KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga legenda beregu badminton negara, Datuk Ng Boon Bee yang meninggal dunia semalam.
Menerusi catatan di laman Facebook Istana Negara hari ini, Seri Paduka berdua menzahirkan rasa sedih dengan pemergian itu dan berharap seluruh keluarga mendiang sabar dan tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.
"Seri Paduka Baginda berdua amat menghargai khidmat bakti, jasa dan sumbangan mendiang kepada negara dan juga menyifatkan pemergian mendiang sebagai satu kehilangan besar kepada sukan badminton tanah air," demikian menurut catatan itu.
Ng, 84, yang berasal dari Ipoh, Perak dan gandingannya Datuk Tan Yee Khan menjadi juara pada kali pertama mewakili negara di Kejohanan All England pada 1965.
Antara kejayaan pingat emas yang dimenanginya termasuk beregu lelaki Sukan Komanwel Edinburgh 1970, beregu lelaki Sukan Asia Jakarta 1962, beregu lelaki Sukan Asia Bangkok 1966, beregu lelaki dan beregu campuran Sukan Asia Bangkok 1970 dan Piala Thomas Jakarta 1967.
Selain itu, mendiang juga menang pingat perak di Sukan Olimpik Munich 1972 ketika bergandingan dengan Datuk Punch Gunalan. - BERNAMA
Bernama
Thu Aug 04 2022
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Hajah Azizah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga legenda beregu badminton negara, Datuk Ng Boon Bee yang meninggal dunia semalam. - Gambar Facebook Istana Negara
[KOLUMNIS] Belanjawan 2025 merealisasi agenda ‘Reformasi’ kebajikan veteran tentera
Ini adalah kali pertama tuntutan para veteran ini diselesaikan kerajaan selepas berjuang menuntut pelarasan ini sejak sekian lama.
Adik Zaliha Mustafa meninggal dunia
Adik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, Shamsiah binti Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Pekerja Islam berdepan diskriminasi solat Jumaat diminta buat aduan - Exco
Pekerja beragama Islam yang berdepan isu diskriminasi untuk menunaikan kewajipan solat Jumaat bermula 1 Jan tahun depan diminta membuat aduan.
Lebih 2,000 alumni bakal sertai Malam Alumni UM 2024
Aktiviti ini dijangka memberi motivasi kepada pelajar baharu dan alumni muda untuk terus mencipta kejayaan dalam bidang masing-masing.
MediaTek lancar cip Dimensity 8350
Ia dihasilkan menggunakan teknologi 4nm, hadir dengan empat teras CPU Cortex-A715, empat teras CPU Cortex-A510, GPU Mali-G615 MC6, dan NPU 780.
Sidang Parlimen: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Fasa akhir pembinaan kapal Littoral Combat Ship (LCS) pertama dijadualkan siap akhir tahun ini dan dilaksanakan mengikut jadual ditetapkan dalam kontrak.
'Kita perlukan pasukan penembak dron' - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata Malaysia memerlukan pasukan penembak dron bagi mengatasi masalah penyeludupan dadah dalam negara.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Tinjauan udara banjir di Terengganu
Bagi melihat tinjauan banjir di Terengganu melalui udara pula.
Kita bersama dengan wakil Astro AWANI Terengganu, Nur Fazlizai Ali yang turut bersama dengan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia.
Kita bersama dengan wakil Astro AWANI Terengganu, Nur Fazlizai Ali yang turut bersama dengan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia.
Bencana banjir: Alah bisa tegal biasa, tapi sampai bila?
Situasi banjir yang kerap terjadi membuatkan penduduk di sekitar kawasan Kemasik, Kemaman, membuat persiapan awal menghadapi bencana tersebut.
Wartawan Astro AWANI, Firdaus Azil membuat tinjauan di kawasan itu untuk melihat sendiri persediaan serta mendengar keluh kesah penduduk tempatan.
Wartawan Astro AWANI, Firdaus Azil membuat tinjauan di kawasan itu untuk melihat sendiri persediaan serta mendengar keluh kesah penduduk tempatan.
Skim MySalam dalam perancangan untuk dilanjutkan - Amir Hamzah
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) menjadi fokus utama skim ini, yang melibatkan lebih 9 juta penerima.
Agong sambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 bersama keluarga
Yang di-Pertuan Agong berkenan menikmati santapan tengah hari bersama keluarga dan cucunda bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 Seri Paduka Baginda.
Lantikan Mohd Dusuki ikut lunas undang-undang, selaras Perlembagaan - Fahmi
Lantikan itu juga selepas mengambil kira pengalaman luas Mohd Dusuki dalam bidang pendakwaan dan perundangan di Jabatan Peguam Negara.
Graduan jangan memilih kerja, elak jadi penganggur terhormat - Sultan Ibrahim
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah mengingatkan para graduan agar tidak bersikap terlalu memilih kerja dan segera merebut peluang ada.
Sultan Ibrahim dimasyhur sebagai Canselor UiTM ketujuh
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) ketujuh hari ini.
Agong titah penjawat awam laksana tanggungjawab penuh integriti - KSN
Yang di-Pertuan Agong menitahkan semua penjawat awam untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh integriti.
Agong terima menghadap Peguam Negara baharu
Menerusi hantaran di Facebook baginda, pertemuan tersebut berlangsung di Istana Negara pada Selasa.
Permaisuri Agong gayakan Kain Benang Johor semasa Lawatan Negara ke Brunei
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan menggayakan baju kurung Kain Benang Johor semasa Lawatan Negara ke Brunei baru-baru ini.
Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Deepavali
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat Deepavali kepada penganut Hindu di negara ini.
Ketua Polis Indonesia, Filipina dahului penerima DKPP daripada Agong
Dua pegawai tertinggi polis Indonesia dan Filipina itu mendahului 100 penerima pingat termasuk empat pegawai kanan PDRM.
Agong berkenan kurnia 100 pingat pada istiadat DKAT 2024
Yang di-Pertuan Agong berkenan mengurniakan darjah Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT) kepada Panglima Tentera Laut ke-19 Laksamana Datuk Zulhelmy Ithnain.