JOHOR BAHRU: Latihan ketenteraan yang dijalani Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim telah membentuk jati diri dan kewibawaan tinggi dalam diri Seri Paduka Baginda, sekali gus menyerlahkan lagi keperibadian Sultan Ibrahim sebagai Ketua Utama Negara.
Yang DiPertua Jumaah Majlis DiRaja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli berkata Sultan Ibrahim memulakan latihan ketenteraan Seri Paduka Baginda di Pusat Latihan Tentera Darat (PULADA) di Kota Tinggi sebagai platun komander.
Beliau berkata Sultan Ibrahim kemudiannya mengikuti latihan ketenteraan pegawai muda di Fort Benning, Georgia, Amerika Syarikat serta menjalani latihan airborne dan renjer untuk pegawai infantri.
"Tuanku selepas itu meneruskan latihan 'American Special Forces' dan 'Pathfinder', berjaya membuat 19 terjunan payung terjun dengan lapan pada waktu malam, sekali gus ditauliahkan 'sayap' dan menjadi seorang komando," kata beliau kepada Bernama dalam satu temu bual eksklusif di pejabatnya, baru-baru ini.
Beliau berkata Sultan Ibrahim yang turut ditauliahkan sebagai anggota pasukan SEAL (tentera darat, laut dan udara), melakukan beberapa penerjunan di Bandung dan seterusnya ditauliahkan ahli kehormat Komando Pasukan Khusus (KOPASSUS) Indonesia.
"Sementara itu, Tuanku turut mendapat kelulusan dan sijil untuk memandu pesawat, sama ada fixed-wing aircraft iaitu kapal terbang, jet, atau rotary wing iaitu helikopter, selepas lulus peperiksaan. Maka, selepas itu Tuanku dikurniakan satu lagi sayap.
"Kedua-dua sayap yang dikurniakan kepada Tuanku ini adalah genuine, yang menunjukkan bahawa Tuanku betul-betul menjalani latihan itu dan bukannya honorary (sayap kehormat)," kata beliau yang pernah berkhidmat dengan tiga Sultan Johor.
Abdul Rahim, 85, yang telah berkhidmat sejak pemerintahan nenda Sultan Ibrahim, Almarhum Sultan Ismail berkata, latihan ketenteraan itu berjaya membentuk karakter Sultan Ibrahim sebagai raja yang berpendirian tegas dan berani dalam membuat sebarang keputusan.
"Kalau kita lihat kepada latihan ketenteraan, khasnya membuat penerjunan ini, ia membantu Tuanku mengambil tindakan menimbangkan sesuatu perkara, (serta) membuat satu keputusan yang tepat dan betul dalam waktu yang kritikal.
"Ini yang saya katakan, satu daripada ciri-ciri karakter Tuanku yang ada sekarang, dan saya perhatikan, semangat inilah yang menjadikan Tuanku sebagai pemimpin, raja yang berani dan tegas dalam membuat sesuatu keputusan," katanya.
Beliau berkata sifat kepimpinan dan keberanian Sultan Ibrahim itu sebenarnya sudah boleh dilihat sejak kecil, antaranya ketika Seri Paduka Baginda memberanikan diri mengambil bahagian dalam acara sukan air di Pantai Lido, bersempena sambutan Ulang Tahun Keputeraan Almarhum Sultan Ismail.
Menurutnya Sultan Ibrahim yang ketika itu berusia tujuh atau lapan tahun, tidak kekok dan berani mengambil bahagian dalam acara renang, menangkap itik, mengayuh perahu dan memandu bot laju.
Sultan Ibrahim yang merupakan Kolonel Komandan Grup Gerak Khas (GGK), sentiasa menunjukkan keprihatinan berkaitan ketenteraan berdasarkan titah-titah Seri Paduka Baginda sebelum ini.
Seri Paduka Baginda antaranya pernah bertitah mahukan semua anggota GGK sentiasa mengekalkan tahap kecergasan dan kekuatan fizikal yang merupakan keupayaan yang mesti dimiiliki oleh seorang komando.
Selain itu, Sultan Ibrahim turut mengingatkan pegawai dalam Kor GGK Angkatan Tentera Malaysia supaya tidak berpolitik untuk mendapatkan pangkat dan jawatan tertentu.
Sultan Ibrahim hari ini selamat melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara, Kuala Lumpur.
Seri Paduka Baginda menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 semalam selepas memegang tampuk pemerintahan negara sejak 31 Jan 2019.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 31 2024

Sultan Ibrahim memulakan latihan ketenteraan Seri Paduka Baginda di Pusat Latihan Tentera Darat (PULADA) di Kota Tinggi sebagai platun komander. - Gambar/ Bernama
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Kesihatan Agong lebih baik selepas jalani rawatan - PM Anwar
Keadaan kesihatan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kini jauh lebih baik selepas menjalani rawatan konservatif, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

Sultan Ibrahim selamat jalani rawatan di luar negara
Istana Negara memaklumkan perkara itu dalam hantaran yang dimuat naik ke akaun Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Duta Besar M'sia ke AS: Nama calon sudah ada, perlu perkenan Agong dahulu - Anwar
Pelantikan jawatan itu perlu mendapat perkenan YDPA Sultan Ibrahim, yang kini sedang berada di luar negara untuk menjalani rawatan.

UiTM anjur solat hajat doa kesejahteraan, kesembuhan Agong
Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengadakan Solat Hajat Khas di Masjid UiTM Shah Alam bagi mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan segera Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Najib pertimbang mohon pengampunan kedua - Peguam
Datuk Seri Najib Tun Razak sedang mempertimbangkan untuk mengemukan permohonan pengampunan kali kedua kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

Enam individu disiasat muat naik kandungan palsu, jelik berkaitan Agong - MCMC
MCMC melakukan siasatan terhadap enam individu yang dipercayai telah memuat naik kandungan berunsur palsu dan jelik melibatkan Yang di-Pertuan Agong.

Jemaah Menteri doakan kesembuhan Yang di-Pertuan Agong
Jemaah Menteri mendoakan agar Yang di-Pertuan Agong dikurniakan kesembuhan dan selamat menerima rawatan perubatan di luar negara.

Agong jalani rawatan di luar negara - Istana Negara
Istana Negara memaklumkan perkara itu telah disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja dan Kerajaan Persekutuan.

Agong berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-268 di Istana Negara, hari ini.