelaburan saham dalam talian.

Pengurus syarikat mengaku tipu jual kambing import
Shaharani Firdauz membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan hakim.

Wanita rugi RM190,000 terperdaya skim pelaburan mata wang digital
Seorang petugas sebuah sekolah antarabangsa kerugian RM190,000 selepas terperdaya dengan skim pelaburan mata wang digital tidak wujud.

Warga emas rugi lebih RM400,000 ditipu pelaburan tidak wujud
Dalam tempoh 3 April hingga 18 Jun mangsa telah membuat pindahan wang ke lapan akaun berbeza secara berperingkat berjumlah RM400,900.

Ahli perniagaan rugi lebih RM100,000 akibat 'phone scam'
Pengadu lelaki tempatan berusia 55 tahun itu memaklumkan kerani syarikat miliknya ditipu oleh sindiket phone scam terbabit.

Pemandu trak tunda didakwa tipu urusan jual beli kereta mewah
K. Thiviyen Raj, 26, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Datin Sabariah Othman dan Hakim Azrul Darus.

Wanita dijerat sindiket tawaran kerja rugi lebih RM100,000
Mangsa yang berusia 22 tahun itu mendakwa ditawarkan pekerjaan oleh seorang wanita yang dikenalinya menerusi Instagram pada 23 Julai lepas.

Kakitangan sekolah direman tiga hari bantu siasatan tuntutan palsu
Seorang kakitangan di sebuah sekolah di negeri ini yang ditahan semalam bagi membantu siasatan disyaki mengemukakan tuntutan palsu berjumlah lebih RM100,000, direman tiga hari bermula hari ini.

Wang pusaka arwah bapa RM35,000 lebur
Mangsa berusia 40 tahun pada mulanya melihat iklan mengenai perkhidmatan itu pada 13 Januari lalu.