Penuntut Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) Adam Adli Abd Halim hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan memberi ucapan berbaur hasutan dalam satu ceramah, minggu lepas.
Adam Adli, 25, didakwa memberi ucapan dalam ceramah dengan menyebut kata-kata menghasut bagi membangkitkan rakyat negara ini supaya mengubah kerajaan yang telah tertubuh mengikut undang-undang, dengan cara yang tidak sah.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di Nombor 1, Jalan Maharajalela, Dang Wangi di sini antara 8.55 malam dan 11.15 malam, 13 Mei lepas.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta yang sama yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga lima tahun, jika sabit kesalahan.
Sepanjang prosiding, Adam Adli yang berada di dalam kandang tertuduh tanpa digari kelihatan tenang dan beberapa pemimpin pakatan rakyat seperti Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar turut hadir.
Ketika memohon mahkamah menetapkan jumlah jaminan sebelum perbicaraan, Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Abazafree Mohd Abbas telah menawarkan jaminan berjumlah RM5,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.
Bagaimanapun, peguam N.Surendran yang mewakili Adam Adli memohon anak guamnya dibebaskan dengan bon sendiri iaitu tanpa menyerahkan wang atau penjamin dengan alasan tertuduh memberi kerjasama sepenuhnya pada pihak polis sepanjang siasatan kes itu.
Surendran berkata pertuduhan yang dihadapi tertuduh juga tidak mempunyai merit dan tidak berasas kerana Akta Hasutan 1948 akan dimansuhkan sepenuhnya.
"Ia bersifat tidak adil kepada tertuduh kerana tiada elemen keganasan yang berlaku, yang boleh memudaratkan orang ramai dan kemungkinan pihak pendakwaan untuk berjaya dalam kes ini adalah tipis," katanya.
Mengenai pemansuhan Akta Hasutan, Mohamad Abazafree berkata akta itu masih berkuatkuasa dan sesiapa yang melakukan kesalahan di bawah akta itu akan menerima akibat.
Katanya walaupun tiada elemen keganasan berlaku tetapi terdapat elemen mengajak kepada keganasan dan ia masih menyalahi undang-undang.
"Jaminan yang ditawarkan adalah untuk memastikan kehadiran tertuduh dan sebarang pelanggaran terhadap undang-undang itu adalah satu kesalahan," katanya.
Sementara itu, Surendran memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya akan memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi untuk membatalkan pertuduhan atas alasan salah guna kuasa mahkamah.
Hakim Norsharidah Awang kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 2 Julai untuk sebutan kes.
Bapa Adam Adli, Abd Halim Abd Hamid membayar wang jaminan itu.
Barisan pendakwaan turut dibantu Timbalan Pendakwa Raya Azlina Rasdi manakala pembelaan dibantu peguam Datuk S.Ambiga.
Bernama
Thu May 23 2013
Untung bersih Maybank naik 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga
Keuntungan bersih Maybank meningkat 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2024 berbanding RM2.36 bilion tahun lepas.
Naib Presiden Filipina disepina berkenaan ancaman terhadap Presiden Marcos Jr
Biro Penyiasatan Nasional menyerahkan sepina di pejabat Duterte dan meminta agar beliau hadir di hadapan pengarah biro pada Jumaat.
Protes di Pakistan: Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad meminta rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti perkembangan keadaan setempat.
Hubungan Pas-Bersatu tunjuk bibit kelemahan - Fahmi
Beberapa isu dalaman yang melanda Perikatan Nasional (PN) ketika ini menggambarkan hubungan Pas dan Bersatu bagaikan 'retak menanti belah'.
Dasar baharu AS akan beri kesan hubungan dagang Australia-China
Dasar baharu bakal Presiden AS, Donald Trump bukan saja akan memberi kesan kepada hubungan negara itu dengan China, tetapi juga hubungan bilateral antara negara-negara lain di dunia.
Malaysia berjaya jumpa 'resipi' pertumbuhan ekonomi - Bloomberg
Portal itu berkata, Malaysia berjaya mengekalkan momentum pertumbuhan lebih panjang daripada China, dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mengekalkannya lebih lama daripada tiga pendahulunya.
Pendapatan suku ketiga negara "mengecewakan", kata CIMB Securities
CIMB Securities menyuarakan kebimbangan apabila prestasi semakin banyak syarikat tempatan dilaporkandi bawah jangkaan, yang boleh menimbulkan risiko penurunan unjuran pendapatan FBM KLCI.
[TERKINI] Raih potensi pelaburan RM32.8 bilion, eksport RM1.3 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM
Malaysia minta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatlan.
Apa usaha kerajaan mempersiapkan diri dalam mendepani negara menua
Ahli Parlimen Kapar, Dr Halimah Ali menyatakan persoalan tentang bagaimana persediaan pihak kerajaan dalam mempersiapkan diri dalam berdepan negara menua.
Isu 3R: AMK buat laporan polis terhadap Muhyiddin
Ketua AMK Adam Adli Abd Halim berkata laporan polis berkenaan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh, bersama-sama AMK Pahang.
Perkasakan belia untuk kemajuan masa depan - Adam Adli
Pengiktirafan Malaysia terhadap golongan itu adalah penting dalam usaha membentuk masa depan negara dan merujuk pengenalan Model Pembangunan Belia MADANI 2030 tahun lepas.
Belia perlu ada integriti, harga diri, maruah - Adam Adli
Belia perlu ada integriti, harga diri, maruah - Adam Adli
Persatuan sukan perlu pastikan atlet ada perlindungan Perkeso - Adam Adli
Kementerian Belia dan Sukan menggesa semua persatuan sukan memastikan atlet bernaung di bawahnya mendapatkan perlindungan Perkeso.
KBS buat 22 perubahan dalam sembilan bulan untuk tambah baik pentadbiran sukan dan belia negara
Dalam masa 9 bulan, KBS di bawah pimpinan Hannah Yeoh dan Adam Adli berjaya membuat 22 perubahan bagi menambah baik pentadbiran KBS.
Adam Adli terkejut ‘kontroversi’ APBN dibawa ke Parlimen
Isu tersebut bukanlah kepentingan awam buat masa sekarang malah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) juga telah mengendalikan isu tersebut sebaiknya.
Sekolah dicadang terap elemen ilmiah, intelektual sampaikan mesej Palestin
Pihak sekolah dicadang menerapkan elemen ilmiah dan bersifat intelektual dalam menyampaikan mesej kepada pelajar supaya mereka lebih memahami tentang isu sebenar yang berlaku di Palestin.
KBS akan bantu, sokong bangunkan sukan flag football
KBS akan membantu dan memberi sokongan diperlukan Malaysia American Football Association (MAFA) dalam membangunkan sukan flag football negara.
KBS sedia bertemu dengan persatuan belia yang berdepan isu kelesuan
Setakat ini isu kelesuan bukan sesuatu yang membimbangkan memandangkan golongan belia dan persatuan ketika ini sangat aktif.
Rakan Muda, program untuk bangunkan jati diri belia - Adam Adli
Program Rakan Muda yang diperkenalkan pada 1994 telah berjaya melahirkan generasi MADANI yang mampu bersosial dengan masyarakat.