KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Arab Saudi, atas persiapan rapi dan kejayaan menguruskan kira-kira 2 juta jemaah bagi musim haji tahun ini.
Titah penghargaan dan terima kasih itu dizahirkan baginda semasa pertemuan dengan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi Putera Mohammed bin Salman, di Majlis Jamuan Teh Petang yang dianjurkan Putera Mohammed di Mina, pada 29 Jun lalu.
Istana Negara dalam catatan di Facebook juga memaklumkan, Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan Arab Saudi atas kesudian menerima 31,000 jemaah dari Malaysia dan kemudian tambahan seramai 1,000 lagi untuk mengerjakan haji tahun ini.
"Seri Paduka turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Arab Saudi kerana menaja 300 pelajar Malaysia melanjutkan pengajian mereka di pelbagai tahap dan bidang pengajian di Arab Saudi," menurut catatan itu.
Al-Sultan Abdullah juga telah berkenan mempersilakan Putera Mohammed untuk mengadakan kunjungan ke Malaysia.
Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah akan berangkat pulang ke tanah air hari ini, selepas selesai menunaikan ibadah haji dan dijangka tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang hari ini.
Yang di-Pertuan Agong juga menzahirkan rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan keizinan-Nya, Baginda dan Raja Permaisuri Agong dikurniakan keafiatan untuk menyempurnakan rukun Islam kelima itu dengan lancar.
Baginda turut mendoakan agar seluruh jemaah haji Malaysia dikurniakan keafiatan sepanjang berada di Tanah Suci dan selamat pulang ke tanahair kepada pangkuan keluarga tercinta.
"Al-Sultan Abdullah juga mengajak seluruh jemaah haji Malaysia untuk terus bermunajat, memohon keampunan serta mendoakan keselamatan dan kesejahteraan negara tercinta," menurut catatan itu.
Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong yang diiringi Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, berangkat ke Tanah Suci pada 21 Jun lalu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 02 2023
Al-Sultan Abdullah juga telah berkenan mempersilakan Putera Mohammed untuk mengadakan kunjungan ke Malaysia.- Foto Facebook Istana Negara
Waran tangkap terhadap Netanyahu, Gallant, kemenangan dunia
Keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan waran tangkap terhadap Benjamin Netanyahu dan Yoav Gallant atas dakwaan jenayah perang di Gaza adalah wajar.
Love Series IV guna teknologi tingkat kualiti tidur pengguna
Love Series IV, tilam yang direka menerusi teknologi Duocare dengan slogan ‘Satu Tilam, Dua Keselesaan’ memastikan pengguna menikmati dua tahap keempukan dalam satu tilam mengikut keselesaan individu.
Bukan sekadar meningkatkan kualiti tidur, jenama terkemuka tilam Goodnite, turut membolehkan pelanggan memilih dari tiga tahap, keselesaan, hibrid dan sokongan.
Bukan sekadar meningkatkan kualiti tidur, jenama terkemuka tilam Goodnite, turut membolehkan pelanggan memilih dari tiga tahap, keselesaan, hibrid dan sokongan.
Pembentangan RUU Pekerja Gig ditangguh, kerajaan setuju perlu tingkat libat urus
Kerajaan bersetuju untuk menangguhkan Rang Undang-undang (RUU) Pekerja Gig yang sepatutnya dibentangkan di Parlimen pada Disember ini.
Pasukan penyelidik Jepun cipta plastik yang terurai dalam air laut
Plastik "supramolekul" itu mempunyai kekuatan tegangan yang setanding dan boleh diproses seperti plastik berasaskan petroleum.
Mahkamah Taiwan arah pembunuh pelajar Malaysia bayar pampasan
Mahkamah Taiwan memutuskan bahawa seorang lelaki tempatan yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh seorang pelajar Malaysia, perlu membayar pampasan.
Protokol ASEAN 5 perluas akses penerbangan, ekonomi antara negara anggota - Loke
Pemeteraian Protokol ASEAN 5 mampu meningkatkan sambungan udara dan perdagangan di rantau ini.
Orang Asli bina rumah bangsal atas bukit siap sedia hadapi banjir
60 rumah bangsal dibina sejak sebulan lepas yang dapat menempatkan lebih 1,000 orang sebagai iktibar kejadian banjir besar di Kelantan pada 2014.
Dron pantau polis curi tulang main golf ketika bertugas
JIPS Bukit Aman mula menggunakan dron untuk menyiasat dan pemantauan terhadap warga polis yang 'curi tulang' ketika bertugas termasuk keluar pejabat untuk bermain golf.
Pantau Agenda Reformasi: Mihas@Dubai 2024 | Apa selepas ini?
Ikuti temu bual eksklusif bersama Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkaitan keberhasilan penganjuran MIHAS@Dubai 2024 dan apa perancangannya selepas ini?
Prospek lebih cerah Kerajaan Perpaduan selepas dua tahun memerintah - Mujahid
Prospek Kerajaan Perpaduan untuk tahun mendatang dilihat semakin cerah sejajar kejayaan dicapai kerajaan dalam proses pemulihan ekonomi dan membina imej Malaysia di mata dunia.
Lantikan Mohd Dusuki ikut lunas undang-undang, selaras Perlembagaan - Fahmi
Lantikan itu juga selepas mengambil kira pengalaman luas Mohd Dusuki dalam bidang pendakwaan dan perundangan di Jabatan Peguam Negara.
Graduan jangan memilih kerja, elak jadi penganggur terhormat - Sultan Ibrahim
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah mengingatkan para graduan agar tidak bersikap terlalu memilih kerja dan segera merebut peluang ada.
Sultan Ibrahim dimasyhur sebagai Canselor UiTM ketujuh
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) ketujuh hari ini.
Agong titah penjawat awam laksana tanggungjawab penuh integriti - KSN
Yang di-Pertuan Agong menitahkan semua penjawat awam untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh integriti.
Agong terima menghadap Peguam Negara baharu
Menerusi hantaran di Facebook baginda, pertemuan tersebut berlangsung di Istana Negara pada Selasa.
Permaisuri Agong gayakan Kain Benang Johor semasa Lawatan Negara ke Brunei
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan menggayakan baju kurung Kain Benang Johor semasa Lawatan Negara ke Brunei baru-baru ini.
Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Deepavali
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat Deepavali kepada penganut Hindu di negara ini.
Ketua Polis Indonesia, Filipina dahului penerima DKPP daripada Agong
Dua pegawai tertinggi polis Indonesia dan Filipina itu mendahului 100 penerima pingat termasuk empat pegawai kanan PDRM.
Agong berkenan kurnia 100 pingat pada istiadat DKAT 2024
Yang di-Pertuan Agong berkenan mengurniakan darjah Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT) kepada Panglima Tentera Laut ke-19 Laksamana Datuk Zulhelmy Ithnain.
Sultan Ibrahim perkenan sempurnakan MIH Megatrends 2024
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menyempurnakan perasmian Persidangan Kesihatan Antarabangsa Malaysia (MIH) Megatrends 2024.