Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Alhamdulillahi Rabbil A’lamin wa bihi Nastai’n,
Selawat dan Salam ke atas Rasul junjungan, Nabi Muhammad SAW serta keluarga dan sahabat-sahabat Baginda sekalian.
Menghadap Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-XVI, Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.
Menghadap Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.
1. Ampun Tuanku, beribu-ribu ampun, sembah Patik pohon diampun. Pertama sekali segala pujian dan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT di atas taufik, hidayah serta limpah kurnia-Nya hingga kita dapat bersama-sama di upacara pertabalan ini.
Patik bagi pihak Kerajaan, anggota-anggota Perkhidmatan Awam serta seluruh rakyat Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Tuanku sempena pertabalan Tuanku sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-XVI pada hari ini.
2. Begitu juga Patik merafakkan sembah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Tuanku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj sebagai Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.
3. Pelantikan Kebawah Duli Tuanku sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-XVI sejak 31 Januari 2019 dan pertabalan Tuanku dan Tuanku Raja Permaisuri pada hari ini melakar lembaran sejarah kepada Negara.
Justeru, Patik berdoa semoga pemerintahan Tuanku akan dikurniakan oleh Allah SWT dengan penuh keadilan, keamanan dan kemakmuran, sekali gus melaluinya Negara dan rakyat sekalian terus maju dan sejahtera.
4. Di kesempatan ini, Patik mewakili rakyat jelata sekalian merakamkan junjungan kasih yang tidak terhingga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, Sultan Kelantan sepanjang pemerintahan Baginda sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-XV sehingga 6 Januari 2019.
5. Izinkan juga Patik untuk menyembah maklum beberapa perkara berhubung Kerajaan dan Negara amnya dalam majlis ini. Pada keseluruhannya, Negara kita terus aman, makmur dan maju.
Kejayaan dan kemakmuran yang kita nikmati hari ini adalah kesinambungan daripada hasil pengorbanan pejuang-pejuang kemerdekaan dan pemimpin-pemimpin Negara yang terdahulu yang telah menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran dalam merancang dan membina Negara yang kita kasihi ini.
Justeru, pengorbanan mereka akan diteruskan serta diperkukuhkan lagi oleh Kerajaan pada hari ini.
6. Walaupun Kerajaan Tuanku yang diterajui oleh parti Pakatan Harapan ini baru sahaja memegang tampuk selama lebih sedikit daripada 1 tahun, namun Alhamdulillah ia telah menunjukkan komitmen yang tinggi dan berhasil dalam banyak perkara mengambil kira kedudukan kewangan Negara yang diwarisi sebelumnya.
Dalam hal ini, Patik akan terus memastikan jentera Kerajaan Tuanku tidak berpeluk tubuh dan berpuas hati dengan pencapaian-pencapaian yang telah dicapai setakat ini.
Usaha-usaha akan terus dilipatganda untuk mengembalikan Malaysia menjadi antara paksi ekonomi penting di Asia.
7. Pertumbuhan ekonomi Negara masih berterusan dan inisiatif-inisiatif untuk membina semula Negara supaya menjadi lebih maju terus giat dilaksanakan.
Dengan izin Allah SWT, adalah diharapkan segala usaha akan berjalan lancar dan dipermudahkan untuk memenuhi segala hasrat rakyat dan mencapai Malaysia yang makmur dan maju.
8. Walaupun dunia kini dilanda ketidaktentuan ekonomi dan pergolakan geopolitik, namun usaha-usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Tuanku telah memberi keyakinan kepada rakyat bahawa kita semua mampu untuk menghadapi cabaran-cabaran tersebut sekali gus meminimakan kesan buruk yang mungkin Negara hadapi.
Patik juga berharap rakyat keseluruhannya akan terus memberi sokongan kepada Kerajaan untuk bersama-sama mengharungi cabaran-cabaran tersebut bagi menjaya dan merealisasi semua rancangan dan dasar yang telah dirancang dalam usaha kita membangunkan Negara yang disayangi ini.
9. Pembangunan Negara tidak akan bermakna jika terdapat rakyat yang masih hidup dalam kesusahan dan terpinggir daripada limpahan pembangunan Negara.
