KUALA LUMPUR : Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat pulang ke tanah air dari Arab Saudi hari ini selepas selesai menunaikan ibadah haji.
Istana Negara dalam perkongsian di Facebook memaklumkan, keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda berdua di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz di Jeddah kira-kira pada jam 8 malam waktu tempatan disambut oleh Gabenor Jeddah, Putera Saud Abdullah Al Jalawi.
Hadir sama, Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah.
"Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong serta delegasi dijadual tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada jam 1 tengah hari, hari ini.
"Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menzahirkan rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan keizinannya, Seri Paduka Baginda berdua dikurniakan keafiatan untuk menyempurnakan rukun Islam kelima dengan lancar.
"Seri Paduka Baginda, dalam pertemuan dengan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi Putera Mohammed bin Salman Abdulaziz Al Saud, telah menzahirkan ucapan terima kasih atas persilaan kepada Baginda berdua dan delegasi untuk menunaikan ibadah haji," jelasnya.
Pada masa sama, kenyataan tersebut turut memaklumkan Seri Paduka Baginda turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Arab Saudi kerana menaja 300 pelajar Malaysia melanjutkan pengajian mereka di pelbagai tahap dan bidang pengajian di Arab Saudi.
Seri Paduka Baginda mendoakan agar seluruh jemaah Haji Malaysia dikurniakan keafiatan sepanjang berada di tanah suci dan selamat pulang ke tanah air kepada pangkuan keluarga tercinta.
Baginda turut mengajak seluruh jemaah Haji Malaysia untuk terus bermunajat, memohon keampunan serta mendoakan keselamatan dan kesejahteraan negara tercinta.
Astro Awani
Sun Jul 02 2023
Seri Paduka Baginda mendoakan agar seluruh jemaah Haji Malaysia dikurniakan keafiatan sepanjang berada di tanah suci dan selamat pulang ke tanah air kepada pangkuan keluarga tercinta. - Foto/ Facebook Istana Negara
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit kembali meningkat daripada penyusutan semalam apabila ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Jumaat, didorong permintaan baharu walaupun mata wang negara maju mencatat momentum positif.
Lima ditahan, polis beku, sita aset berjumlah lebih RM17 juta
Tan Sri Razarudin Husain berkata hasil serbuan yang dijalankan, pasukan AMLA berjaya merampas, membekukan dan menyita aset-aset seperti kenderaan, akaun bank serta dokumen-dokumen dengan nilai keseluruhan berjumlah RM17,434,217.36.
Tetak guna parang persis filem gangster
Seperti dalam filem gangster. Begitu aksi sekumpulan lelaki bertopeng yang melulu masuk ke dalam sebuah restoran di Nilai, Negeri Sembilan dan bertindak menetak berkali-kali enam lelaki yang sedang menikmati hidangan dalam kejadian kira-kira pukul 9.40 malam Khamis.
Seramai 17 individu ditahan dalam kes pindah milik tanah tidak sah di Selangor
Seramai 17 individu termasuk tujuh penjawat awam dari sebuah pejabat PTG di Selangor ditahan sehingga kini bagi membantu siasatan berhubung kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah.
[TERKINI] Polis siasat pengesahan sijil kahwin, dakwaan anak menteri rogol
Polis sedang membuat pengesahan salinan asal sijil perkahwinan yang dikaitkan dengan dakwaan kes rogol melibatkan anak seorang menteri.
Malaysia tiru kaedah Thailand di pekan Sungai Golok
Kaedah Thailand memasang pam bertujuan mengalirkan air yang bertakung dan membina benteng di sepanjang Sungai Golok bertujuan mengelak berlaku banjir, boleh dijadikan contoh oleh Malaysia.
Papagomo dilarang beri kenyataan terhadap Ketua Polis Negara
Mahkamah beri kebenaran permohonan Ketua Polis Negara melarang Papagomo keluar kenyataan unsur fitnah, sehingga kes saman diputuskan oleh mahkamah.
KPWKM teliti semula permohonan pendaftaran taska susulan insiden kecederaan, kematian bayi
Permohonan pendaftaran dua Taman Asuhan Kanak-kanak (taska) di Selangor dan Sarawak yang terbabit dalam insiden kematian serta kecederaan bayi baru-baru ini akan diteliti semula.
AWANI Borneo [10/01/2025] - Percepat rundingan mudah cara | Kos RM70 juta | Murid tahun 1 hingga tingkatan 4
AWANI Borneo Jumaat 10 Januari 2025 bersama Nickyson Nyambar
Usaha jadikan Sarawak hab tenaga baharu rantau ini akan dibincang dengan PM Jepun.
Projek jalan baharu sekitar Baleh dijangka siap April 2027.
BAP bagi murid tahun 1 hingga tingkatan 4 diagih bermula 13 Januari.
Usaha jadikan Sarawak hab tenaga baharu rantau ini akan dibincang dengan PM Jepun.
Projek jalan baharu sekitar Baleh dijangka siap April 2027.
BAP bagi murid tahun 1 hingga tingkatan 4 diagih bermula 13 Januari.
AWANI Ringkas: Kes Bunuh | ASEAN
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ronaldo gembira tinggal di Arab Saudi
Ronaldo menepis spekulasi mahu meninggalkan kelabnya, Al-Nassr dan menegaskan dia dan keluarganya gembira tinggal di Arab Saudi.
Syria ingin wujudkan kerajaan inklusif - Menteri Luar
Kerajaan Syria ingin mewujudkan sebuah kerajaan berdasarkan perkongsian dan kecekapan yang merangkumi semua komponen Syria.
Rakyat Malaysia ditahan di Arab Saudi: Kementerian Luar beri bantuan
Kementerian Luar hari ini mengesahkan penahanan seorang rakyat Malaysia di Arab Saudi.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Mesyuarat pertama SMCC bukti hubungan kukuh Malaysia-Arab Saudi
SMCC merupakan mekanisme dua hala yang ditubuhkan untuk mempromosikan kerjasama dan berfungsi sebagai badan penyelaras antara kedua-dua negara.
Malaysia, Arab Saudi terus perkukuh hubungan melalui pemeteraian dua MoU
Kedua-dua MoU ditandatangani oleh Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan di ibu pejabat Kementerian Luar Arab Saudi di sini.
Menteri Luar Mohamad tiba di Riyadh untuk lawatan rasmi ke Arab Saudi
Pesawat yang membawa Mohamad mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid pada 11.35 pagi waktu tempatan.
Arab Saudi siap sedia untuk Piala Dunia FIFA 2034 - Benzema
Karim Benzema yang kini bermain untuk Al-Ittihad, yakin Arab Saudi mampu menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034' berdasarkan persediaan yang sedang dilakukan.
RM3.1 bilion ditawarkan andai Mike Tyson mampu tumbangkan Jake Paul
Walaupun tewas di tangan Jake Paul dalam aksi yang lalu, namun ia bukanlah pengakhiran buat Mike Tyson untuk terus berada di atas gelanggang.
Arab Saudi henti perjanjian pertahanan dengan AS - Laporan
Riyadh kini menumpukan perhatian pada perjanjian kerjasama ketenteraan yang lebih sederhana.