KUALA LUMPUR: Istiadat pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara pada Sabtu merupakan upacara gilang-gemilang berlangsung dalam suasana penuh tradisi dan dilaporkan secara meluas oleh media antarabangsa.
Di Singapura, platform berbahasa Melayu Mediacorp, Berita bukan sahaja menyiarkan berita yang dihasilkan oleh Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) tetapi turut berkongsi laporan bergambar di laman media sosialnya.
CNA menghasilkan laporan video berita terperinci mengenai istiadat itu yang dihadiri oleh ratusan tetamu, termasuk Menteri Kanan Singapura Lee Hsien Loong dan isterinya, Ho Ching. Istiadat pertabalan itu juga mendapat liputan SPH Media, Berita Harian Singapura dan The Straits Times (ST).
Agensi Berita China Xinhua menonjolkan istiadat pertabalan itu dengan menyatakan keberangkatan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dan Raja Bahrain Sheikh Hamad bin Isa Al Khalifa.
Dalam laporannya, Xinhua menyebut titah diraja Sultan Ibrahim, di mana baginda bertitah akan melaksanakan tanggungjawab yang diberikan dengan jujur, ikhlas dan adil serta penuh timbang rasa kepada semua rakyat jelata.
Akhbar dalam talian British, The Independent membuat liputan mengenai pertabalan dengan memberi tumpuan kepada latar belakang Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
The Independent menjelaskan amalan penggiliran sembilan Raja Melayu sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957 dengan jawatan Ketua Utama Negara akan digilirkan setiap lima tahun.
Associated Press (AP) memberikan gambaran keseluruhan mengenai pertabalan dengan tajuk, "What to know about Malaysia's coronation of its King, Sultan Ibrahim Iskandar," memfokuskan kepada peranan Yang di-Pertuan Agong dan latar belakang Sultan Ibrahim.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 20 2024
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah pada Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara, Kuala Lumpur, 20 Julai 2024. --fotoBERNAMA
Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Lima lelaki termasuk warga asing ditahan, 12 kg heroin dirampas
Satu sindiket pengedaran dadah tumpas selepas polis memberkas lima lelaki termasuk seorang warga asing dalam dua serbuan di Seberang Perai Utara, antara 1 tengah hari semalam hingga 4 pagi tadi.
Dua penganggur didakwa edar, miliki dadah
Seorang lelaki tempatan dan seorang wanita warga Singapura didakwa di tiga Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar serta memiliki pelbagai jenis dadah pada Disember tahun lepas.
Peluang keemasan Malaysia pimpin visi komuniti ASEAN 2045
Datuk Prof Dr Mohd Faiz Abdullah berkata platform ASEAN perlu menggunakan untuk mendapatkan hasil yang produktif dan kemajuan dalam mendorong penyelesaian melibatkan isu-isu di rantau ini.
AWANI 7:45 [10/01/2025] - Aksi Gengster | Kononnya Melayu Islam | Proses jual tanah jadi mudah | Reman enam hari
Lima lelaki aksi gengster, tetak sekumpulan lelaki dalam restoran.
PM minta belia jangan peduli remeh temeh, tangani isu bebanan rakyat.
Kartel ada orang dalam, punca jual tanah berleluasa.
Empat individu termasuk tiga pengarah syarikat direman, palsukan dokumen geran tanah.
PM minta belia jangan peduli remeh temeh, tangani isu bebanan rakyat.
Kartel ada orang dalam, punca jual tanah berleluasa.
Empat individu termasuk tiga pengarah syarikat direman, palsukan dokumen geran tanah.
NRES di peringkat akhir penyediaan Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) kini berada di fasa akhir penyediaan Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara (RUUPIN) sebelum dibawa ke Parlimen dalam masa terdekat.
2,000 penduduk bakal mendapat manfaat daripada projek jalan URDA: Nanta Linggi
Lebih 2,000 penduduk di Perkampungan Baleh, Nanga Benin, Nanga Pelagus, dan Pelagus Resort bakal menerima manfaat apabila projek jalan baharu di kawasan tersebut siap pada April 2027.
Mahkamah AS henti perjanjian dengan dalang serangan 9/11
Mahkamah Rayuan di Washington pada Khamis menghentikan sementara perjanjian antara individu yang didakwa sebagai dalang serangan 11 Sept 2001.
Belia perlu fokus bangunkan negara, jangan hebat main isu remeh
Anwar berkata, belia mempunyai tanggungjawab untuk menyelamatkan negara dan tidak menumpukan pada isu-isu remeh yang dibangkitkan atas dasar Melayu Islam.
#AgongKita: 21 sulaman motif bunga raya hiasi persalinan Raja Permaisuri
Radzuan berkata 21 sulaman tangan bermotifkan bunga raya dan corak awan larat yang menghiasi busana Raja Permaisuri Agong.
#AgongKita: Motif gambir, lada hitam hiasi tengkolok Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim
Kedua-dua motif itu merupakan komoditi yang popular pada era Sultan Abu Bakar dan disifatkan sebagai memberi tuah dan kekayaan kepada negeri itu.
#AgongKita: Pegawai Pembawa Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong jalani proses pemilihan ketat
Untuk membawa dua panji-panji berkenaan pada Istiadat Pertabalan hari ini, pegawai perlu mematuhi profil istiadat seperti yang telah ditetapkan.
#AgongKita: Sultan Brunei, Raja Bahrain berangkat ke Istiadat Pertabalan
Turut berangkat ke istiadat itu ialah Raja Bahrain Sheikh Hamad bin Isa Al Khalifa, yang tiba pada 9.25 pagi.
#AgongKita: Raja-Raja Melayu berangkat tiba ke Istiadat Pertabalan
Keberangkatan tiba kesemua kerabat diraja dan Yang Dipertua Negeri bermula 8.50 pagi itu disambut Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
#AgongKita: PM Anwar, Hsien Loong tiba di Istana Negara
Anwar tiba bersama isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Anjung Utama Istana Negara pada 8.45 pagi.
#AgongKita: PM Anwar ikrar taat setia kepada Institusi Diraja
Istiadat Pertabalan Sultan Ibrahim akan berlangsung dalam suasana penuh tradisi dan adat Raja-raja Melayu di Istana Negara hari ini.
Surat hasrat perjodohan, Sijil Nikah Sultan Abdullah-Tunku Azizah di Muzium Diraja
Beberapa dokumen pernikahan seperti buku atur cara pernikahan, sijil nikah, serta alas tempat akad nikah turut dipamerkan di Muzium Diraja.
Tunku Azizah curi tumpuan netizen, mencemar duli di Live IG Rizalman
Menjunjung kasih Tuanku.
Tidak pernah ber'dating', Raja Permaisuri Agong kenang cinta 'padang polo'
Titah Raja Permaisuri Agong, disebabkan ayahanda baginda terlalu tegas, baginda tidak pernah keluar berjanji temu dengan Tuanku Agong.