KUALA LUMPUR: Istiadat Pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 yang akan berlangsung dalam suasana penuh tradisi dan adat raja-raja Melayu di Istana Negara hari ini, melakar satu lagi peristiwa bersejarah dan signifikan bagi negara Malaysia.
Berlangsung di Balairung Seri Istana Negara, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini, istiadat pertabalan itu ialah pemasyhuran kepada seluruh dunia bahawa Sultan Ibrahim telah bersemayam di takhta sebagai Ketua Tertinggi Negara yang menggalas tanggungjawab menjadi payung mahkota menaungi rakyat Malaysia untuk tempoh lima tahun.
Istiadat penuh gilang-gemilang itu pastinya dinantikan oleh 34 juta rakyat Malaysia, selain menjadi tumpuan masyarakat antarabangsa, sekali gus mempamerkan keunikan dan keutuhan warisan sistem Raja Berpelembagaan yang diamalkan Malaysia sejak mencapai kemerdekaan pada 1957.
Istiadat pertabalan Seri Paduka Baginda dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah itu juga menyempurnakan peruntukan Perkara 32(1) Perlembagaan Persekutuan, selain bukti kesinambungan pemerintahan raja Melayu dengan sistem pelantikan Yang di-Pertuan Agong secara bergilir yang hanya diamalkan di Malaysia.
Lebih signifikan, Sultan Ibrahim yang buat kali pertama bersemayam di takhta kerajaan Persekutuan itu, ialah generasi kedua Kesultanan Johor untuk menggalas tanggungjawab berkenaan selepas Almarhum Paduka Ayahanda, Sultan Iskandar Ismail dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan pada 1984 hingga 1989.
Mengikut sistem penggiliran senarai sembilan negeri beraja, turutan negeri dalam pusingan pertama sistem berkenaan sejak 1957 ialah Negeri Sembilan, Selangor, Perlis, Terengganu, Kedah, Kelantan, Pahang, Johor dan Perak.
Segala persiapan bagi menyempurkan istiadat itu dilakukan dengan penuh teliti, menyaksikan Istana Negara sebagai lokasi penting kepada peristiwa bersejarah itu, dihias indah simbolik ketinggian darjat Yang di-Pertuan Agong sebagai sebuah institusi yang berdaulat.
Malah, di sekitar ibu negara juga meriah dengan gegantung ucapan sembah tahniah kepada Seri Paduka Baginda berdua bagi meraikan upacara penting yang secara tradisinya hanya berlaku setiap lima tahun.
Menurut Datuk Paduka Maharaja Lela Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini, walaupun istiadat pertabalan itu masih mengikut "acuan" asal tanpa sebarang perubahan, namun tetap mempunyai keistimewaan tersendiri dengan sentuhan peribadi Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah.
Azuan Effendy berkata istiadat pertabalan itu juga akan menyaksikan Sultan Ibrahim menggunakan peralatan kebesaran istiadat seperti Pending Diraja yang sama digunakan Almarhum Sultan Iskandar ketika ditabal sebagai Ketua Utama Negara.
"Elemen lain yang disifatkan istimewa pada istiadat pertabalan kali ini ialah penggunaan Nobat Diraja Perak yang pastinya menggamit nostalgia kerana pada istiadat pertabalan Almarhum Sultan Iskandar dulu pun menggunakan Nobat Diraja Perak," katanya.
Pemilihan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 oleh raja-raja Melayu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-263 (Khas) di Istana Negara pada 27 Okt 2023 dan Seri Paduka Baginda seterusnya mengangkat sumpah jawatan pada 31 Jan di Istana Negara.
Pelantikan Seri Paduka Baginda adalah bagi menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dari Pahang yang menamatkan tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Jan.
Istiadat yang dijadual bermula 9 pagi ini, dilaksanakan mengikut tertib serta aturan protokol yang setiap satu daripadanya mempunyai perlambangan tersendiri, misalnya istiadat ketenteraan menjadi pendahulu kepada istiadat berkenaan membawa simbolik bahawa kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia.
Istiadat bersejarah itu akan dihadiri kira-kira 700 tetamu termasuk raja-raja Melayu, Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Jemaah Menteri, perwakilan diplomatik asing di negara ini serta pemimpin-pemimpin utama negara.
