KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga bekas pemain hoki kebangsaan, Freddy Wilfred Vias yang meninggal dunia, dua hari lepas.
Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan rasa sedih dengan pemergian mendiang dan berharap agar seluruh keluarga mendiang sabar dan tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.
"Seri Paduka Baginda berdua amat menghargai khidmat bakti, jasa serta pengorbanan mendiang kepada negara dan menyifatkan pemergian mendiang sebagai satu kehilangan besar kepada sukan hoki negara," menurut hantaran dalam Facebook Istana Negara di sini, pagi ini.
Freddy meninggal dunia di rumahnya di Petaling Jaya pada usia 93 tahun.
Mendiang merupakan pemain pasukan kebangsaan pada era 1950an dan pernah dipilih menjadi kapten pasukan kebangsaan pada tahun 1954.
Semasa hayatnya mendiang merupakan salah seorang pemain utama yang membantu skuad negara untuk membuat penampilan sulung di Sukan Olimpik 1956 Melbourne, Australia.
Mendiang pernah memegang jawatan setiausaha Persatuan Hoki Johor dari tahun 1950 hingga 1953 dan setiausaha Persatuan Hoki Negeri Sembilan dari tahun 1956 hingga 1957.
Mendiang juga pernah dipilih sebagai salah seorang daripada 80 pembawa obor untuk Larian Berganti-ganti Obor Olimpik yang diadakan sempena temasya Olimpik Beijing 2008.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 09 2022

Pemain hoki pasukan kebangsaan pada era 1950an ini meninggal dunia di rumahnya di Petaling Jaya pada usia 93 tahun. - Foto Astro AWANI

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Agong, Permaisuri zahir takziah atas pemergian bekas pemain hoki, Freddy Wilfred Vias
Seri Paduka Baginda berdua berharap agar seluruh keluarga mendiang sabar dan tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.