KUALA LUMPUR: Sejumlah 86.9 peratus daripada 8,860 responden di seluruh negara menyatakan mereka bersetuju dengan konsep Malaysia Madani, menurut Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Beliau berkata hasil kaji selidik yang dijalankan Jabatan Penerangan kira-kira lima bulan lepas itu turut mendapati 68.1 peratus responden menyatakan bahawa mereka memahami konsep berkenaan.
"Ini adalah petanda positif ... di pihak kementerian kita ambil maklum dan berusaha untuk memastikan bahawa ia bukan seperti Yang Berhormat Senator katakan tadi, sekadar retorik.
" ... ini memang jelas daripada usaha dan ikhtiar kerajaan dari segi ekonomi, menjaga tatasusila dalam kalangan masyarakat, keharmonian, perpaduan, keutuhan masyarakat itu sendiri dan diterjemah lebih daripada semata-mata slogan atau konsep. Alhamdulillah pada waktu ini, hasil ekonomi dan pelaburan yang masuk dan sebagainya memang jelas ia mendatangkan hasil yang positif kepada rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Senator Datuk Dr Azhar Ahmad yang ingin tahu sejauh mana hasil usaha kerajaan bagi menyebarkan informasi serta kefahaman kepada rakyat mengenai konsep Malaysia Madani.
Selain itu, Fahmi berkata hasil kaji selidik Jabatan Penerangan pada 28 Jan hingga 5 Feb lepas, iaitu kira-kira seminggu selepas Malaysia Madani diperkenalkan dan dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebanyak 79.9 peratus daripada 8,860 responden mempunyai pengetahuan mengenai perkara itu.
Sementara itu, beliau berkata pelbagai program sedang dan akan dilaksanakan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) melalui jabatan serta agensi termasuk Kita Madani, Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA), Hebahan Info On Wheels (IOW) dan persembahan Edutainment (didik hibur).
Beliau berkata hebahan melalui media sosial dan digital turut dilaksanakan melibatkan perkongsian maklumat infografik dan videografik daripada pelbagai kementerian dan agensi-agensi kerajaan menerusi platform media digital seperti Instagram, Facebook, YouTube dan TikTok.
Katanya, setakat 25 Jun 2023, sebanyak 721 hantaran merangkumi pelbagai mesej Malaysia Madani disebar luas di semua platform media sosial rasmi Jabatan Penerangan, hantaran itu telah mendapat 1.3 juta reach dan 439,000 engagement.
Fahmi berkata Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM), Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) turut menyebarluaskan konsep Malaysia Madani melalui pelbagai program.
"(Antaranya) program bual bicara dan kapsul Malaysia Madani oleh RTM yang melibatkan enam saluran televisyen dan 34 stesen radio termasuk stesen negeri dan daerah serta disampaikan dalam pelbagai bahasa.
"Bernama pula menggunakan semua platformnya iaitu Bernama Wires, Bernama TV dan Bernama Radio untuk membuat hebahan meluas kempen penerangan yang dilaksanakan oleh agensi kerajaan. Finas juga telah menerbitkan Pesanan Khidmat Awam (PKA) bertajuk 'Pengertian Logo Malaysia Madani' yang telah ditayangkan di semua platform penyiaran dan platform digital," katanya.
Beliau berkata penerapan mesej dan informasi mengenai konsep Malaysia Madani akan dilaksanakan secara berterusan supaya seluruh rakyat dapat memahami dan menghayati semangatnya dan seterusnya bersama-sama mengangkat semula martabat negara di persada dunia.
Ditanya Senator Datuk Lim Pay Hey mengenai usaha kerajaan bagi menggalakkan rakyat mengibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kebangsaan, Fahmi berkata tema sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini ialah "Malaysia Madani" dan berasaskan konsep itu.
"Insya-Allah, kita akan melancarkan sambutan Hari Kebangsaan pada 15 Julai bertempat di Tambun dan dari situ akan ada sejumlah aktiviti serta program.
"Insya-Allah saya usaha untuk pastikan Yang Berhormat Senator-senator sekalian akan turut terlibat dan semestinya sambutan pada tahun ini akan diadakan dengan semangat luar biasa, ia akan diadakan di Putrajaya pada tahun ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 26 2023
![86.9 peratus responden seluruh negara setuju konsep Malaysia Madani - Fahmi 86.9 peratus responden seluruh negara setuju konsep Malaysia Madani - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51687755539_FahmiFadzil.jpg)
Fahmi berkata hasil kaji selidik yang dijalankan Jabatan Penerangan kira-kira lima bulan lepas itu turut mendapati 68.1 peratus responden menyatakan bahawa mereka memahami konsep berkenaan.- Foto BERNAMA
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![Arkib Negara harap terbitkan Daftar Kata Bahasa Kolokial sebagai usaha martabat bahasa kolokial Arkib Negara harap terbitkan Daftar Kata Bahasa Kolokial sebagai usaha martabat bahasa kolokial](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81730862909_JaafarSidek.jpg)
Arkib Negara harap terbitkan Daftar Kata Bahasa Kolokial sebagai usaha martabat bahasa kolokial
Konvensyen Kebangsaan Bahasa Kolokial bertujuan untuk menaikkan martabat bahasa perbualan yang belum diterokai, dikaji dan didokumentasikan.
