Umum mengetahui Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah merupakan individu yang sangat passionate, atau mempunyai minat yang tinggi dalam bidang sukan.
Malah, Yang di-Pertuan Agong ke-XVI berkenaan turut aktif berkecimpung dalam beberapa jenis sukan, antaranya sukan skuasy, tenis, polo, hoki, dan sudah semestinya bola sepak.
Namun, Tuanku mengakui lebih gemar menjadi perancang permainan, serta perencana kepada strategi dalam memenangi sesuatu pertandingan atau perlawanan itu.
“Role saya dalam berpasukan, apabila saya, tengok tahap mana saya, level mana saya main.
“I’m more a playmaker or strategist. Saya penggerak dalam pasukan itu dan saya akan hantar bola kepada penyerang-penyerang ataupun sesiapa yang ada di atas sekali supaya dia dapat menghasilkan gol. It’s a team game,” ujar Tuanku lagi.
Tuanku bertitah demikian dalam temubual eksklusif bersama Editor Eksekutif Astro AWANI, Ashwad Ismail dan Editor Kanan Astro AWANI Cynthia Ng sempena Majlis Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-XVI pada 30 Julai ini.
Dalam berbicara lebih mendalam mengenai sukan, Tuanku bertitah, sukan itu merupakan sebahagian daripada rutin kehidupan baginda.
“Saya anggap sukan ni sebagai satu daripada rutin harian saya. Ya, dalam kita sibuk membuat urusan lain, kita tidak boleh lupa memberi masa untuk menyihatkan tubuh badan kita. Saya anggap sukan ini sebagai satu amalan pada saya.
“Khususnya apabila kita dah berusia, sekurang-kurangnya kita berjalan. Ya, 20 minit atau setengah jam sehari. Berapa langkah kalau boleh. Sekarang orang sibuk, 10,000 (langkah) sekarang (setiap hari) keeps the doctor away. And whatever sport you do, it’s good for your heart,” ujar Al-Sultan Abdullah.
Baginda turut berpendapat, aktiviti kesukanan itu bukan sekadar untuk berpeluh, tetapi juga untuk menjaga kesihatan badan, serta menyihatkan jantung.
WAWANCARA eksklusif bersama Al-Sultan Abdullah akan disiarkan di saluran 501, Astro AWANI pada 30 Julai bermula pukul 9 malam dan turut ditayangkan di saluran 104, Astro RIA, saluran 301 (Astro AEC), saluran 201 (Astro VAANAVIL) dan saluran 110 (Astro HELLO).
Para pelanggan Astro juga berpeluang untuk mengenali sisi Al-Sultan Abdullah yang berbeza menerusi satu tayangan perdana dengan baginda pada 30 Julai ini ditonton di www.astroawani.com/live-tv bermula pukul 12 tengah hari.
Sementara itu, pada hari Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong pada 30 Julai ini, Astro AWANI akan menayangkan secara langsung dari Istana Negara, Kuala Lumpur.
Dan sebagai meraikan istiadat kebesaran diraja Melayu ini, kami di Astro AWANI juga akan menyiarkan pelbagai Laporan Khas Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong mulai 26 Julai ini.
Firdaus Azil
Fri Jul 26 2019

Baginda lebih gemar menjadi perancang permainan, serta perencana kepada strategi dalam memenangi sesuatu pertandingan atau perlawanan itu.

Serangan seksual kanak-kanak: Semua pihak diseru amal kawal selia kendiri dalam pelaporan - CMCF
Semua pihak diseru memainkan peranan dalam menguatkuasakan kawal selia kendiri berhubung kes serangan seksual terhadap seorang kanak-kanak.

Permohonan larangan bersuara dalam kes dokumen tambahan Najib didengar 28 April
Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz yang menetapkan tarikh itu berkata permohonan berkenaan akan didengar pada 2.30 petang.

