KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan menaikkan kadar Elaun Sara Hidup (ESH) pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi peringkat persediaan hingga Ijazah Lanjutan di dalam dan luar negara, amat dialu-alukan dan diharap dapat diikuti oleh agensi pembiayaan pendidikan lain bagi membantu meringankan kos sara hidup pelajar.
Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia Datuk Chamil Wariya berkata agensi pembiayaan pendidikan seperti Majlis Amanah Rakyat (Mara) serta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diharap dapat mengikut langkah yang sama.
"Dari segi amaun RM100 yang dinaikkan sememangnya tidak cukup tetapi saya percaya bantuan tersebut membantu mengurangkan kesulitan kewangan yang dihadapi pelajar," katanya kepada Bernama hari ini.
Namun Chamil berkata terpulanglah kepada kebijaksanaan pelajar tajaan tersebut dalam menguruskan kewangan mereka.
Bagi seorang pelajar tajaan JPA, Muhammad Azib Zikry Abdul Halim dari jurusan Komunikasi Massa Kewartawanan Universiti Teknologi Mara berkata beliau gembira dengan kenaikan ESH, meskipun penambahan tidak berapa signifikan melihatkan kepada keadaan ekonomi semasa terutamanya pelajar yang tinggal di kawasan bandar.
"Bagaimanapun ia membantu, tapi cuma saya tak pasti RM100 sebulan tu bersamaan (kenaikan) RM600 satu semester selama enam bulan kerana tajaan dalam negara dapat bayaran sekali dalam satu semester.
"Jika RM100 sahaja untuk keseluruhan semester ia tak berbaloi, lebih kurang sama," katanya.
Bagi pelajar tajaan JPA dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Siti Sarah Izhan Khalib, 21, pelajar tahun dua Ijazah Teknologi Maklumat, beliau berkata tambahan ESH RM100 setiap bulan akan banyak membantu dari segi duit makan harian dan perbelanjaan barang keperluan bulanan.
Pelajar tahun dua Perubatan UKM, S.Thiruthanigesh berkata sebagai pelajar di kampus perubatan di Cheras yang terletak di Lembah Klang, kos sara hidup agak tinggi berbanding institusi pengajian tinggi awam yang lain.
"Jadi peningkatan ini adalah satu perkara yang baik bagi pelajar fakulti perubatan UKM," katanya.
Kenaikan kadar ESH ini melibatkan pertambahan implikasi kewangan dengan anggaran RM52.03 juta bagi tempoh enam bulan mulai Julai ini, yang akan memanfaatkan 43,595 pelajar tajaan JPA.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 14 2023
Datuk Chamil Wariya berkata agensi pembiayaan pendidikan seperti Majlis Amanah Rakyat (Mara) serta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diharap dapat mengikut langkah yang sama. - Gambar fail
Wanita Palestin mengamuk di WTKL mohon maaf, tertekan fikir anak di Gaza
Aminah berkata, perbuatan di luar kawalan itu berlaku disebabkan rasa tertekan memikirkan keadaaan anaknya yang masih berada di Gaza.
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Memetik laporan Associated Press, rejim Zionis turut menyerang kem pelarian Palestin jauh di utara buat kali pertama ketika ia menyasarkan kedua-dua pejuang Hezbollah dan Hamas.
Pelabur makin yakin, Malaysia disaran tingkatkan keperluan RE
Keperluan tenaga boleh baharu (RE) di negara ini semakin meningkat seiring keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat data, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Dua minggu hilang, nasib Orang Asli Zuzina masih misteri
Pelbagai pihak masih mencari wanita orang Asli Zuzina Abine yang hilang selepas keluar rumah sejak 20 September lalu.
Ringgit dijangka berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan, tetapi dengan kecenderungan meningkat terhadap dolar AS selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) bagi September meningkat mendadak kepada 254,000 pekerjaan.
[TERKINI] Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan pagi ini
Kementerian Luar Negeri mengesahkan seramai enam orang rakyat Malaysia daripada sebuah keluarga selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini (6 Oktober 2024).
Konvoi motosikal Seru For Gaza, cerminan sokongan sesama saudara
Liputan Wartawan Astro AWANI, Faida Rahim di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diperangi keganasan Israel.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
Pegawai awam dilarang buat pernyataan awam termasuk dalam media sosial - JPA
Shamsul Azri mengingatkan perkara berkenaan menerusi Mesyuarat Pengurusan Jabatan Perdana Menteri Tahun 2024.
Ketua Jabatan perlu buat pusingan kerja elak pegawai rasuah, salah guna kuasa - JPA
Semua Ketua Jabatan perlu melaksanakan pusingan kerja di organisasi masing-masing mulai Oktober ini.
Pegawai awam berstatus tetap, berpencen pilih SSPA tidak terjejas malah dapat pelarasan gaji
Pegawai awam berstatus tetap dan berpencen yang memilih Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bukan sahaja tidak terjejas malahan akan menerima pelarasan gaji.
JPA laksana penyeragaman dan penggelaran semula jawatan
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melaksanakan penyeragaman dan penggelaran semula gred jawatan antara skim perkhidmatan di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) secara menyeluruh.
JPA diminta keluar pekeliling berkaitan keseronokan bekerja
Baginya, suasana bekerja yang kondusif dan menyeronokkan merupakan antara faktor yang menyumbang kepada keberhasilan kerja yang cemerlang.
Kelayakan masuk perkhidmatan awam minimum SPM atau setara - PM Anwar
Seiring dengan peningkatan syarat masuk minimum ini, beban dan kompleksiti tugas sedia ada akan ditambah dan ditingkatkan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Pengerusi SPA
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Datuk Seri Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus.
JPA sedia ruang, peluang graduan TVET berkhidmat dalam sektor awam
Perkara berkenaan selaras keputusan kerajaan meneruskan usaha memperkasakan TVET di bawah Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).
Pemegang sijil, diploma kemahiran Malaysia layak masuk ke perkhidmatan awam - TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pemegang sijil dan diploma yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) layak memasuki sektor perkhidmatan awam.
Portal baharu JPA dilancar, dibangun tanpa sebarang kos
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini melancarkan portal baharu yang dinaik taraf menerusi versi terkini 4.3.4 dengan mengadaptasi aspirasi MADANI, The G.R.E.A.T Civil Service dan H.E.M.A.T.