KOTA KINABALU: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar Hakim Syarie di negeri ini dapat menyelesaikan masalah umat Islam dengan seadil dan sebaiknya tanpa mengambil masa yang lama.
Seri Paduka Baginda juga berharap Hakim Syarie dapat melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada mereka dengan baik terutamanya dalam menyelesaikan masalah umat Islam di Sabah.
"Kita tahu ada juga rungutan-rungutan kerana kelewatan membuat keputusan yang kecil ataupun keputusan yang besar tetapi ini harus dijadikan satu tanggungjawab bersama untuk menentukan segala urusan berkaitan dengan hal-hal rumah tangga, hal-hal faraid, hal-hal undang-undang syarak perlu diuruskan dengan sebaiknya dan dengan secepat mungkin berlandaskan kepada hukum syariah dan elemen-elemen syariah," titah Al-Sultan Abdullah semasa merasmikan Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Sabah, di sini hari ini.
Projek pembinaan kompleks setinggi empat tingkat itu dengan kos RM58.12 juta merupakan satu projek rancangan boleh pinda di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 yang bermula pada 9 Nov 2017 dan siap pada 22 Julai 2021.
Kompleks itu mempunyai satu dewan perbicaraan Mahkamah Rayuan Syariah, dua dewan perbicaraan Mahkamah Tinggi Syariah, tiga dewan perbicaraan Mahkamah Rendah Syariah, kamar hakim syarie, pejabat pentadbiran, bilik pegawai, bilik sulh, bilik teknologi maklumat, perpustakaan, surau, kafeteria dan taman asuhan kanak-kanak.
Turut hadir Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.
Al-Sultan Abdullah yang berangkat dalam jelajah Kembara Kenali Borneo, bertitah Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Sabah secara tidak langsung merupakan manifestasi kewujudan pentadbiran Islam bertapak di negeri Sabah setelah wujudnya Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak di negeri ini pada 46 tahun lepas.
"Ini usaha diusahakan kepimpinan terdahulu daripada TYT (Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri) dahulu, Ketua Menteri dahulu, menteri kabinet bertanggungjawab juga mufti-mufti dahulu dan kini," titah Seri Paduka Baginda.
Pada 23 Dis 1977, Dewan Undangan Negeri Sabah meluluskan Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak 1977 dan melalui enakmen ini Yang Dipertua Negeri Sabah telah diberi kuasa untuk menubuhkan Mahkamah Syariah di negeri ini.
Selepas merasmikan kompleks itu Seri Paduka Baginda berkenan menandatangani plak perasmian kompleks itu dan mengadakan lawatan bagi meninjau sendiri fasiliti disediakan, sebelum bergambar kenangan dengan petugas mahkamah dan kemudian berangkat meninggalkan majlis.
Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah kini berangkat dalam pengembaraan sejauh 2,154 kilometer melalui program Kembara Kenali Borneo dari 3 hingga 13 Sept bermula di Tawau, Sabah dan berakhir di Telok Melano, Sarawak merentasi Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 06 2023

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan bertitah pada Majlis Perasmian Kompleks Mahkamah Syariah Kota Kinabalu hari ini. - Foto Bernama

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

Sultan Ibrahim selamat jalani rawatan di luar negara
Istana Negara memaklumkan perkara itu dalam hantaran yang dimuat naik ke akaun Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Duta Besar M'sia ke AS: Nama calon sudah ada, perlu perkenan Agong dahulu - Anwar
Pelantikan jawatan itu perlu mendapat perkenan YDPA Sultan Ibrahim, yang kini sedang berada di luar negara untuk menjalani rawatan.

UiTM anjur solat hajat doa kesejahteraan, kesembuhan Agong
Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengadakan Solat Hajat Khas di Masjid UiTM Shah Alam bagi mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan segera Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Najib pertimbang mohon pengampunan kedua - Peguam
Datuk Seri Najib Tun Razak sedang mempertimbangkan untuk mengemukan permohonan pengampunan kali kedua kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

Enam individu disiasat muat naik kandungan palsu, jelik berkaitan Agong - MCMC
MCMC melakukan siasatan terhadap enam individu yang dipercayai telah memuat naik kandungan berunsur palsu dan jelik melibatkan Yang di-Pertuan Agong.

Jemaah Menteri doakan kesembuhan Yang di-Pertuan Agong
Jemaah Menteri mendoakan agar Yang di-Pertuan Agong dikurniakan kesembuhan dan selamat menerima rawatan perubatan di luar negara.

Agong jalani rawatan di luar negara - Istana Negara
Istana Negara memaklumkan perkara itu telah disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja dan Kerajaan Persekutuan.

Agong berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-268 di Istana Negara, hari ini.

Agong terima menghadap Panglima Angkatan Tentera
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang baharu Jen Datuk Mohd Nizam Jaffar di Istana Negara hari ini.