Tetamu diraja dari luar, Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dan Raja Bahrain Sheikh Hamad bin Isa Al Khalifa juga dijadual berangkat ke istiadat itu.
Istiadat berkenaan disiarkan secara langsung oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) serta stesen televisyen lain, termasuk pelbagai platform media sosial dan buat kali pertama, istiadat itu juga boleh disaksikan rakyat menerusi "wayang pacak" yang disediakan Jabatan Penerangan dengan kerjasama Komuniti MADANI di setiap 222 kawasan Parlimen di seluruh negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 20 2024
![#AgongKita: Malaysia saksi pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 hari ini #AgongKita: Malaysia saksi pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721435769_PertabalanAgongSu.jpg)
Pasukan pengiring melakukan raptai bagi Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim di Istana Negara, Kuala Lumpur, 19 Julai 2024. --fotoBERNAMA
Datuk Paduka Maharaja Lela memulakan Istiadat Pertabalan YDP Agong
Datuk Paduka Maharaja Lela, Azuan Effendy Zairakithnaini turut memohon perkenan YDP Agong untuk membawa masuk al-Quran dan alat-alat kebesaran bagi istiadat pertabalan.
Acara tontonan umum sempena Istiadat Pertabalan YDP Agong ke-17
Wakil Astro AWANI Johor, Siti Nur Aqilla Omar berkongsi perkembangan acara tontonan khas yang dianjurkan Jabatan Penerangan Johor, di bawah Kementerian Komunikasi, sempena Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong ke-17, bersama Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat.
Situasi terkini di Istana Negara sempena Istiadat Pertabalan YDP Agong ke-17 | 20 Julai 2024 | 9.30AM
Ikuti siaran secara langsung bersama Nursyazwani Saiful Sham yang berada di Pintu 1 Istana Negara bagi melaporkan situasi terkini di perkarangan pintu masuk Istana Negara, Kuala Lumpur.
![#AgongKita: Motif gambir, lada hitam hiasi tengkolok Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim #AgongKita: Motif gambir, lada hitam hiasi tengkolok Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721444089_PertabalanAgong.jpg)
#AgongKita: Motif gambir, lada hitam hiasi tengkolok Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim
Kedua-dua motif itu merupakan komoditi yang popular pada era Sultan Abu Bakar dan disifatkan sebagai memberi tuah dan kekayaan kepada negeri itu.
![#AgongKita: 14 laluan yang ditutup akan dibuka secara berperingkat #AgongKita: 14 laluan yang ditutup akan dibuka secara berperingkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721435769_PertabalanAgongSu.jpg)
#AgongKita: 14 laluan yang ditutup akan dibuka secara berperingkat
Sebanyak 14 laluan yang ditutup sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17, akan dibuka secara berperingkat, kata Pengarah JSPT Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.
![#AgongKita: Pegawai Pembawa Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong jalani proses pemilihan ketat #AgongKita: Pegawai Pembawa Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong jalani proses pemilihan ketat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721443734_KawalanKehormatan.jpg)
#AgongKita: Pegawai Pembawa Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong jalani proses pemilihan ketat
Untuk membawa dua panji-panji berkenaan pada Istiadat Pertabalan hari ini, pegawai perlu mematuhi profil istiadat seperti yang telah ditetapkan.
Keberangkatan tiba YDP Agong Ke-17 dan Raja Permaisuri Agong di Istana Negara Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah di Istana Negara
Keberangkatan DYMM SPB Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar & DYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah di Istana Negara
Suasana di dalam Dewan Seri Maharaja Istana Negara
Suasana di dalam Dewan Seri Maharaja Istana Negara bagi Istiadat Pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17
![5,951 kompaun merokok bernilai RM1.47 juta dikeluarkan pada Jun - KKM 5,951 kompaun merokok bernilai RM1.47 juta dikeluarkan pada Jun - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721444965_TBSESITOWNHALL.jpg)
5,951 kompaun merokok bernilai RM1.47 juta dikeluarkan pada Jun - KKM
Sejumlah 13,163 notis kesalahan dikeluarkan daripada 25,924 premis yang dilawati melalui penguatkuasaan PPKHT 2004.
Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah & isteri tiba di Istana Negara
Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha tiba di Istana Negara sempena Istiadat Pertabalan YDP Agong ke-17
![#AgongKita: Motif gambir, lada hitam hiasi tengkolok Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim #AgongKita: Motif gambir, lada hitam hiasi tengkolok Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721444089_PertabalanAgong.jpg)
#AgongKita: Motif gambir, lada hitam hiasi tengkolok Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim
Kedua-dua motif itu merupakan komoditi yang popular pada era Sultan Abu Bakar dan disifatkan sebagai memberi tuah dan kekayaan kepada negeri itu.
![#AgongKita: Sultan Brunei, Raja Bahrain berangkat ke Istiadat Pertabalan #AgongKita: Sultan Brunei, Raja Bahrain berangkat ke Istiadat Pertabalan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721441351_SheikhHamadbinIsa.jpg)
#AgongKita: Sultan Brunei, Raja Bahrain berangkat ke Istiadat Pertabalan
Turut berangkat ke istiadat itu ialah Raja Bahrain Sheikh Hamad bin Isa Al Khalifa, yang tiba pada 9.25 pagi.
![#AgongKita: Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong ke-17 bermula #AgongKita: Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong ke-17 bermula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721438362_Agong.jpg)
#AgongKita: Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong ke-17 bermula
Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara bermula pagi ini
![#AgongKita: Raja-Raja Melayu berangkat tiba ke Istiadat Pertabalan #AgongKita: Raja-Raja Melayu berangkat tiba ke Istiadat Pertabalan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721441960_SultanPerakSultan.jpg)
#AgongKita: Raja-Raja Melayu berangkat tiba ke Istiadat Pertabalan
Keberangkatan tiba kesemua kerabat diraja dan Yang Dipertua Negeri bermula 8.50 pagi itu disambut Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
![#AgongKita: PM Anwar, Hsien Loong tiba di Istana Negara #AgongKita: PM Anwar, Hsien Loong tiba di Istana Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721438094_AnwarIbrahim.jpg)
#AgongKita: PM Anwar, Hsien Loong tiba di Istana Negara
Anwar tiba bersama isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Anjung Utama Istana Negara pada 8.45 pagi.
![#AgongKita Istiadat Pertabalan: Petugas media berkumpul di pintu utama Istana Negara seawal 6 pagi #AgongKita Istiadat Pertabalan: Petugas media berkumpul di pintu utama Istana Negara seawal 6 pagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721437255_PertabalanAgongSu.jpg)
#AgongKita Istiadat Pertabalan: Petugas media berkumpul di pintu utama Istana Negara seawal 6 pagi
Wakil media pelbagai agensi sama ada dari dalam dan luar negara berkumpul dan bersiap sedia untuk membuat liputan.
![#AgongKita: Malaysia saksi pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 hari ini #AgongKita: Malaysia saksi pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721435769_PertabalanAgongSu.jpg)
#AgongKita: Malaysia saksi pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 hari ini
Istiadat pertabalan ini ialah pemasyhuran kepada seluruh dunia bahawa Sultan Ibrahim telah bersemayam di takhta sebagai Ketua Tertinggi Negara.
![#AgongKita: Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong tumpuan Astro AWANI hari ini #AgongKita: Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong tumpuan Astro AWANI hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721434154_PertabalanAgongSu.jpg)
#AgongKita: Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong tumpuan Astro AWANI hari ini
Singgahsana Istana Negara hari ini menjadi tumpuan rakyat Malaysia bagi Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17.
![Lee Hsien Loong tiba di Malaysia, hadir istiadat pertabalan Agong Lee Hsien Loong tiba di Malaysia, hadir istiadat pertabalan Agong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721385965_LeeHsienLoong.jpg)
Lee Hsien Loong tiba di Malaysia, hadir istiadat pertabalan Agong
Menteri Kanan Singapura Lee Hsien Loong tiba di Malaysia untuk menghadiri Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, esok.
![Sultan Hassanal Bolkiah tiba untuk Istiadat Pertabalan Sultan Ibrahim Sultan Hassanal Bolkiah tiba untuk Istiadat Pertabalan Sultan Ibrahim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721381717_SultanBrunei.jpg)
Sultan Hassanal Bolkiah tiba untuk Istiadat Pertabalan Sultan Ibrahim
Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah tiba di sini, hari ini bagi menghadiri istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-17, Sultan Ibrahim di Istana Negara, esok.