KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan sukacita dan syukur kerana dapat menyempurnakan impian mendekati rakyat Sabah dan Sarawak menerusi program Kembara Kenali Borneo yang berakhir semalam.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Mej Jen Datuk Zahari Mohd Ariffin berkata baginda berdua amat terharu dan tersentuh dengan semangat dan kasih rakyat yang dizahirkan di sepanjang jalan raya lokasi pengembaraan tanpa mengira penat lelah, ketika lewat malam serta keadaan cuaca panas terik dan hujan lebat.
"Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat negeri Sabah dan Sarawak atas sambutan sangat hebat yang telah diberikan kepada baginda berdua dan sekeluarga sepanjang pengembaraan menelusuri Lebuhraya Pan Borneo," katanya dalam kenyataan Istana Negara hari ini.
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan kerajaan negeri Sabah serta Sarawak atas segala bantuan dalam menjayakan program itu.
Program julung kali diadakan yang bermula di Tawau, Sabah pada 3 Sept lepas dan melabuhkan tirai di Telok Melano, Sematan, Sarawak semalam, melibatkan perjalanan sejauh 2,154 km menelusuri Lebuhraya Pan Borneo menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei, mendapat sambutan luar biasa daripada rakyat di kedua-dua negeri berkenaan.
Zahari berkata segala pengalaman menyaksikan manifestasi kasih rakyat, semangat perpaduan, kepelbagaian budaya serta etnik dan keindahan landskap semula jadi di kedua-dua negeri berkenaan terpahat di hati Seri Paduka berdua dan sekeluarga sebagai kenangan manis yang tidak akan dapat dilupakan.
"Selain itu, Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa sukacita kerana program Kembara Kenali Borneo juga memberi peluang untuk baginda berdua mengeratkan lagi silaturahim antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak dan juga merealisasikan semangat 'Raja dan Rakyat Berpisah Tiada'," katanya.
Beliau berkata Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah mendoakan semoga rakyat Sabah dan Sarawak dilindungi serta dipelihara oleh Allah SWT, selain kedua-dua negeri itu kekal makmur serta maju jaya dengan rakyatnya terus menjalani kehidupan dengan semangat perpaduan, aman dan sentosa.
Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia pada Sabtu ini, Zahari berkata Yang di-Pertuan Agong menyeru seluruh rakyat menghayati dan menjiwai prinsip Rukun Negara yang merupakan asas kepada perpaduan nasional dan pembentukan identiti Bangsa Malaysia.
"Seri Paduka Baginda bertitah, ini kerana setiap lima teras prinsip Rukun Negara ialah formula bagaimana rakyat yang berbilang kaum, agama, budaya dan bahasa boleh mengatasi segala perbezaan dan kepelbagaian serta hidup rukun dan damai," katanya.
Sambutan Hari Malaysia tahun ini akan menggunakan tema yang sama dengan Hari Kebangsaan 2023 iaitu "Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan", manakala frasa bahasa Iban di Sarawak "Segulai Sejalai" yang bermaksud seiring sejalan akan digunakan sebagai cogan kata perpaduan untuk seluruh negara.
Sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan pada 16 Sept ini akan diadakan di Stadium Perpaduan, Kuching, Sarawak.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 14 2023
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berkenan bergambar bersama penduduk Ulu Sebauh di Bintulu, sempena Kembara Kenali Borneo, 11 Sept 2023. --fotoBERNAMA
AWANI Ringkas: Perkembangan kes bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemergian Tun Daim: Saya ikut perkembangan sumbangan Allahyarham - Fadillah
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof mengikut rapat sumbangan Allahyarham Tun Daim Zainuddin kepada negara yang disifatkan sebagai besar.
Menteri Kabinet zahir ucapan takziah atas pemergian Tun Daim
Beberapa menteri Kabinet hari ini menzahirkan ucapan takziah atas pemergian bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin pagi ini.
'Allahyarham Tun Daim seorang negarawan, kami kenang legasinya' - Hamzah
Ahli Parlimen pembangkang menyifatkan Allahyarham Tun Daim Zainuddin yang meninggal dunia pagi tadi sebagai negarawan yang banyak berjasa kepada negara.
Pekerja kilang didakwa bunuh Siti Zulaila, bapa
Seorang pekerja kilang didakwa atas dua pertuduhan membunuh dua beranak dalam kejadian di hadapan lif pangsapuri Bandar Baru, Ayer Itam, Khamis minggu lepas.
Sultan Ibrahim dimasyhur sebagai Canselor UiTM ketujuh
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) ketujuh hari ini.
Tan Sri Wan Zaki, pengasas Ahmad Zaki Resources meninggal dunia
Pengasas Ahmad Zaki Sdn Bhd (AZSB) dan Penasihat Kumpulan kepada Ahmad Zaki Resources Bhd (AZRB) Tan Sri Wan Zaki Wan Muda, 75, meninggal dunia semalam.
Mengenang Tun Daim: Tun Daim Zainuddin di mata Prof Ulung Datuk Rajah Rasiah
Pakar Ekonomi Universiti Malaya, Prof Ulung Datuk Rajah Rasiah berkongsi cerita serta pengalamannya mengenali Tun Daim Zainuddin.
Mengenang Tun Daim: Tan Sri Syed Hamid Albar berkongsi pengalaman bersama Tun Daim Zainuddin
Bekas Menteri Kabinet, Tan Sri Syed Hamid Albar berkongsi pengalamannya bersama Tun Daim Zainuddin serta mengenang ketokohan bekas Menteri Kewangan itu.
Pemergian Tun Daim: Suasana hiba selubungi kediaman Allahyarham
Suasana hiba menyelubungi pekarangan kediaman Allahyarham Tun Daim Zainuddin di Persiaran Bukit Tunku, di ibu negara.
Agong, Permaisuri sukacita dapat sempurnakan impian dekati rakyat Sabah, Sarawak
Zahari berkata baginda berdua amat terharu dengan semangat dan kasih rakyat yang dizahirkan di sepanjang jalan raya lokasi pengembaraan.