KUALA LUMPUR: Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) berjaya menurunkan masalah penagihan dadah, di 73 Kawasan Berisiko Tinggi (KBT) penagihan bahan terlarang itu di seluruh negara, setakat Ogos tahun ini.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata jumlah berkenaan merupakan 47 peratus daripada jumlah keseluruhan KBT seluruh negara, iaitu sebanyak 155 kawasan.
"Sasaran kementerian pada akhir tahun ini sebanyak 78 KBT, akan berada di tahap risiko rendah dan seterusnya akan menjadi Kawasan Bebas Dadah (KBD)," katanya pada majlis penutup Hari AADK Bersama Masyarakat di sini pada Ahad.
Turut hadir Ketua Pengarah AADK Sutekno Ahmad Belon.
Shamsul Anuar berkata beliau yakin, AADK mampu mencapai sasaran berkenaan dengan kerjasama erat pelbagai agensi kerajaan, komuniti dan badan bukan kerajaan.
Sementara itu, beliau berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan melancarkan kempen 1 juta belia menyertai Skuad Antidadah AADK, bagi mempergiat program belia dan aktiviti gaya hidup sihat di 176 daerah di seluruh negara.
Beliau berkata kempen itu dilancarkan susulan Kajian Prevalen Penagihan Dadah dalam Kalangan Belia di Malaysia, yang dijalankan KDN bersama Universiti Kebangsaan Malaysia pada 2022 mendapati, bagi setiap 100 belia, enam individu menyatakan pernah mengambil dadah, manakala empat orang mengaku masih aktif mengambil dadah.
"Saya menyeru belia di negara ini untuk menyertai Skuad Antidadah dan bersama-sama secara sukarela, menggerakkan apa jua program dan aktiviti yang boleh menghindari diri dan rakan-rakan sekeliling daripada ancaman penyalahgunaan dan penagihan dadah, di kawasan masing-masing," katanya.
Sementara itu, Sutekno ketika ditemui pemberita menasihati ibu bapa yang mempunyai anak terlibat dalam penyalahgunaan dadah, agar tidak 'sembunyikan' anak mereka dan segera mendapatkan rawatan.
Beliau berkata pada tahun lepas, 65 peratus penagih dadah yang menerima rawatan di fasiliti AADK kerana salah guna dadah jenis sintetik merupakan remaja, dan 60 peratus daripada mereka masih tinggal bersama keluarga.
"Saya ingin nasihatkan ibu bapa tidak perlu risau untuk menghubungi AADK bagi mendapatkan rawatan untuk anak mereka. Pegawai kami (AADK) akan datang menilai sejauh mana keseriusan ketagihan mereka dan akan mengesyorkan rawatan bersesuaian untuk dia pulih daripada ketagihan dadah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 10 2023

Shamsul Anur (lima dari kiri) ketika sesi bergambar selepas melancarkan program AADK Bersama Masyarakat di perkarangan IWK Eco Park Pantail Dalam pada Ahad. - Foto BERNAMA

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Masukkan dadah: Mamat Exist didenda RM4,000
Bekas vokalis Exist, Mamat didenda RM4,000 atau penjara dua tahun selepas mengaku bersalah atas kesalahan memasukkan dadah ke dalam badan.

Separuh daripada 155 KBT bertukar status KBR - KP AADK
Agensi Anti Dadah Kebangsaan mengenal pasti separuh daripada 155 Kawasan Berisiko Tinggi (KBT) penagih dadah berjaya bertukar status kepada Kawasan Berisiko Rendah (KBR).

Kerana dadah, Mamat tak bebas - "Saya perlu lapor diri sebelum keluar dari Johor"
Menurut Mamat, dia perlu melaporkan diri dan mendapatkan kebenaran daripada AADK selama tempoh dua tahun.

Lelaki lepas 'gian' depan anak, isteri dicekup
Saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphetamine.

Ibu sanggup guna parang halang anak ditahan AADK
Seorang ibu sanggup menunggu di depan pintu sambil memegang parang bagi menghalang dua anaknya ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Jangan jadi seperti aku, 14 tahun jadi hamba dadah - Bekas penagih
Fais ditinggalkan isteri serta tidak berpeluang bertemu anaknya yang berusia dua tahun.

Macam-macam cara penagih buat elak dicekup penguat kuasa
Ada penagih yang sanggup lari tanpa seurat benang, tidak kurang lari dalam keadaan berselut semata-mata mahu mengelak daripada ditangkap.

Nekad terjun tingkap elak ditahan AADK
Hanya kerana mahu melarikan diri daripada dicekup AADK, seorang lelaki yang juga penagih dadah nekad terjun tingkap dari tingkat dua sebuah rumah.

Polis Johor akan siasat isu penagihan dadah pelajar sekolah
Ketua Polisnya Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, siasatan pihaknya itu lebih menjurus kepada usaha menjejaki pembekal dadah, yang diperoleh pelajar berkenaan.

177 pelajar sekolah menengah di Johor positif dadah - Exco
Sebanyak 177 pelajar sekolah menengah di Johor dikesan positif dadah hasil ujian saringan air kencing dilaksanakan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).