JOHOR BAHRU: Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mempamerkan darjah kebesaran Sultan Perak pada kenderaan, awal bulan lepas.
Mohamad Halmi Waramejini, 55, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob.
Mengikut pertuduhan, tertuduh yang juga pengarah syarikat didakwa mempamerkan gelaran 'Darjah Seri Paduka Mahkota Perak-Dato Seri (S.P.M.P.)' pada kenderaan jenis Proton X70 tanpa kebenaran bertulis daripada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Jalan Caranday Park, Setia Tropika di sini pada 4 petang 4 Jun lepas mengikut Seksyen 17 Akta Kesalahan Yang Berhubungan Dengan Anugerah 2017 dibaca bersama Seksyen 3(1)(d) Enakmen Lambang, Gelaran Dan Augerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Perak 2016 [Enakmen 12] dan boleh dihukum di bawah Seksyen 3(3) enakmen sama.
Jika sabit kesalahan, Mohamad Halmi berdepan hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM500,000 atau kedua-duanya.
Terdahulu, Pengarah Pendakwaan Negeri Johor Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman menawarkan jaminan RM20,000 namun tertuduh, yang tidak diwakili peguam, merayu agar jumlah itu dikurangkan atas alasan menanggung dua anak yang masih bersekolah dan pendapatannya terjejas akibat pandemik COVID-19.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 14 Sept untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 12 2021
Jika sabit kesalahan, Mohamad Halmi berdepan hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM500,000 atau kedua-duanya. - Gambar/ Bernama
#AWANIRingkas 4 Oktober 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 4 Oktober 2024
1️⃣ Tempat kerja digazet kawasan larangan merokok
2️⃣ Syarikat tempatan perlu tawar pekerjaan bergaji tinggi
3️⃣ Taufan Krathon ragut lima nyawa di utara Filipina
#awaniringkas
1️⃣ Tempat kerja digazet kawasan larangan merokok
2️⃣ Syarikat tempatan perlu tawar pekerjaan bergaji tinggi
3️⃣ Taufan Krathon ragut lima nyawa di utara Filipina
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Tempat kerja digazet kawasan larangan merokok
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kelas pertengahan Indonesia menyusut, kemiskinan kekal stabil
Pejabat Staf Presiden (KSP) Indonesia mengakui terdapat penyusutan membabitkan golongan kelas pertengahan negara itu, namun memberi jaminan bahawa trend ini tidak membawa kepada peningkatan kadar kemiskinan.
Cukai Minuman Manis: Luas skop cukai, tarik semula subsidi gula - Pusat Galen
Cadangan itu dilontarkan Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial yang berpandangan perluasan skop percukaian SSB adalah lebih efektif untuk dilaksanakan menerusi Belanjawan 2025.
PBS, STAR tetap komited beri sokongan kepada GRS - Joniston
Dakwaan kononnya dua parti komponen GRS itu ingin bekerjasama dengan Parti Warisan (Warisan) pada PRN Sabah akan datang adalah tidak berasas.
Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman sebat dijalankan berasingan bagi pesalah pelbagai tuduhan
Keputusan itu dikemukakan oleh panel tiga hakim dalam kes melibatkan seorang kelindan lori yang disabitkan atas tiga pertuduhan memiliki dadah.
Malaysia, Indonesia perintis inovasi kewangan awam Islam
Malaysia dan Indonesia diiktiraf sebagai perintis dalam membangunkan instrumen kewangan awam Islam dalam dasar fiskal.
Pegawai awam dilarang buat pernyataan awam termasuk dalam media sosial - JPA
Shamsul Azri mengingatkan perkara berkenaan menerusi Mesyuarat Pengurusan Jabatan Perdana Menteri Tahun 2024.
Kejohanan e-sukan tawar hadiah sehingga RM70,000 sempena HSN 2024
Kejohanan itu akan tampilkan permainan Konami eFootball 2025 sebagai pertandingan utama yang melibatkan penyertaan 15 negeri dan Wilayah Persekutuan.
Dialog Anak Muda: Setahun genosid Gaza: Mencari damai di Asia Barat
Setahun genosid di Gaza, sejauh mana solidariti masyarakat dunia terutama anak muda perjuangkan keamanan berpanjangan di Asia Barat? Dialog mengenai budaya damai bukan hanya soal agama dan kemanusiaan, bahkan berkaitan kemampanan, warisan sejarah dan peradaban budaya yang memburuk akibat kerakusan rejim di rantau tersebut?
Dialog Anak Muda, Jumaat 8.30 malam.
Dialog Anak Muda, Jumaat 8.30 malam.
Keindahan Islam perlu dijelmakan penganutnya - Sultan Nazrin
Titah Sultan Nazrin, keagungan dan kemuliaan Islam perlu dicerminkan melalui sifat dan watak insaniah ummah.
Sultan Nazrin berkenan rasmi UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan merasmikan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perak Kampus Tapah.
Usaha Malaysia pupuk perpaduan, semangat kebersamaan diiktiraf - Sultan Nazrin
Usaha Malaysia memupuk perpaduan dan kebersamaan rakyat berbilang kaum telah diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Kaji klausa dalam enakmen yang tidak relevan, kurang sesuai - Sultan Nazrin
Sultan Nazrin Shah bertitah, undang-undang yang digubal hendaklah bersifat dinamik dan bertenaga agar kekal relevan.
Sultan Nazrin berkenan rasmi Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Utara
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan merasmikan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM) Wilayah Utara di Tronoh.
Pensyarah Kanan USAS dipilih Tokoh Maal Hijrah Perak 1446H
Profesor Madya Ahmad Husni Hassan, dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Perak sempena sambutan Maal Hijrah 1446H/2024M peringkat negeri itu.
Sultan Nazrin lancar buku kesan globalisasi terhadap pembangunan Perak dalam dua abad
Sultan Nazrin melancarkan buku -Globalization: Perak's Rise, Relative Decline, and Regeneration- hari ini.
Sultan Nazrin rasmi SBPI Gopeng
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan merasmikan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Gopeng di sini.
Sultan Nazrin berkenan rasmi Klinik Kesihatan Kuala Kangsar
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat merasmikan Klinik Kesihatan Kuala Kangsar hari ini.
Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Istiadat Penganugerahan Pengakap 2024
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat menyempurnakan Istiadat Penganugerahan Bintang, Pingat dan Sijil Pengakap Raja Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perak 2024 hari ini.