ISTANBUL: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat pulang ke tanah air semalam selepas selesai melakukan Lawatan Negara di Turkiye selama lapan hari.
Ketibaan Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul pada 4 petang (waktu tempatan) disambut Timbalan Menteri Luara Turkiye Sedat Onal dan Duta Besar Malaysia ke Turkiye Salim Mustafa Kamal.
Turut mengiringi keberangkatan pulang Seri Paduka berdua ialah Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan delegasi Malaysia.
Lawatan Negara Al-Sultan Abdullah bermula Isnin lepas antara lain bertujuan meningkatkan hubungan dua hala yang telah terjalin hampir enam dekad.
Jadual Baginda bermula di Ankara dengan Sambutan Negara di Kompleks Presiden disambut Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan yang kemudian turut menganugerahkan Al-Sultan Abdullah darjah tertinggi kerajaan Turkiye, Turkish Order of the State.
BACA: Agong terima darjah tertinggi Turkiye daripada Erdogan
Selain itu, Seri Paduka turut berkenan melawat pemain industri pertahanan utama Turkiye, FNSS Defence System A.S dan syarikat aeroangkasa Turkiye, Turkish Aerospace Industry (TAI).
Program Al-Sultan Abdullah di Turkiye diteruskan ke Istanbul dengan beberapa program utama antaranya berkenan menerima penganugerahan ijazah kedoktoran kehormat oleh Universiti Marmara dalam bidang Sains Politik dan Hubungan antarabangsa.
BACA: Agong berkenan terima Ijazah Kedoktoran Kehormat daripada Universiti Marmara
Selain mengadakan lawatan ke tempat bersejarah di sekitar Istanbul Baginda turut bertemu 100 orang rakyat Malaysia yang menetap di Istanbul.
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah serta delegasi dijadual berangkat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 9.30 pagi ini.
Yang di-Pertuan Agong dijangka mengadakan Lawatan Negara seterusnya ke Singapura bulan depan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 22 2022
![Agong, Raja Permaisuri berangkat pulang ke ibu negara Agong, Raja Permaisuri berangkat pulang ke ibu negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51661188683_TBAGONGPULANG.jpg)
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah serta delegasi dijadual berangkat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 9.30 pagi ini. - Foto BERNAMA
Mesyuarat Kabinet Rabu depan akan tentukan tindakan lanjut Malaysia terhadap Israel
Malaysia sambut baik keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa yang memutuskan penempatan Israel di tanah Palestin adalah haram. Perdana Menteri berkata Kabinet akan bermesyuarat pada Rabu depan untuk tentukan langkah selanjutnya Malaysia terhadap Israel berhubung keputusan ICJ itu.
![Remaja cedera dipukul angkara telefon bimbit Remaja cedera dipukul angkara telefon bimbit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721563665_MohdShahrilAbdRah.jpg)
Remaja cedera dipukul angkara telefon bimbit
Polis menahan tiga pelajar sekolah di sekitar bandar Raub semalam kerana disyaki terlibat memukul seorang remaja lelaki hingga cedera, Jumaat lepas.
Polis masih tunggu laporan bedah siasat Farah Kartini
Polis masih lagi menunggu laporan penuh analisis bedah siasat ke atas mayat Nur Farah Kartini Abdullah.
Fahmi arah Pengerusi MCMC, 'do something'
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, mengarahkan Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din, untuk mengambil tindakan segera berhubung isu lambakan berita palsu, penipuan dan buli siber dalam media sosial di negara ini.
Beliau yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan melihat isu buli siber menjadi keterlaluan sehingga ada yang membunuh diri.
Beliau yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan melihat isu buli siber menjadi keterlaluan sehingga ada yang membunuh diri.
![Beberapa platform media sosial akan diambil tindakan dalam masa terdekat - Fahmi Beberapa platform media sosial akan diambil tindakan dalam masa terdekat - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721561523_FahmiFadzil.jpg)
Beberapa platform media sosial akan diambil tindakan dalam masa terdekat - Fahmi
Beliau berkata pada pandangannya platform terbabit tidak begitu serius dalam menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi rakyat Malaysia.
AWANI Borneo [21/07/2024] - Hari Sarawak | Pengambilalihan Affin Bank | Peruntukan RM1 juta
Awani Borneo 20 Julai 2024 bersama Nickyson Nyambar;
1. Hari Sarawak: Belia harap kemakmuran negeri dapat dinikmati bersama
2. Pelaburan strategik Sarawak boleh jadi 'kemenangan berganda - penganalisis
3. Kerajaan pusat bina semula jambatan runtuh akibat banjir di Sabah
1. Hari Sarawak: Belia harap kemakmuran negeri dapat dinikmati bersama
2. Pelaburan strategik Sarawak boleh jadi 'kemenangan berganda - penganalisis
3. Kerajaan pusat bina semula jambatan runtuh akibat banjir di Sabah
Pastikan projek dianugerahkan siap ikut masa ditetapkan
Jangan sampai saya turun untuk periksa jika projek bermasalah.
Itu ingatan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof terhadap kontraktor projek-projek tebatan banjir di lembangan Sungai Sarawak.
Itu ingatan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof terhadap kontraktor projek-projek tebatan banjir di lembangan Sungai Sarawak.
