KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia menzahirkan kegembiraan sepanjang berada di bawah pemerintahan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah kerana baginda berdua mempamerkan kepimpinan raja berjiwa rakyat.
Bahkan keberangkatan pulang Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah ke Pahang hari ini selepas bersemayam di Istana Negara bermula 31 Januari 2019 sehingga hari ini sudah tentu akan dirindui oleh rakyat jelata.
Pensyarah Universiti Antarabangsa UNITAR, Nur Awatif Adawiyah, 28, berkata, sikap Yang di-Pertuan Agong dan Permaisuri yang sangat mesra membuatkan rakyat melihat baginda berdua sinonim dengan ungkapan 'raja dan rakyat berpisah tiada'.
Malah katanya, disebabkan karakter yang dipamerkan baginda berdua, rakyat sudah pasti teruja untuk bertentang mata dengan Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah untuk melihat sendiri raja yang telah bertakhta di hati rakyat Malaysia.
“Sebelum ini kita sebagai rakyat kurang rapat dengan Yang di-Pertuan Agong, tetapi Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berbeza kerana sangat mesra rakyat, bukan sahaja secara berdepan malah di media sosial.
“Kita boleh lihat setiap kali ada majlis atau lawatan Yang di-Pertuan Agong, mesti rakyat teruja dan sanggup menunggu kehadiran Tuanku di lokasi,” katanya kepada Sinar Harian.
Seorang pesara, Abdul Rahman Hashim, 53, berpendapat, Al-Sultan Abdullah amat disenangi kerana sering turun padang dan melihat sendiri masalah yang dihadapi oleh rakyat terutamanya ketika banjir.
“Saya amat bersyukur mendapat seorang raja sebagai pemerintah berjiwa rakyat. Saya ucapkan selamat maju jaya, panjang umur dan diberi kesihatan yang baik kepada Yang di-Pertuan Agong serta Permaisuri Agong. Selamat berangkat ke negeri Pahang,” ujarnya.
Dalam pada itu, pengurus pengeluaran, S Satehiswaran, 34, berkata, Yang di-Pertuan Agong mempunyai sifat rendah diri walaupun mempunyai status yang tinggi.
Malah katanya, Yang di-Pertuan Agong tidak pernah berasa segan untuk bergaul dengan rakyat tanpa mengira status.
“Tuanku sangat ramah apabila singgah di gerai-gerai tepi jalan dan menjamah jualan yang dijual tanpa rasa kekok. Begitu juga ketika bencana seperti banjir dan COVID-19.
"Yang di-Pertuan Agong dan Permaisuri Agong turun padang bagi melihat sendiri keadaan rakyat,” tambahnya.
Turut berkongsi pandangan, Lo Tack Wai, 49, yang bekerja sendiri, berkata, dia berasa sangat bangga dengan perkhidmatan diberikan oleh Al-Sultan Abdullah sepanjang pemerintahannya sebagai Yang di-Pertuan Agong.
Menurutnya, Al-Sultan Abdullah telah melaksanakan tanggungjawab dengan baik sehingga disenangi oleh rakyat pelbagai kaum dan dia berharap Seri Paduka Baginda dikurniakan kesihatan berpanjangan.
Sementara itu, Kamaruddin Mohd Radin, 73, berkata, biarpun tidak pernah bertentang mata dengan Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah, tetapi dia menyedari baginda berdua merupakan pemerintah yang baik hati dan amat prihatin.
“Saya memang tak kenal rapat dengan Yang di-Pertuan Agong dan Permaisuri, namun rakan saya sering berkongsi cerita bahawa baginda berdua sangat prihatin dan cakna dengan keadaan sekeliling sejak zaman muda hingga kini.
“Terima kasih saya ucapkan kepada Tuanku atas segala jasa baik selama lima tahun menjadi Yang di-Pertuan Agong,” ujarnya.
Seorang pekerja swasta, Haziqah Razali, 25, turut berpendapat bahawa suara rakyat sentiasa menjadi keutamaan Yang di-Pertuan Agong.
Sebab itulah katanya, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah akan dikenang walaupun perkhidmatan baginda berdua selaku Yang di-Pertuan Agong dan Permaisuri Agong berakhir hari ini.
