KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini dipersembahkan taklimat mengenai pelaksanaan sambutan Hari Kebangsaan 2024.


Ringkasan AI
  • Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menerima taklimat mengenai pelaksanaan sambutan Hari Kebangsaan 2024 daripada Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil di Istana Negara.
  • Sambutan Hari Kebangsaan 2024 akan diadakan di Dataran Putrajaya pada Sabtu ini, dengan pelbagai aspek sambutan termasuk laluan dan pengangkutan awam seperti water taxi percuma.
  • Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, turut hadir dalam taklimat tersebut.


Menurut hantaran dalam akaun Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, taklimat berkenaan dipersembahkan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2024 kepada Seri Paduka Baginda di Istana Negara.



Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa.

Sambutan Hari Kebangsaan 2024 akan berlangsung di Dataran Putrajaya Sabtu ini.

Semalam, Fahmi berkata pelbagai aspek sambutan akan disembah maklum termasuk berkaitan laluan yang boleh digunakan orang ramai serta pengangkutan awam yang disediakan, seperti water taxi percuma yang akan beroperasi dari beberapa lokasi di sekitar Tasik Putrajaya.

-- BERNAMA