Itulah pendirian Kerajaan Tuanku dan akan terus menjadi azimat yang dipegang dalam merencana dan melaksanakan agenda-agenda pembangunan Negara.
Justeru, Kerajaan Tuanku akan terus berusaha dengan lebih gigih untuk meningkatkan program- program kesejahteraan hidup rakyat termasuk usaha untuk mengurangkan beban kenaikan kos sara hidup.
Ini termasuk meningkatkan kuasa beli dan menghapuskan jurang pendapatan antara kelas, kaum dan wilayah.
Dalam pada itu, kerjasama semua pihak amat diperlukan agar kenaikan harga barang dan kos sara hidup dapat ditangani secara holistik.
Kerajaan Tuanku juga akan terus memperkenal dan melaksanakan program-program yang akan dapat meningkatkan lagi kesejahteraan hidup rakyat sekalian.
10. Sempena satu tahun pemerintahan Kerajaan selepas Pilihanraya Umum Ke-14 baru-baru ini, Patik telah mengumumkan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang bertujuan memastikan seluruh rakyat merasai nikmat ekonomi dan kemakmuran Negara secara bersama dan lebih adil dan teragih.
Kemakmuran bersama ini dibangunkan untuk mencapai beberapa objektif utama, iaitu untuk memastikan jurang pendapatan dan kekayaan rakyat dapat ditangani.
Bersesuaian dengan matlamat ini, Kerajaan Tuanku akan memastikan sumbangan dan pandangan setiap lapisan masyarakat serta iktibar daripada pengalaman yang lalu akan diambil kira dalam perencanaan program dan dasar bagi merealisasikan Malaysia sebagai sebuah Negara yang maju, bermaruah dan merdeka.
11. Kecekapan jentera pentadbiran Kerajaan yang pada suatu masa dahulu menjadi antara contoh kepada banyak negara akan sentiasa dipastikan berada pada tahap yang tinggi terutama dalam menghadapi era globalisasi, cetusan maklumat serta Revolusi Industri 4.0 di samping peningkatan aspirasi rakyat terhadap Kerajaan.
Sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan yang cekap akan memberi kesan positif terhadap daya saing dan daya tahan serta akan menyumbang kepada kesejahteraan dan kemakmuran Negara.
Dalam hal ini, aspek-aspek peningkatan kecekapan, ketelusan, tadbir urus dan integriti akan menjadi agenda penting berterusan bagi Kerajaan Tuanku.
12. Menyedari peri pentingnya undang-undang Negara tidak sekadar dilaksanakan tapi mesti dilihat dilaksanakan dengan adil, Kerajaan Tuanku akan terus mempertahankan Perlembagaan, kedaulatan undang-undang dan memastikan demokrasi terus subur sekali gus kestabilan Negara dapat dicapai.
Langkah-langkah bagi meningkatkan tadbir urus, integriti dan membasmi rasuah termasuk mengambil tindakan ke atas pihak-pihak yang terlibat dalam aktiviti rasuah dan salah guna kuasa akan terus dilaksanakan.
Dalam hal ini, Kerajaan Tuanku akan memastikan tiada sesiapa mengatasi undang-undang. Pada masa yang sama prinsip ketelusan sebagai mekanisme semak dan imbang kepada Kerajaan akan terus dipertingkatkan.
Semua usaha ini membuktikan Kerajaan Tuanku amat serius dalam menangani masalah-masalah yang selama ini telah menjejaskan kesejahteraan rakyat dan meruntuhkan imej Negara di persada antarabangsa.
13. Kerjasama dan toleransi rakyat yang berbilang agama, kaum dan budaya yang telah berjalan sekian lama menjadi kunci kejayaan Negara kita. Malaysia akan gagal sekiranya tiada perpaduan dalam kalangan rakyat.
Dalam hal ini, walaupun terdapat beberapa insiden kecil, namun rata-rata perpaduan dalam kalangan rakyat terus stabil dan baik. Usaha-usaha untuk meningkatkan perpaduan Negara bukan sahaja terletak di bahu Kerajaan malah merupakan tanggungjawab semua pihak.
Bagi pihak Kerajaan, perhatian akan sentiasa diberi terhadap aspek-aspek meningkatkan perpaduan rakyat demi meneruskan kesepaduan dan keharmonian Negara.
