IPOH: Seorang ahli perniagaan di Hutan Melintang mengalami kerugian RM124,450 selepas pekerjanya diperdaya sindiket phone scam melibatkan wang syarikat, baru-baru ini.
Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata pengadu lelaki tempatan berusia 55 tahun itu memaklumkan kerani syarikat miliknya ditipu oleh sindiket phone scam terbabit yang menyamar sebagai diri pengadu dan memberi arahan untuk mengeluarkan duit syarikat.
Beliau berkata kira-kira 1.50 tengah hari pada 8 Mei lepas, kerani syarikat terbabit ketika sedang bekerja di Hutan Melintang menerima pesanan WhatsApp daripada nombor telefon pengadu memberikan arahan untuk membuat pindahan wang daripada akaun syarikat pengadu sendiri ke dalam akaun penama tidak dikenali berjumlah RM30,000.
Berikutan itu, anak pengadu telah meluluskan transaksi pindahan wang berkenaan kerana beranggapan pengadu yang memberikan arahan.
"Pada 9 Mei 2024, lebih kurang 1.45 tengah hari, kerani syarikat pengadu sekali lagi telah melakukan transaksi pindahan wang berjumlah RM8,000 ke akaun berbeza," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Yusri berkata pada hari yang sama, sebanyak tiga kali transaksi pindahan wang telah dilakukan oleh kerani di syarikat milik pengadu yang berada di Gopeng berjumlah RM86,450 ke dalam dua akaun berbeza.
Beliau berkata pengadu hanya menyedari nombor telefonnya telah digodam ketika berada di Hat Yai, Thailand semalam apabila dihubungi rakannya yang bertanyakan sama ada dirinya mempunyai masalah kewangan dan meminta untuk meminjam wang.
Menurutnya pengadu tidak pernah memberikan sebarang arahan pindahan wang atau mahu meminjam wang daripada rakan-rakannya.
"Setelah disemak, pengadu mendapati sebanyak lima kali transaksi pindahan wang daripada akaun syarikatnya ke tiga akaun yang berbeza berjumlah RM124,450," katanya sambil menambah kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan (tipu) dan siasatan masih dijalankan.
Justeru, Mohd Yusri menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan sindiket terbabit dan tidak sesekali memasukkan wang ke dalam akaun tidak dikenali, selain tidak membuka sebarang pautan serta jangan memuat turun dokumen tidak diketahui di laman media sosial.
Orang ramai juga boleh menyemak akaun bank yang diragui melalui laman sesawang http://ccid.rmp.gov.semakmule/ sebelum membuat sebarang transaksi pindahan atau kemasukan wang, selain menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) menerusi talian 997 sebelum memindahkan wang ke akaun pihak ketiga untuk pengesahan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 11 2024

Menurut polis, pada 8 Mei lepas, kerani syarikat terbabit menerima pesanan WhatsApp daripada nombor telefon pengadu memberi arahan untuk membuat pindahan wang berjumlah RM30,000. - Gambar hiasan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Polis bongkar makmal haram proses cecair vape mengandungi dadah di Seri Kembangan
Tujuh suspek termasuk lima lelaki warga asing ditahan dalam serbuan melibatkan JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri.

Datuk rugi RM26.6 juta ditipu skim pelaburan kripto
Lelaki berusia 74 tahun itu tertarik dengan iklan pelaburan tersebut selepas membuat carian di Google.

Polis bongkar taktik sindiket sembunyi dadah dalam but kereta
Dalam serbuan pertama di parkir sebuah kondominium, polis merampas 4.12 kilogram (kg) dadah yang disembunyikan dalam ruangan but kereta.

25 cedera dalam letupan bom di Narathiwat
Seramai 25 individu, termasuk tiga anggota sukarelawan, cedera dalam kejadian letupan bom motosikal di hadapan Pos Kawalan Keselamatan Sukarelawan Pertahanan Weng, petang semalam.

Dua wanita rugi RM50,000 disamun dengan parang
Seorang lelaki mengugut mahu memotong rantai dipakai wanita itu jika enggan bekerjasama, selain menendang mangsa.

Ditegur diminta alihkan barang disyaki punca lelaki lepaskan tembakan - Pengarah JSJ
Risikan awal mendapati ketika kejadian suspek dipercayai berada di bawah pengaruh dadah.

Pengurus rugi RM2.56 juta ditipu pelaburan kripto tidak wujud
Mangsa berusia 42 tahun mula menyertai pelaburan berkenaan sejak Julai tahun lepas setelah melihat iklan di Facebook.

Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis
Penembak itu bertindak melarikan diri dari pusat beli-belah tersebut, dia dipercayai masih berada di kawasan berhampiran.

Siasatan kes tipu isteri pelawak selesai
Kertas siasatan berhubung kes penipuan berjumlah RM95,180 melibatkan isteri kepada seorang pelakon dan pelawak sudah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

Cubaan curi dalam pesawat, lelaki warga asing ditahan
Polis menahan seorang lelaki warga asing berumur 52 tahun kerana disyaki terlibat dalam cubaan mencuri di dalam pesawat, semalam.