Nazreena Md Shahrudin Khan, 32, yang bekerja sendiri pula berkata, kemesraan dan celoteh Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah dalam tempoh lima tahun ini sudah pasti akan dikenang oleh rakyat.
"Saya mendoakan baginda berdua sentiasa berada di bawah lindungan ALLAH," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jan 30 2024
Kehadiran Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah di Sabah dan Sarawak ketika Kembara Kenali Borneo pada September tahun lalu membuktikan baginda berdua disayangi rakyat jelata. -Bernama
Dron pantau polis curi tulang main golf ketika bertugas
JIPS Bukit Aman mula menggunakan dron untuk menyiasat dan pemantauan terhadap warga polis yang 'curi tulang' ketika bertugas termasuk keluar pejabat untuk bermain golf.
Pantau Agenda Reformasi: Mihas@Dubai 2024 | Apa selepas ini?
Ikuti temu bual eksklusif bersama Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkaitan keberhasilan penganjuran MIHAS@Dubai 2024 dan apa perancangannya selepas ini?
Prospek lebih cerah Kerajaan Perpaduan selepas dua tahun memerintah - Mujahid
Prospek Kerajaan Perpaduan untuk tahun mendatang dilihat semakin cerah sejajar kejayaan dicapai kerajaan dalam proses pemulihan ekonomi dan membina imej Malaysia di mata dunia.
PGA rampas ubat-ubatan haiwan diseludup dari Thailand bernilai lebih RM400,000
Anggota pasukan PGA dalam Op Taring Wawasan Kelantan mengesan bungkusan mengandungi ubat-ubatan haiwan di kawasan pangkalan haram semasa.
Inflasi malaysia catat 1.9 peratus pada Oktober - DoSM
Kadar inflasi Malaysia bagi Oktober 2024 telah meningkat kepada 1.9 peratus, menokok berbanding 1.8 peratus yang dicatatkan semasa September tahun ini, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sabah FC cari pengganti sementara Kim Swee secepat mungkin
Ini bagi memastikan kesinambungan prestasi skuad Sang Badak dalam menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia musim 2024/2025.
Dua beranak didakwa tipu urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
KTMB sedia dua tren ETS tambahan sempena Krismas, cuti sekolah Disember ini
KTMB akan menyediakan dua perkhidmatan tren eletrik ETS tambahan bagi laluan KL Sentral-Padang Besar sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah Disember ini.
Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.
Lantikan Mohd Dusuki ikut lunas undang-undang, selaras Perlembagaan - Fahmi
Lantikan itu juga selepas mengambil kira pengalaman luas Mohd Dusuki dalam bidang pendakwaan dan perundangan di Jabatan Peguam Negara.
Graduan jangan memilih kerja, elak jadi penganggur terhormat - Sultan Ibrahim
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah mengingatkan para graduan agar tidak bersikap terlalu memilih kerja dan segera merebut peluang ada.
Sultan Ibrahim dimasyhur sebagai Canselor UiTM ketujuh
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) ketujuh hari ini.
Agong titah penjawat awam laksana tanggungjawab penuh integriti - KSN
Yang di-Pertuan Agong menitahkan semua penjawat awam untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh integriti.
Agong terima menghadap Peguam Negara baharu
Menerusi hantaran di Facebook baginda, pertemuan tersebut berlangsung di Istana Negara pada Selasa.
Permaisuri Agong gayakan Kain Benang Johor semasa Lawatan Negara ke Brunei
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan menggayakan baju kurung Kain Benang Johor semasa Lawatan Negara ke Brunei baru-baru ini.
Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Deepavali
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat Deepavali kepada penganut Hindu di negara ini.
Ketua Polis Indonesia, Filipina dahului penerima DKPP daripada Agong
Dua pegawai tertinggi polis Indonesia dan Filipina itu mendahului 100 penerima pingat termasuk empat pegawai kanan PDRM.
Agong berkenan kurnia 100 pingat pada istiadat DKAT 2024
Yang di-Pertuan Agong berkenan mengurniakan darjah Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT) kepada Panglima Tentera Laut ke-19 Laksamana Datuk Zulhelmy Ithnain.
Sultan Ibrahim perkenan sempurnakan MIH Megatrends 2024
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menyempurnakan perasmian Persidangan Kesihatan Antarabangsa Malaysia (MIH) Megatrends 2024.