Asrama 1 Malaysia (A1M) menjamin pemupukan perpaduan dan sensitiviti kepada agama, budaya, adat resam serta kepercayaan individu seawal zaman persekolahan.
Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan, Rofli Mohamed berkata, konsep itu sekali gus memperlihatkan murid-murid dari pelbagai kaum tinggal, belajar dan melakukan aktiviti bersama tanpa mengira bangsa atau kaum.
"Kementerian telah mengeluarkan dalam surat khabar, media massa dan persatuan India serta Cina. Kali ini terdapat juga pelajar dari luar Kuala Lumpur untuk memasuki asrama jadi untuk meramaikannya kita buka dari seluruh negara.
"A1M menerapkan nilai-nilai 1Malaysia dalam diri murid-murid melalui aktiviti atau program yang memaksimakan proses kerjasama antara murid pelbagai kaum.
"Dari sudut pengisian programnya, progeam A1M bukan sahaja menumpukan aspek pembentukan perpaduan semata-mata. Murid yang tinggal di sini akan menyertai program pembangunan kepimpinan melalui modul kepimpinan, khidmat masyarakat, penjanaan kejayaan kokurikulum serta kecemerlangan akademik," katanya selepas majlis pendaftaran murid tingkatan 1 A1M di sini hari ini.
Seramai 68 murid lelaki dari pelbagai kaum mendaftar di A1M Jalan Kuantan, Kuala Lumpur.
Di bawah program ini, murid-murid berkenaan ditawarkan belajar di tingkatan satu di empat buah sekolah di sekitar Kuala Lumpur iaitu di SMK St John, SMK Victoria, SMK (L) Methodist atau di SMK Sentul Utama.
Selain daripada A1M di Kuala Lumpur yang ditubuhkan pada 2010, terdapat tiga lagi A1M yang beroperasi mulai 2012 iaitu di Johor Bahru, Miri dan Kota Kinabalu.
Pendaftaran murid serta program orientasi asrama juga diadakan serentak di semua A1M.
Wan Syamsul Amly
Sun Jan 03 2016
A1M jamin pembentukan perpaduan seawal zaman persekolahan - Gambar fail
IShowSpeed tiba di KL, terima baju batik, Transformers daripada peminat
Dia dijadual mengakhiri siri jelajah tersebut, yang bermula dari 14 hingga 22 September ini di Singapura.
Kes 1MDB: Pengambilalihan pengeluar tenaga bebas bukan idea Najib - Pembelaan
Pengambilalihan IPP bukanlah idea Najib beliau mengambil masa yang agak lama untuk memberi kelulusan selepas ia dicadangkan oleh Ahli Lembaga Pengarah 1MDB.
Hasil kajian berkaitan GISBH dikemukakan kepada Jawatankuasa Fatwa Selangor - MAIS
MAIS mengarahkan semua hasil kajian dan perbincangan berkaitan Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) dan rangkaiannya dibentangkan kepada Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor.
Banjir: Fadhlina minta ibu bapa pantau pergerakan anak
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengingatkan ibu bapa supaya memantau keselamatan anak-anak susulan banjir di beberapa kawasan termasuk Nibong Tebal.
China mahu bina kilang, mahu produk ada logo halal JAKIM - Ahmad Zahid
Terdapat cadangan daripada beberapa negara untuk menempatkan kilang di Malaysia, bertujuan mendapatkan sijil halal JAKIM sebelum produk terbabit dieksport.
Wanita maut jatuh dalam lubang saluran air ketika mendaki
Seorang wanita maut selepas terjatuh ke dalam lubang saluran air ketika menyertai aktiviti mendaki di bukit Cherok Tok Kun.
SDG30: Pencapaian Malaysia menggalakkan, tak bermaksud boleh berpuas hati – PM Anwar
Laporan penilaian SDG menunjukkan Malaysia mencapai 43 peratus pelaksanaan, berbanding pencapaian purata negara lain iaitu 17 peratus.
Niaga AWANI: AmInvestment turunkan unjuran harga minyak mentah Brent
Harga minyak mentah Brent untuk 2024 kini disemak semula kepada 83 Dolar Amerika setong berbanding ramalan awal 85 Dolar Amerika, dengan jangkaan untuk 2025 ditetapkan pada 80 Dolar Amerika setong.
Niaga AWANI: Pelabur asing beli bersih RM217.6 juta ekuiti
Ini merupakan pembelian bersih untuk minggu kelima berturut-turut menjelang jangkaan pelonggaran Rizab Persekutuan Amerika Syarikat minggu ini.
Niaga AWANI: Bukan lagi terletak pada institusi kewangan lalu - Anwar
Ekonomi Islam bukan lagi terletak pada institusi kewangan terdahulu menerajui ekonomi terutama dalam sudut penolakan sistem riba.
A1M jamin pembentukan perpaduan seawal zaman persekolahan
Asrama 1 Malaysia (A1M) menjamin pemupukan perpaduan dan sensitiviti kepada agama, budaya, adat resam serta kepercayaan individu seawal zaman persekolahan.