CYBERJAYA: Kementerian Komunikasi akan mengambil tindakan terhadap beberapa platform media sosial, susulan beberapa aspek buli siber yang berlaku sebelum ini, kata menterinya Fahmi Fadzil.
Beliau berkata pada pandangannya platform terbabit tidak begitu serius dalam menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi rakyat Malaysia.
"Saya tidak rasa mereka mengambil kisah...jadi cukuplah.
"Kita akan hantar satu mesej yang sangat keras dan jelas kepada platform-platform ini. Nantikan," katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 di sini, hari ini.
Fahmi berkata keputusan tersebut dibuat hasil perbincangan dengan tiga kementerian lain iaitu Kementerian Digital, Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi).
Beliau juga berkata kementerian tersebut bekerjasama untuk meneliti antara tiga hingga empat perkara.
Antaranya, melibatkan undang-undang sedia ada, menggubal undang-undang baharu dan dari segi pelaksanaan undang-undang tersebut.
"Kita lihat teknologi yang ada hari ini, sama ada kecerdasan buatan (AI), mahupun pelbagai platform media sosial, mungkin aspek teknikal itu kita perlu bantu pihak penyiasatan dan seterusnya kepada aspek pendakwaan.
"Jadi, framing the charges. Di sini saya nampak ada beberapa perkara contohnya dalam kes mendiang Rajeswary Appahu atau Esha, yang membunuh diri akibat daripada dipercayai buli siber dari sesi TikTok live," katanya.
Fahmi berkata beliau sendiri pernah melihat sesi TikTok live dan merasakan terdapat segelintir komen-komen yang agak keterlaluan, seolah-olah menjurus ke arah membolehkan penonton lain hilang adab dan kewarasan.
"Ini yang disebut bukan hanya the perpetrators tetapi juga the purveyors.. bukan sahaja mereka yang melakukan tetapi yang juga membolehkan kecaman dan menjemput orang lain memaki hamun," katanya.
Sementara itu, Fahmi berkata hasil daripada sesi permukiman bersama kira-kira 2,000 Komuniti MADANI pagi tadi, pihaknya akan menyampaikan beberapa pandangan yang diusulkan ahli Komuniti MADANI termasuk aspek pelaksanaan BUDI MADANI kepada Kementerian Kewangan.
"Ada yang menyatakan bahawa mereka perlukan sedikit bantuan terutama di kawasan, contohnya di Felda atau kawasan pedalaman, bagi kenderaan-kenderaan yang telah mati cukai jalan.
"Mereka perlukan sedikit bantuan. Ada juga yang menyampaikan beberapa pandangan termasuklah mengenai peruntukan bagi BUDI MADANI...ini pun kita ambil maklum. Kita akan panjangkan usul-usul ini kepada Kementerian Kewangan," katanya.
BUDI MADANI ialah wadah kerajaan dalam memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak.
Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 yang berkonsepkan karnival rakyat berlangsung 9 pagi hingga 4.30 petang hari ini, dengan pelbagai program disediakan bagi mengukuhkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat menuju Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2024.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 21 2024

Fahmi ketika berucap pada Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 di Cyberjaya hari ini. -Bernama
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.

Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian dilaksanakan di lebih 10,000 sekolah, universiti awam
Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian akan dilaksanakan di lebih 10,000 sekolah dan universiti awam di seluruh negara.

Agong perkenan pindaan akta atasi isu keselamatan dalam talian
Menurut Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, selepas diwartakan, kerajaan akan berupaya menangani beberapa masalah dalam talian.

Lebih 18,000 kandungan di media sosial diminta diturunkan - Fahmi
Sebanyak 18,785 kandungan yang melanggar undang-undang negara di pelbagai platform media sosial telah diminta diturunkan oleh MCMC sejak 1 Januari lepas.

Tujuh hospital dikenal pasti bagi penambahbaikan liputan internet - Teo
Sebanyak tujuh hospital telah dikenal pasti bagi penambahbaikan liputan dan kualiti internet setakat ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.

MCMC turun 8,756 kandungan berkaitan buli siber tahun lepas - Teo
MCMC menurunkan sebanyak 8,756 kandungan berkaitan buli siber sepanjang tahun lepas.

Dewan Rakyat lulus pindaan Kanun Keseksaan tangani buli siber
Rang undang-undang yang dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju.

Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.

Malaysia negara tertinggi di Asia rekodkan mangsa scam berulang
Malaysia menjadi negara tertinggi di Asia yang merekodkan jumlah mangsa berulang berkaitan jenayah penipuan dalam talian (scam) dengan lebih 2.5 kali jenayah itu berlaku terhadap mangsa yang sama.

Pelesenan platform media sosial tidak jejas pengguna
Penguatkuasaan kerangka pelesenan terhadap penyedia platform media sosial tidak akan menjejaskan pengguna perkhidmatan tersebut, menurut Kementerian Komunikasi.

Malaysia perkukuh undang-undang, tingkat kesedaran tangani buli siber - Fahmi
Terdapat keperluan untuk menangani buli siber dari akar umbinya dengan melaksanakan program pendidikan di sekolah-sekolah dan arena sukan.