KAJANG: Seorang penghantar dokumen sambilan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas pertuduhan memandu secara melulu dan merbahaya sehingga menyebabkan kematian sepasang suami isteri dalam satu kemalangan di Saujana Impian, tiga hari lepas.
Bagaimanapun S Lokganathen, 28, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Syahrul Sazli Md Sain.
Lokganathen didakwa memandu secara melulu dan merbahaya sehingga menyebabkan kematian pemandu kereta Perodua Bezza, Remyzan Baharudin, 42, dan penumpang kereta bahagian hadapan, Suzyla Ahmad Dahlan, 40, di Jalan Saujana Impian, Hulu Langat di sini pada 4 petang, 7 Mac lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2020 yang membawa hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 10 tahun dan denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM50,000 serta hilang kelayakan lesen memandu untuk tempoh minimum lima tahun dari tarikh sabitan serta lesen percubaan boleh dibatalkan, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Siti Nur Liyana Mohd Sulaiman menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin namun peguam Malini Devi Selvaraj yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya merupakan penanggung utama keluarga dengan gaji RM50 sehari.
“Anak guam saya perlu menanggung isteri, ibu serta ibu mentua kerana bapanya telah meninggal akibat kemalangan jalan raya enam bulan lepas. Dia juga tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau,” kata peguam itu.
Mahkamah membenarkan Lokganathen diikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis berdekatan sebulan sekali sehingga kes selesai. Mahkamah menetapkan 13 April untuk sebutan semula kes. - Bernama
Bernama
Wed Mar 10 2021
S. Lokganathen, 28, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini terhadap pertuduhan memandu secara melulu dan merbahaya sehingga menyebabkan kematian sepasang suami isteri dalam satu kemalangan di Saujana Impian. - Foto BERNAMA
Menjelang setahun serangan Israel, Rosco anjur konvoi solidariti untuk Gaza
Rosco menganjurkan konvoi motorsikal jenis Cafe Racer di sekitar Lembah Klang sebagai tanda solidariti perjuangan rakyat Palestin.
'Masa untuk hentikan penderitaan' - Ketua PBB rayu keamanan
Antonio Guterres membuat rayuan untuk keamanan menjelang ulang tahun pertama konflik di Gaza minggu depan.
Larian berpakaian tidak senonoh: Tiga lelaki ditahan bantu siasatan
Dua lelaki warga asing dan seorang warga tempatan berusia antara 39 hingga 70 tahun ditahan di sebuah hotel di Kota Tinggi.
Wanita Palestin mengamuk di WTKL mohon maaf, tertekan fikir anak di Gaza
Aminah berkata, perbuatan di luar kawalan itu berlaku disebabkan rasa tertekan memikirkan keadaaan anaknya yang masih berada di Gaza.
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Memetik laporan Associated Press, rejim Zionis turut menyerang kem pelarian Palestin jauh di utara buat kali pertama ketika ia menyasarkan kedua-dua pejuang Hezbollah dan Hamas.
Pelabur makin yakin, Malaysia disaran tingkatkan keperluan RE
Keperluan tenaga boleh baharu (RE) di negara ini semakin meningkat seiring keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat data, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Dua minggu hilang, nasib Orang Asli Zuzina masih misteri
Pelbagai pihak masih mencari wanita orang Asli Zuzina Abine yang hilang selepas keluar rumah sejak 20 September lalu.
Ringgit dijangka berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan, tetapi dengan kecenderungan meningkat terhadap dolar AS selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) bagi September meningkat mendadak kepada 254,000 pekerjaan.
[TERKINI] Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan pagi ini
Kementerian Luar Negeri mengesahkan seramai enam orang rakyat Malaysia daripada sebuah keluarga selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini (6 Oktober 2024).
Lelaki didakwa pandu melulu sebabkan kematian suami isteri di Saujana Impian
S Lokganathen, 28, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Syahrul Sazli Md Sain.