Bagi memperkukuhkan lagi usaha tersebut, Kerajaan Tuanku telah menubuhkan Majlis Perundingan Keharmonian Rakyat yang akan bertindak sebagai badan bebas bagi menasihati Kerajaan dalam isu-isu berkaitan perpaduan dan kesejahteraan sosial.
Patik berharap usaha-usaha Kerajaan Tuanku ini akan terus mendapat sokongan bagi mencapai matlamat yang diidamkan oleh semua pihak.
14. Patik bersama-sama dengan jentera Kerajaan Tuanku akan sentiasa bekerja dengan gigih bagi memastikan kewajipan yang telah dipertanggungjawabkan dapat direalisasi selaras dengan harapan tinggi rakyat yang inginkan kemajuan dan kemakmuran Negara dapat dinikmati oleh mereka.
Oleh itu, jentera pentadbiran Kerajaan Tuanku akan bekerja dengan lebih bertanggungjawab, tekun, dedikasi dan amanah bagi menjamin kesinambungan pembangunan negara terus berjalan lancar.
15. Akhir kalam, Patik bagi pihak Kerajaan, anggota-anggota Perkhidmatan Awam, pasukan keselamatan serta rakyat sekalian berikrar akan sentiasa menumpahkan taat setia kepada Tuanku serta berdoa semoga Allah SWT melimpahkan Kebawah Duli Tuanku dan Tuanku Raja Permaisuri serta ahli-ahli keluarga dengan taufik dan hidayah, dipanjangkan umur, kesihatan yang baik dan Tuanku berdua terus bersemayam di singgahsana dengan segala kehormatan serta kebesarannya dan sentiasa dalam perlindungan Allah SWT jua.
Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Ampun Tuanku.
Teks ucapan
Tue Jul 30 2019
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan memberi tabik hormat kepada Kawalan Kehormat Utama Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD). - foto BERNAMA
BERIKUT teks penuh Ucapan Tahniah dan Ikrar Taat Setia Kerajaan dan Rakyat Malaysia yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sempena Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Ke-XVI, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah di Istana Negara.
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
#AgongKita: Biodata Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah
Raja Zarith Sofiah merupakan seorang kerabat diraja yang bergiat aktif dalam pelbagai kerja kebajikan, khususnya melalui platform badan bukan kerajaan (NGO).
#AgongKita: 14 laluan yang ditutup akan dibuka secara berperingkat
Sebanyak 14 laluan yang ditutup sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17, akan dibuka secara berperingkat, kata Pengarah JSPT Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.
#AgongKita: Apa perlu kita tahu tentang muskat persalinan kebesaran Yang di-Pertuan Agong
Muskat adalah persalinan Istiadat Diraja yang dipakai pada istiadat tertentu seperti pertabalan, pembukaan penggal Parlimen dan lawatan rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke luar negara.
#AgongKita: Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong tumpuan Astro AWANI hari ini
Singgahsana Istana Negara hari ini menjadi tumpuan rakyat Malaysia bagi Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17.
#AgongKita: Lontong, teh tarik ais Midway R&R Dusun Panti santapan pagi kegemaran Sultan Ibrahim
Keprihatinan dan keramahan Yang Dipertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar terhadap rakyat Johor, tidak hanya dapat diukur menerusi program Kembara Mahkota Johor (KMJ).
'Saya tinggalkan satu mata dan satu telinga di Johor, jangan terkejut, saya tiba-tiba menjelma' - Agong
Sultan Ibrahim mengingatkan penduduk Johor bahawa Baginda akan senantiasa pulang ke Johor kerana itu adalah kampung Baginda.
Agong, Permaisuri zahir ucapan selamat menyambut Hari Wilayah Persekutuan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Wilayah Persekutuan.
#AgongKita: Sultan Ibrahim terima menghadap PM Anwar di Istana Negara
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Negara.
Anwar merafak sembah tahniah Sultan Ibrahim sebagai Agong ke-17
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah setinggi-tinggi tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.
Latihan ketenteraan bentuk jati diri, kewibawaan Sultan Ibrahim sebagai ketua utama negara
Latihan ketenteraan yang dijalani Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim telah membentuk jati diri dan kewibawaan tinggi dalam diri Seri Paduka Baginda.