Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) berharap kerajaan tidak meluluskan cadangan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) yang ingin melaksanakan projek penanaman daun ketum secara berskala besar untuk dieksport ke luar negara.
Pemangku Ketua Pengarahnya Datuk Azizan Ariffin berkata cadangan itu dilihat boleh membantutkan usaha memastikan Malaysia bebas dadah menjelang tahun 2020.
Beliau berkata AADK sama sekali tidak bersetuju dengan cadangan RISDA itu kerana ia mendatangkan lebih banyak kemudaratan daripada keuntungan yang bakal diperoleh kelak.
"Kos untuk pemulihan penagih sangat tinggi...sebagai contoh, setiap hari sejumlah RM33,200 diperlukan bagi menampung kos makanan bagi 4,000 penagih yang ada di pusat pemulihan seluruh negara.
"Kalau sebulan, sejumlah RM996,000 diperlukan dan kos itu dilihat akan meningkat dengan lebih mendadak sekiranya lebih ramai yang terlibat dalam penagihan ketum," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Pejabat AADK Daerah Kubang Pasu di sini, pada Ahad.
Azizan berkata kajian menyeluruh dan saintifik perlu dijalankan terlebih dahulu sebelum mengkomersialkan penanaman daun ketum.
"Zaman dahulu daun pokok ketum digunakan secara tradisional bagi mengubati beberapa jenis penyakit, tetapi zaman sekarang ia telah disalahgunakan sehingga menyebabkan ketagihan kepada penggunanya," katanya.
Dalam pada itu, Azizan juga meminta semua kerajaan negeri memperketatkan undang-undang bagi melarang penanaman pokok ketum secara meluas di negeri masing-masing.
Azizan berkata langkah itu mampu membendung dan mengawal penanaman pokok ketum yang dilihat mendatangkan banyak keburukan, jika tidak dicegah pada peringkat awal lagi.
"Negeri lain perlu mencontohi Perlis yang memperketatkan undang-undang bagi melarang penanaman pokok ketum secara meluas," katanya.
Pada 28 Julai lepas, Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man berkata pemilik tanah yang baru mendapat geran akan ditarik balik hak milik itu sekiranya didapati terdapat tanaman pokok ketum di atas tanah tersebut.
Katanya tindakan berat juga perlu dikenakan terhadap pemilik tanah yang membiarkan pihak lain menanam pokok ketum di tanah mereka.
Bernama
Mon Aug 01 2016
AADK berharap kerajaan tidak meluluskan cadangan RISDA yang ingin melaksanakan projek penanaman daun ketum secara berskala besar untuk dieksport ke luar negara.
10 Berita Pilihan - (23 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: Pendidikan | Pencemaran | Ekonomi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Israel lakukan serangan udara di Beirut
Serangan udara itu menyasarkan sebuah bangunan kediaman di Jalan Fathallah, kawasan Basta Fawka yang padat penduduk.
AWANI 7:45 [23/11/2024] – Mangsa sindiran sejak jadi Perdana Menteri | Pelihara keharmonian negara | Tahan tiga suspek, keterangan 23 individu | Bercakap dengan lebah
Tak ambil gaji kena sindir, PM seloroh ambil gaji tahun depan.
Malaysia teguh kerana sepakat dalam perbezaan.
Bukan senyap, siasatan kes simbah asid Faisal Halim masih berlangsung.
Bunuh lebah, ancam bekalan makanan sedunia, laporan khas, Ridauddin Daud.
Malaysia teguh kerana sepakat dalam perbezaan.
Bukan senyap, siasatan kes simbah asid Faisal Halim masih berlangsung.
Bunuh lebah, ancam bekalan makanan sedunia, laporan khas, Ridauddin Daud.
Pilihan Raya Negeri India: BJP menang negeri terkaya, pembangkang kekal di kawasan kaya mineral
SPR India pada 15 Oktober mengumumkan bahawa negeri Maharashtra dan Jharkhand akan mengadakan pilihan raya DUN pada November.
Hadiah perpisahan sempurna Kim Swee, Sabah belasah PT Athletic 4-0
Skuad Badak bermula garang dengan membuka tirai jaringan menerusi Saddil Ramdani pada minit ke-12.
Dialog Perpaduan Malaysia MADANI tingkat kefahaman mengenai kepelbagaian bangsa, agama - Zulkifli
Dialog Perpaduan Malaysia MADANI meningkatkan lagi kefahaman mengenai kepelbagaian bangsa dan agama dalam memperkukuh perpaduan di negara ini.
Tunku Puteri Intan Safinaz kekal Pengerusi Bulan Sabit Merah Malaysia
Tunku Temenggong Kedah Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah kekal sebagai Pengerusi Kebangsaan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) bagi tempoh tiga tahun akan dat
Pemimpin Israel patut dihukum gantung
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan ICC yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Benjamin Netanyahu dan Yoav Gallant atas dakwaan jenayah perang di Gaza.
Penyertaan larian Rimba Kita tahun kedua lebih meriah
Memasuki tahun kedua, program larian Rimba Kita berlangsung meriah pada pagi ini, menyaksikan Taman Wetland Putrajaya dibanjiri lebih 1,200 peserta mengambil bahagian.
Pindaan Akta Penagih Dadah 1983: Peluang kedua pulih diri
Pindaan Akta Penagih Dadah 1983 penting bagi memberikan kuasa lebih kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam proses rawatan dan pemulihan penagih.
169,691 penagih dadah dikesan di seluruh negara - AADK
Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Datuk Ruslin Jusoh berkata berdasarkan statistik itu, 162,360 penagih adalah lelaki manakala wanita pula 7,331 orang.
JPJ tahan tiga pemandu lori positif dadah di Jitra
Tiga pemandu lori ditahan selepas didapati positif dadah dalam Op Khas Kenderaan Perdagangan.
475 pegawai AADK terima penganugerahan Sijil Perakuan Amalan
PPA juga sebuah platform khusus pegawai pemulihan AADK untuk mempelajari serta memperkasa pengetahuan dan pendekatan berkenaan strategi dalam bidang pencegahan dan rawatan.
Penyalahgunaan dadah libat pelajar sekolah tunjuk trend membimbangkan - AADK
Sebanyak 10,456 kes penyalahgunaan dadah direkodkan melibatkan murid sekolah rendah pada 2020 dan meningkat kepada 10,712 kes pada 2021.
Anjung Komuniti jadi hab aktiviti di kawasan berisiko tinggi - AADK
Inisiatif Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Kerajaan Negeri dalam menyediakan Anjung Komuniti di kawasan berisiko tinggi (KBT) harus dijadikan contoh.
Hampir 9,000 notis dikeluarkan dalam Op Khas Kenderaan Perdagangan
Hampir 9,000 notis saman membabitkan pelbagai kesalahan dikeluarkan susulan pemeriksaan terhadap 32,178 kenderaan perdagangan dan lain-lain kenderaan, dalam Op Khas Kenderaan Perdagangan.
AADK tidak kompromi petugas terlibat pelanggaran integriti
Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mengalu-alukan siasatan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) terhadap petugasnya.
Komuniti MADANI berperanan jadi perantara kerajaan dan rakyat
Komuniti MADANI berperanan sebagai perantara bagi kerajaan dan rakyat dalam usaha memastikan dasar dan polisi yang ingin dilaksanakan selaras dengan keperluan dan kepentingan rakyat.
Keluarga tempat rujukan utama klien - AADK
Ini kerana keluarga adalah tempat rujukan utama klien dalam mendapatkan kepulihan sepanjang hayat.