1MDB: Jho Low tiada peranan dalam proses membuat keputusan - Saksi
Menurut saksi, beliau tidak pernah dimaklumkan dan tiada siapa dalam kalangan pengurusan yang memberitahunya bahawa Jho Low mempunyai pengaruh sedemikian.

Nenek rugi RM4 juta dalam tempoh 3 bulan ditipu pelaburan tidak wujud
Akibat tertarik dengan tawaran keuntungan mencecah jutaan ringgit, seorang nenek berusia 73 tahun berputih mata apabila mengalami kerugian RM4 juta.
RM643 juta diperlukan untuk bangunkan infrastruktur adunan biodiesel B20
Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata RM643 juta diperlukan untuk membangunkan infrastruktur bagi adunan Biodiesel B20 dalam negara.
Jumlah kargo yang diproses Bintulu Port meningkat 6.4 peratus
Pengerusi Bintulu Port Holdings Berhad berkata jumlah kargo yang diproses sebanyak 52 juta tan berbanding tahun sebelumnya.

Sarjan mengaku tidak bersalah terima rasuah
Seorang anggota polis berpangkat sarjan mengaku tidak bersalah terhadap empat tuduhan rasuah empat tahun lepas.
Institusi tempatan terus sokong Bursa Malaysia dengan belian bersih RM194.2 juta
MIDF Amanah melaporkan institusi tempatan terus menyokong Bursa Malaysia dengan belian bersih berjumlah RM194.2 juta dalam ekuiti domestik minggu lepas.
MITI sasar peningkatan perdagangan lima peratus pada 2025
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menyasarkan jumlah perdagangan meningkat lima peratus pada 2025 daripada RM2.879 trilion dicatatkan pada tahun lepas.

Ketua balai, anggota polis ditahan kes curi RM300,000 - Rusdi
Seorang ketua balai berpangkat Inspektor adalah antara dua pegawai polis yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes curi melibatkan nilai RM300,000.

#AgongKita: Biodata Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah
Raja Zarith Sofiah merupakan seorang kerabat diraja yang bergiat aktif dalam pelbagai kerja kebajikan, khususnya melalui platform badan bukan kerajaan (NGO).

#AgongKita: 14 laluan yang ditutup akan dibuka secara berperingkat
Sebanyak 14 laluan yang ditutup sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17, akan dibuka secara berperingkat, kata Pengarah JSPT Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.

#AgongKita: Apa perlu kita tahu tentang muskat persalinan kebesaran Yang di-Pertuan Agong
Muskat adalah persalinan Istiadat Diraja yang dipakai pada istiadat tertentu seperti pertabalan, pembukaan penggal Parlimen dan lawatan rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke luar negara.

#AgongKita: Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong tumpuan Astro AWANI hari ini
Singgahsana Istana Negara hari ini menjadi tumpuan rakyat Malaysia bagi Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17.

#AgongKita: Lontong, teh tarik ais Midway R&R Dusun Panti santapan pagi kegemaran Sultan Ibrahim
Keprihatinan dan keramahan Yang Dipertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar terhadap rakyat Johor, tidak hanya dapat diukur menerusi program Kembara Mahkota Johor (KMJ).

'Saya tinggalkan satu mata dan satu telinga di Johor, jangan terkejut, saya tiba-tiba menjelma' - Agong
Sultan Ibrahim mengingatkan penduduk Johor bahawa Baginda akan senantiasa pulang ke Johor kerana itu adalah kampung Baginda.

Agong, Permaisuri zahir ucapan selamat menyambut Hari Wilayah Persekutuan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Wilayah Persekutuan.

#AgongKita: Sultan Ibrahim terima menghadap PM Anwar di Istana Negara
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Negara.

Anwar merafak sembah tahniah Sultan Ibrahim sebagai Agong ke-17
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah setinggi-tinggi tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.

Latihan ketenteraan bentuk jati diri, kewibawaan Sultan Ibrahim sebagai ketua utama negara
Latihan ketenteraan yang dijalani Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim telah membentuk jati diri dan kewibawaan tinggi dalam diri Seri Paduka Baginda.