KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini menegaskan jabatan itu tidak mempunyai sebab atau alasan yang munasabah untuk meneliti semula semua kes yang telah didakwa di mahkamah.
Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun berkata setiap keputusan untuk pendakwaan dibuat setelah meneliti dan menimbangkan dengan sepenuhnya semua keterangan yang ada dan dibentangkan oleh agensi-agensi penguat kuasa serta menurut undang-undang berkaitan.
"Tidak terdapat sebarang campur tangan politik atau tekanan untuk memulakan apa-apa pendakwaan.
"Jabatan Peguam Negara sentiasa bertindak secara bebas dan profesional, mengikut tatacara yang telah ditetapkan dalam memulakan pertuduhan terhadap mana-mana individu," katanya dalam kenyataan.
Idrus berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Hamzah Zainudin yang mendesak Peguam Negara supaya menyemak dan mengkaji semula semua pendakwaan terpilih terhadap pimpinan Bersatu dan PN untuk tujuan ditarik balik.
Desakan itu dibuat susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang melepas dan membebaskan bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi parti Bersatu berkaitan projek Jana Wibawa.
Mengulas lanjut, Idrus berkata keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Pengerusi PN itu hanya melibatkan empat pertuduhan predikat di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Beliau berkata keputusan itu dibuat hanya berdasarkan ruang lingkup permohonan yang telah difailkan oleh pemohon.
"Notis rayuan telah difailkan oleh pihak pendakwaan untuk mencabar keesahan keputusan itu manakala tiga pertuduhan di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 masih kekal," katanya.
Justeru, Idrus berkata pihaknya memandang serius kenyataan yang berkecenderungan menjejaskan kredibiliti AGC dan menggesa semua pihak supaya berhati-hati apabila mengeluarkan kenyataan yang mencadang atau membayangkan bahawa integriti dan kebebasan jabatan itu telah dikompromi oleh campur tangan politik atau pengaruh yang tidak wajar.
"Jabatan Peguam Negara selanjutnya menegaskan bahawa jabatan ini bertindak secara bebas dan profesional pada setiap masa dalam menjalankan fungsi Jabatan Peguam Negara untuk menegakkan keadilan selaras dengan bidang kuasa Peguam Negara yang diperuntukkan di bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 16 2023
Idrus berkata setiap keputusan untuk pendakwaan dibuat setelah meneliti dan menimbangkan dengan sepenuhnya semua keterangan yang ada. -Gambar fail/Bernama
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
Hargai warga emas melalui penjagaan, hormat dan penglibatan - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye menekankan keperluan mendesak untuk menghargai warga emas melalui penjagaan, hormat, dan penglibatan yang lebih baik.
Kes diklasifikasi NFA: Polis nasihat pelakon wanita hubungi Jabatan Peguam Negara
Pihak polis telah menyerahkan kertas siasatan kes itu kepada AGC untuk tindakan lanjut, dan pihak AGC mengklasifikasi kes itu sebagai NFA.
Kertas siasatan laporan berita pertukaran kepimpinan PDRM sedang dilengkapkan
Kertas siasatan berhubung laporan berita oleh sebuah portal mengenai pertukaran kepimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang dilengkapkan dan akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara.
Culik warga Palestin: Sembilan tertuduh kemuka representasi, mohon pertuduhan digugur atau dikurangkan
Sembilan daripada 13 individu yang berdepan pertuduhan menculik lelaki warga Palestin mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara.
AGC akan mohon perintah kerajaan pindah milik tanah kepada Semantan Estate digantung
Jabatan Peguam Negara bagi pihak Pendaftar Hak Milik Wilayah Persekutuan juga akan memfailkan rayuan berhubung keputusan itu.
AGC tolak representasi warga Israel kaji tuduhan miliki senjata, peluru
Jabatan Peguam Negara menolak representasi yang dikemukakan warga Israel, Avitan Shalom bagi mengkaji semula dua pertuduhan memiliki peluru dan senjata api.
Bicara Sanusi tangguh, pembelaan hantar representasi kedua
Perbicaraan kes Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang dijadualkan bermula di Mahkamah Tinggi di Shah Alam, hari ini ditangguhkan ke September depan.
Peraturan penjualan rokok elektronik dijangka dilaksana dalam masa terdekat
Peraturan dan perintah larangan berkaitan penjualan produk rokok elektronik atau vape dijangka dilaksanakan dalam masa terdekat.
Kes terowong dasar laut: Guan Eng kemuka representasi gugur pertuduhan rasuah
Lim Guan Eng telah mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara bagi menggugurkan empat pertuduhan rasuah terhadapnya.
AGC tolak representasi Isham Jalil untuk mohon maaf secara terbuka kepada badan kehakiman
Jabatan Peguam Negara tolak representasi Isham Jalil yang didakwa menghina mahkamah berhubung kenyataan mengenai kes 1MDB membabitkan Najib Razak.
RUU Majlis Media Malaysia dijangka dibentang pada Mesyuarat Ketiga Parlimen ke-15
Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia dijangka dibentang pada sidang Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Parlimen ke-15, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.