KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat tiba di Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam hari ini.
Menerusi catatan di laman Facebook Istana Negara, pesawat khas yang membawa Seri Paduka berdua dan delegasi selamat mendarat di Bandar Seri Begawan pada 3.40 petang.
"Keberangkatan Seri Paduka berdua ke Brunei adalah atas persilaan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah.
"Seri Paduka berdua dijadualkan berangkat menghadiri Istiadat Persandingan Diraja Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah dan Pengiran Anak Isteri Pengiran Anisha Rosnah Adam di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan esok," menurut kenyataan itu malam ini.
Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua disambut oleh Menteri Kesihatan Brunei Datuk Seri Dr Awang Mohammad Isham Jaafar, Pesuruhjaya Polis Brunei Datuk Paduka Seri Awang Mohd Irwan Hambali, Perintah Angkatan Tentera Bersenjata Diraja Brunei Mejar Jeneral Datuk Paduka Seri Awang Muhammad Haszaimi Bol Hassan dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Darussalam Datuk Raja Reza Raja Zaib Shah.
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut dijadualkan berangkat menghadiri Istiadat Persantapan Diraja sempena meraikan kedua-dua pengantin diraja di Istana Nurul Iman pada Isnin sebelum berangkat pulang ke tanah air sehari selepas itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 13 2024
![Agong, Permaisuri berangkat tiba untuk istiadat Persandingan Diraja Anakanda Sultan Brunei Agong, Permaisuri berangkat tiba untuk istiadat Persandingan Diraja Anakanda Sultan Brunei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71705154218_YDPA.jpg)
Menerusi catatan di laman Facebook Istana Negara, pesawat khas yang membawa Seri Paduka berdua dan delegasi selamat mendarat di Bandar Seri Begawan pada 3.40 petang. - Gambar FB Istana Negara
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723697210_TBMiti.jpg)
Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Agong, Raja Permaisuri diberi sambutan negara di Istana Nurul Iman Agong, Raja Permaisuri diberi sambutan negara di Istana Nurul Iman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81728881188_TBAgong.jpg)
Agong, Raja Permaisuri diberi sambutan negara di Istana Nurul Iman
Keberangkatan tiba Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah ke istana terbesar di dunia itu kira-kira 11 pagi disambut oleh Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.
![Anwar hadiri Rundingan Pemimpin ke-25 Malaysia, Brunei hari ini Anwar hadiri Rundingan Pemimpin ke-25 Malaysia, Brunei hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61724636082_AnwarIbrahim.jpg)
Anwar hadiri Rundingan Pemimpin ke-25 Malaysia, Brunei hari ini
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menghadiri Rundingan Pemimpin Tahunan ke-25 Malaysia dan Brunei hari ini.
![Agong, Permaisuri berangkat tiba untuk istiadat Persandingan Diraja Anakanda Sultan Brunei Agong, Permaisuri berangkat tiba untuk istiadat Persandingan Diraja Anakanda Sultan Brunei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71705154218_YDPA.jpg)
Agong, Permaisuri berangkat tiba untuk istiadat Persandingan Diraja Anakanda Sultan Brunei
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat tiba di Bandar Seri Begawan.
![Hamparan merah sambut Agong di Brunei Hamparan merah sambut Agong di Brunei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/61566108733_TBagong.jpg)
Hamparan merah sambut Agong di Brunei
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tiba di Bandar Seri Begawan, Brunei untuk Lawatan Negara ke negara itu bermula hari ini sehingga 20 Ogos.
![Hari pertama 'Istana Terbuka' Brunei tarik kunjungan hampir 35,000 orang Hari pertama 'Istana Terbuka' Brunei tarik kunjungan hampir 35,000 orang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/41560011079_IstanaNurulImani.jpg)
Hari pertama 'Istana Terbuka' Brunei tarik kunjungan hampir 35,000 orang
Brunei telah mengekalkan tradisi membuka istana dirajanya kepada orang awam sejak bertahun-tahun sempena perayaan Aidilfitri.