PUTRAJAYA: Seorang ahli perniagaan yang dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun kerana memandu secara melulu hingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal, dibenar diikat jamin oleh Mahkamah Rayuan sementara menunggu keputusan rayuan terhadap sabitan dan hukumannya.
Panel tiga hakim diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail membenarkan penangguhan hukuman penjara Adrian Khoo Chin Hong, 28, dan turut membenarkan dia dibebaskan dengan ikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu keputusan rayuannya.
Panel hakim itu yang turut dianggotai Datuk Nordin Hassan dan Datuk See Mee Chun, turut memerintahkan Khoo melapor diri pada minggu pertama setiap bulan di balai polis berhampiran sehingga rayuannya diputuskan oleh mahkamah.
Mahkamah juga membenarkan permohonan Khoo untuk merayu di Mahkamah Rayuan untuk satu persoalan undang-undang disemak semula dan diputuskan oleh Mahkamah Rayuan.
Timbalan Pendakwa Raya How May Ling tidak membantah permohonan itu serta permohonan mengenai ikat jamin yang dikemukakan menerusi peguam Khoo, Guok Ngek Seong.
Isu tersebut adalah berkenaan Seksyen 182A Kanun Prosedur Jenayah bagi kesalahan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan, iaitu sama ada penilaian maksimum pada penutupan kes pembelaan adalah standard pembuktian yang betul, berbanding melampaui keraguan munasabah.
Memandangkan kes itu asalnya dibicarakan di Mahkamah Majistret maka Khoo perlu mendapatkan kebenaran Mahkamah Rayuan untuk merit kes itu didengar.
Pada 5 April tahun lepas, Mahkamah Majistret Shah Alam mendapati Khoo bersalah memandu keretanya secara berbahaya di persimpangan lampu isyarat di Persiaran Bestari, Shah Alam, Selangor pada 7.10 pagi, 29 Ogos 2012 sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal Shafiq Mahfok, 22.
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 36 bulan dan denda RM10,000 atau 12 bulan penjara. Dia juga dilarang memandu selama dua tahun. Khoo membayar denda itu.
Khoo kemudian mengemukakan rayuan di Mahkamah Tinggi Shah Alam dan ditolak pada 8 Ogos lepas dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara.
Mahkamah Majistret sebelum itu, membenarkan penangguhan hukuman penjara Khoo dan membenarkan dia dibebaskan dengan ikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Tinggi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 02 2022
Hakim membenarkan penangguhan hukuman penjara Adrian Khoo Chin Hong, 28. - Gambar hiasan
Ibu terkilan hajat bertemu tidak kesampaian
Ibu kepada salah seorang pelajar institusi pengajian tinggi yang maut dalam nahas jalan raya di Melaka awal pagi Khamis, terkilan tidak dapat bertemu anak sulungnya pada cuti persekolahan akan datang.
Bapa dakwa bayi jatuh akibat kecuaian hospital
Kakitangan hospital didakwa cuai, bayi perempuan jatuh dari atas katil
DESC: Seorang bapa mendakwa kakitangan sebuah hospital di Kuala Terengganu cuai sehingga mengakibatkan bayi sulungnya yang baru berusia dua hari jatuh dari atas katil bayi.
Mohd Syarifuddin Manan mendakwa, susulan kejadian itu, anaknya sering diserang sawan.
DESC: Seorang bapa mendakwa kakitangan sebuah hospital di Kuala Terengganu cuai sehingga mengakibatkan bayi sulungnya yang baru berusia dua hari jatuh dari atas katil bayi.
Mohd Syarifuddin Manan mendakwa, susulan kejadian itu, anaknya sering diserang sawan.
Dua saspek dadah ditahan, cuba lari daripada sekatan jalanraya
Dua lelaki ditahan polis selepas insiden kejar-mengejar antara kereta peronda polis dan Proton Satria dengan jarak hampir 35 kilometer di sekitar Damansara
Pensyarah, penuntut UM antara tujuh individu dirakam keterangan kes kematian kucing
Sebelum ini, Kelab Kucing Malaysia meminta siasatan terhadap kes kematian kucing di UM dijalankan secara terperinci.
Tumpuan Jumaat – 27 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 26 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Penolakan saman fitnah terhadap Musa Hassan, peguam Hannah Yeoh fail rayuan
Hannah menghormati proses kehakiman berkenaan namun mengarahkan peguamnya untuk memohon agar rayuan terbabit didengar dengan kadar segera.
Perhilitan sahkan kehadiran harimau berhampiran kampung Orang Asli Sungai Choh
Perhilitan Perak turut menemui kesan tapak kaki haiwan pemangsa itu berdekatan lokasi kejadian serta kecederaan pada bahagian badan lembu.
Tsunami 20 Tahun: Pembangunan bakat kunci kebangkitan semula – Gabenor Aceh
Gabenor Aceh, Dr. Safrizal ZA berkata pembangunan bakat melalui pendidikan dan biasiswa merupakan kunci kepada kebangkitan semula Aceh pasca bencana tsunami pada 2004. Jelasnya, ribuan sarjana yang melengkapkan pengajian di dalam dan luar negara pulang ke Aceh untuk berbakti kepada usaha pembangunan kota berkenaan. #AgendaAWANI
Nahas maut di Rompin: Pemandu bas didakwa memandu secara melulu
Seorang pemandu bas persiaran mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga mengakibatkan kematian di Jalan Kuantan-Segamat.
Polis kesan pemandu Perodua Myvi memandu secara melulu
Polis mengesan satu video tular yang berdurasi selama 39 saat yang dimuat naik di Facebook.
Wanita warga emas didakwa memandu secara berbahaya, sebabkan kemalangan tiga motosikal
Seorang wanita warga emas didakwa atas tiga pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan tiga kemalangan.
Tular: Alasan guna siren konon ada kecemasan
Seorang penganggur ditahan selepas memandu kereta menggunakan siren secara melulu dalam kejadian di Jalan Serdang Perdana, Seri Kembangan di sini Isnin lalu.
Didakwa memandu melulu, Menteri Kehakiman New Zealand letak jawatan
Allan didakwa memandu secara cuai manakala ujian penafasannya mencatat tahap yang dianggap sebagai pelanggaran undang-undang.
Ahli perniagaan disabit kesalahan, akibatkan kematian penunggang motosikal bebas dengan jaminan
Hakim membenarkan penangguhan hukuman penjara Adrian Khoo Chin Hong, 28.
Cubaan elak polis, lelaki didenda kerana memandu secara berbahaya
Mahkamah memerintahkan seorang lelaki membayar denda RM2,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memandu secara berbahaya.
Lelaki didakwa memandu melulu, rempuh 11 kenderaan di Tambak Johor
Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memandu secara melulu hingga melanggar 11 kenderaan di Tambak Johor, 7 Julai lalu.
Wanita hadapi tekanan perasaan memandu secara melulu
Seorang wanita yang dipercayai mengalami tekanan perasaan bertindak memandu kereta jenis Perodua Myvi secara melulu di Taman Indah di sini pada Ahad.
Lelaki didakwa pandu melulu sebabkan kematian suami isteri di Saujana Impian
S Lokganathen, 28, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Syahrul Sazli Md Sain.