Pelaburan strategik Sarawak boleh jadi 'kemenangan berganda
Timbalan Presiden Persatuan Ekonomi Malaysia Profesor Dr Yeah Kim Leng berperndapat Rancangan Sarawak meningkatkan pegangannya dalam Affin Bank Bhd kepada sekitar 30 peratus daripada 4.8 peratus pada masa ini, boleh menjadi ‘kemenangan berganda’ dalam merealisasikan pulangan yang tinggi atau berpatutan daripada pelaburannya dalam bank itu.
Persiapan menjelang sambutan Hari Kemerdekaan Sarawak
Kerajaan wujudkan jawatankuasa Komuniti Madani untuk bantu rakyat
Kerajaan dengan kerjasama Jabatan Penerangan mewujudkan Jawatankuasa Komuniti Madani di setiap kawasan bagi memastikan penyampaian maklumat yang tepat dan memudahkan penyelesaian masalah rakyat.
![Yang di-Pertuan Agong iringi keberangkatan pulang Sultan Brunei Yang di-Pertuan Agong iringi keberangkatan pulang Sultan Brunei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721552321_Agong.jpg)
Yang di-Pertuan Agong iringi keberangkatan pulang Sultan Brunei
Seri Paduka Baginda berkenan memandu sendiri Sultan Hassanal Bolkiah ke Pangkalan Udara Subang.
![Kandungan FB tular disalah terjemah sistem Facebook - RTM Kandungan FB tular disalah terjemah sistem Facebook - RTM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721549739_RTMRadioTelevisy.jpg)
Kandungan FB tular disalah terjemah sistem Facebook - RTM
RTM hari ini menjelaskan bahawa pihaknya tidak memuat naik sebarang maklumat rasmi dalam bahasa Inggeris berhubung Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 di istana Negara semalam.
![Raja Bahrain berangkat pulang selepas hadir Pertabalan Agong ke-17 Raja Bahrain berangkat pulang selepas hadir Pertabalan Agong ke-17](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721540947_tbRajaBahrain.jpg)
Raja Bahrain berangkat pulang selepas hadir Pertabalan Agong ke-17
Sheikh Hamad dan delegasi baginda berlepas dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
![#AgongKita: Tayangan video riwayat hidup Sultan Ibrahim pengisian istimewa Majlis Santapan Diraja #AgongKita: Tayangan video riwayat hidup Sultan Ibrahim pengisian istimewa Majlis Santapan Diraja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721525042_tbYDPASultanIbrah.jpg)
#AgongKita: Tayangan video riwayat hidup Sultan Ibrahim pengisian istimewa Majlis Santapan Diraja
Turut dipaparkan menerusi video istimewa berdurasi 3.11 minit itu adalah perkahwinan Diraja dengan Raja Zarith Sofiah pada 22 Sept 1982.
![#AgongKita: Corak ragam bunga raya pilihan Sultan Ibrahim sempena Istiadat Pertabalan #AgongKita: Corak ragam bunga raya pilihan Sultan Ibrahim sempena Istiadat Pertabalan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721512860_TBRadzuanRadziwill.jpg)
#AgongKita: Corak ragam bunga raya pilihan Sultan Ibrahim sempena Istiadat Pertabalan
Beberapa corak dipersembahkan kepada Sultan Ibrahim, namun Seri Paduka Baginda berkenan memilih bunga raya.
![Istiadat pertabalan Sultan Ibrahim jadi tumpuan media global Istiadat pertabalan Sultan Ibrahim jadi tumpuan media global](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721446839_PertabalanAgong.jpg)
Istiadat pertabalan Sultan Ibrahim jadi tumpuan media global
Di Singapura, platform Berita menyiarkan berita dan turut berkongsi laporan bergambar di laman media sosialnya.
![Lee yakin hubungan Singapura-Malaysia akan berkembang maju di bawah naungan Sultan Ibrahim Lee yakin hubungan Singapura-Malaysia akan berkembang maju di bawah naungan Sultan Ibrahim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721483460_leehsienloong.jpg)
Lee yakin hubungan Singapura-Malaysia akan berkembang maju di bawah naungan Sultan Ibrahim
Menghadiri Istiadat Pertabalan Sultan Ibrahim di Istana Negara pada Sabtu, Lee mendoakan yang terbaik untuk Seri Paduka Baginda dalam peranan baharu ini.
![Sultan Brunei berkenan terima menghadap PM Anwar Sultan Brunei berkenan terima menghadap PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721474409_tbAnwarIbrahimSul.jpg)
Sultan Brunei berkenan terima menghadap PM Anwar
Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu kota.
![Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong tonjol keistimewaan Raja Berperlembagaan di Malaysia Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong tonjol keistimewaan Raja Berperlembagaan di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721451894_Agong.jpg)
Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong tonjol keistimewaan Raja Berperlembagaan di Malaysia
Istiadat penuh tradisi berkenaan juga melambangkan kedaulatan dan legitimasi keberadaan Raja-Raja Melayu dalam sistem pemerintahan di negara ini.
![#AgongKita: Titah Sultan Ibrahim sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 #AgongKita: Titah Sultan Ibrahim sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721464956_SultanIbrahimSulta.jpg)
#AgongKita: Titah Sultan Ibrahim sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17
Sultan Ibrahim hari ini selamat ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 dalam suasana penuh istiadat gilang-gemilang di Istana Negara.