MERSING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Endau, Alwiyah Talib terbabit dalam kemalangan di Kilometer 28 Jalan Kota Tinggi-Mersing dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Mersing, Superintenden Abdul Razak Abdullah Sani berkata Alwiyah mengalami kecederaan di dagu dan mulut menerima 19 jahitan dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu.
"Kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Serena yang dinaiki Alwiyah bersama enam ahli keluarga.
"Kenderaan yang dipandu suami Alwiyah dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Mersing dipercayai telah hilang kawalan di lokasi kejadian sebelum terbabas ke tepi jalan.
"Akibat kemalangan terbabit, Alwiyah mengalami kecederaan di dagu dan mulut menerima 19 jahitan selepas membuat rawatan di Hospital Mersing. Mangsa yang lain tidak cedera," katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurut Abdul Razak, kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, dua tahun lalu, Alwiyah dari Perikatan Nasional (PN) menang dalam pertembungan lima penjuru.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, Alwiyah memenangi kerusi tersebut atas tiket BN. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Apr 02 2024
Keadaan MPV yang dinaiki Alwiyah bersama enam ahli keluarga yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 28 Jalan Kota Tinggi-Mersing semalam. - Foto Sinar Harian
Serangan Rafah: Rakyat Palestin ratapi pemergian orang tersayang
Penduduk Palestin mengadakan solat jenazah untuk mereka yang terkorban di Rafah pada Khamis, ketika Israel meneruskan serangan di selatan Gaza.
Dana pilihan raya India: Modi dan Gandhi saling menuduh
Ambani dan Adani tidak memberi sebarang komen tentang siapa yang disokong dalam pilihan raya, manakala kedua-dua Modi dan Gandhi tidak mengemukakan sebarang bukti terhadap dakwaan mereka.
Tujuh terbunuh di Pakistan disyaki serangan etnik
Tujuh lelaki pekerja asing maut dipercayai ditembak oleh militan pemisah yang terbabit dalam keganasan etnik terhadap orang asing di barat daya Pakistan.
Junta Myanmar rancang adakan semula pilihan raya
Ketua Tentera Myanmar membincangkan rancangan untuk mengadakan pilihan raya di negara itu bersama bekas Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen.
Eurovision: Tahap keselamatan dipertingkat menjelang separuh akhir
Protes pro-Palestin dirancang di bandar tersebut secara besar-besaran, dengan perhatian diberi terhadap prestasi wakil Israel.
Ziarah masuk raudah antara program untuk jemaah haji
Jemaah haji yang masuk ke Madinah sebelum ke Mekah akan melalui beberapa siri program yang telah diatur oleh pihak Tabung Haji.
Perincian lanjut bersama Editor & Penerbit Astro AWANI Dr Azlinariah Abdullah.
Perincian lanjut bersama Editor & Penerbit Astro AWANI Dr Azlinariah Abdullah.
Kerajaan buat kerja, bukan cari populariti - Amirudin
Amirudin berkata, itu perbezaan antara kerajaan perpaduan dan pembangkang yang hanya menjual isu-isu tertentu bagi mencari perhatian, khususnya pada musim pilihan raya.
Bola sepak: Perbaiki tadbir urus emosi, kebencian di media sosial
Apa yang diperlukan dalam komuniti sukan, khususnya bola sepak ketika ini ialah tadbir urus dalam hal berkaitan emosi dan kebencian di media sosial.
KUSKOP tawar pembiayaan pengajian kepada pelajar Palestin
Kementerian Pembangunan, Usahawan,dan Koperasi (KUSKOP) menawarkan pembiayaan pengajian dalam bidang koperasi sekurang-kurangnya kepada tiga pelajar Palestin sebagai satu bentuk sokongan kepada masyarakat itu.
Menurut Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata, perancangan ini sedang disusun oleh duta besar Malaysia di Jordan, Kementerian Koperasi di Palestin dan perihal ini juga sudah dibincangkan semasa mesyuarat pos kabinet mesyuarat kemarin.
Menurut Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata, perancangan ini sedang disusun oleh duta besar Malaysia di Jordan, Kementerian Koperasi di Palestin dan perihal ini juga sudah dibincangkan semasa mesyuarat pos kabinet mesyuarat kemarin.
KUSKOP saran YBR kerjasama dengan UKKM
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyarankan Yayasan Bank Rakyat (YBR) bekerjasama dengan Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) bagi menawarkan pembiayaan dan biasiswa untuk pelajar yang melanjutkan pengajian di institusi itu.
Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata kerjasama itu akan menarik minat anak-anak muda untuk menceburi bidang keusahawanan dan koperasi sekali gus mempromosikan universiti berkenaan sebagai pilihan untuk melanjutkan pelajaran.
Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata kerjasama itu akan menarik minat anak-anak muda untuk menceburi bidang keusahawanan dan koperasi sekali gus mempromosikan universiti berkenaan sebagai pilihan untuk melanjutkan pelajaran.
ADUN Endau kemalangan, terima 19 jahitan
Alwiyah yang mengalami kecederaan di dagu dan mulut menerima 19 jahitan dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu.