SEPANG: Sudah bukan menjadi rahsia umum bahawa ada 'Yang Berhormat' di negara ini mencampuri urusan projek pembangunan luar bandar untuk keuntungan mereka.
Perkara itu didedahkan pensyarah Fakulti Perniagaan dan Komunikasi, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Dr Nor'izah Ahmad yang mengakui wujud ahli politik menyalahgunakan kedudukan mereka untuk kesenangan peribadi dan kroni.
“Dapatan kita ada ahli politik menggunakan peruntukan (pembiayaan projek pembangunan luar bandar) untuk membuat jambatan sepanjang dua kilometer namun selepas diselidiki pemberi maklumat kami, dia mengakui projek itu tidak diperlukan pun.
“Tetapi ia dibuat juga kerana jambatan ini menjadi penghubung ke kebunnya,” katanya ketika membentangkan kertas penyelidikan berjudul 'Risiko Rasuah Dalam Sektor Pembangunan Luar Bandar' bersempena Persidangan Penyelidikan Governans, Integriti dan Antirasuah Peringkat Kebangsaan Kali Ke-2 di Pusat Konvensyen Movenpick, di sini, pada Khamis.
Terdahulu, persidangan itu sebagai satu platform bagi perancang dasar dan pemain industri dalam menilai, merancang dan mengambil tindakan bersesuaian dalam membantu mewujudkan masyarakat Madani yang bebas rasuah.
Persidangan terbabit turut menjadi platform berkongsi dapatan penyelidikan dalam konteks tata kelola, integriti dan antirasuah serta membincangkan isu semasa berkaitan risiko rasuah, pelanggaran integriti dan kelemahan etika.
Penganjuran kali ini adalah kesinambungan persidangan sama yang kali pertama diadakan, juga di lokasi sama pada Mac tahun lalu.
Selain itu, Nor'izah turut mendedahkan, ada syarikat yang sudah disenarai hitam kerana gagal menyiapkan projek pembangunan sebelum ini, namun tetap diberi anugerah kerana campur tangan politik.
“Ada ya, yang syarikat ini telah 'blacklist', namun disebabkan campur tangan orang politik, syarikat ini dapat projek pembangunan luar bandar. Ini memberi aplikasi sangat besar,” tegasnya.
Justeru katanya, polisi, dasar dan perundangan berhubung pemberian projek pembangunan perlu ditambah baik. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Sep 08 2023

Nor'izah turut mendedahkan, ada syarikat yang sudah disenarai hitam kerana gagal menyiapkan projek pembangunan sebelum ini, namun tetap diberi anugerah kerana campur tangan politik. - Foto SPRM/Sinar Harian

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

'Ada YB bina jambatan ke kebun sendiri'
Nor'izah mengakui wujud ahli politik menyalahgunakan kedudukan mereka untuk kesenangan peribadi dan kroni.