![Sambutan Dua Tahun Kerajaan Madani di MITEC 22-24 Nov Sambutan Dua Tahun Kerajaan Madani di MITEC 22-24 Nov](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81729847709_TBFahmi.jpg)
Sambutan Dua Tahun Kerajaan Madani di MITEC 22-24 Nov
Jemaah Menteri dalam mesyuarat pada Jumaat bersetuju untuk mengadakan majlis Sambutan Dua Tahun Kerajaan Madani pada 22 hingga 24 November depan.
![[KOLUMNIS] Belanjawan 2025: Cabaran kesungguhan reformasi perkhidmatan awam menjayakan perlaksanaan [KOLUMNIS] Belanjawan 2025: Cabaran kesungguhan reformasi perkhidmatan awam menjayakan perlaksanaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41710478635_PenjawatAwam.jpg)
[KOLUMNIS] Belanjawan 2025: Cabaran kesungguhan reformasi perkhidmatan awam menjayakan perlaksanaan
Kejayaan perlaksanaan belanjawan ini terletak pada keupayaan dan kesiapsiagaan penjawat awam yang bertanggungjawab melaksanakannya tahun depan.
![Semua isu MA63 boleh selesai jika dibincang dalam semangat Malaysia MADANI - Abang Jo Semua isu MA63 boleh selesai jika dibincang dalam semangat Malaysia MADANI - Abang Jo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81726471379_TBAbangJo.jpg)
Semua isu MA63 boleh selesai jika dibincang dalam semangat Malaysia MADANI - Abang Jo
Semua perkara di bawah Perjanjian Malaysia 1963 boleh diselesaikan selagi kerajaan Persekutuan, Sarawak dan Sabah berbincang dalam semangat Malaysia MADANI.
![Sambutan Hari Malaysia 2024: Cabaran dihadapi cerminan perpaduan rakyat Malaysia Sambutan Hari Malaysia 2024: Cabaran dihadapi cerminan perpaduan rakyat Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71726195632_HariMalaysiaKemK.jpg)
Sambutan Hari Malaysia 2024: Cabaran dihadapi cerminan perpaduan rakyat Malaysia
Sambutan Hari Malaysia 2024 akan diadakan di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah bermula jam 6 petang pada 16 September ini.
![Hari Kebangsaan 2024: PM harap semangat jiwa merdeka, perpaduan kekal berpanjangan Hari Kebangsaan 2024: PM harap semangat jiwa merdeka, perpaduan kekal berpanjangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51725104443_TBANWARMERDEKA.jpg)
Hari Kebangsaan 2024: PM harap semangat jiwa merdeka, perpaduan kekal berpanjangan
Beliau turut menzahirkan harapan agar semangat yang ditonjol oleh rakyat itu mampu memacu usaha mengangkat darjat dan martabat negara ke tahap lebih hebat.
![Mah Sing pecah tanah projek Residensi Suria Madani, lancar M Aspira Mah Sing pecah tanah projek Residensi Suria Madani, lancar M Aspira](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71725017013_MahSingResidensi.jpg)
Mah Sing pecah tanah projek Residensi Suria Madani, lancar M Aspira
Bermatlamat menawarkan perumahan mampu milik, persekitaran harmoni yang menjelmakan konsep keterangkuman, kemakmuran dan perpaduan.
![KPKT komited laksana reformasi perkhidmatan awam KPKT komited laksana reformasi perkhidmatan awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719606832_KPKT.jpg)
KPKT komited laksana reformasi perkhidmatan awam
SSPA menyuntik semangat warga kementerian untuk terus berusaha dan memberikan sepenuh komitmen dalam menyantuni rakyat.
![Kerajaan umum kaedah kasar kenaikan gaji penjawat awam bulan ini - PM Anwar Kerajaan umum kaedah kasar kenaikan gaji penjawat awam bulan ini - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722914566_AnwarIbrahim.jpg)
Kerajaan umum kaedah kasar kenaikan gaji penjawat awam bulan ini - PM Anwar
Kenaikan gaji melalui Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) akan diumumkan secara kaedah kasar terlebih dahulu dalam masa terdekat.
![PENA lancar projek penerbitan buku sastera, sasar 100 judul tahun ini PENA lancar projek penerbitan buku sastera, sasar 100 judul tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722425390_TBPENA.jpg)
PENA lancar projek penerbitan buku sastera, sasar 100 judul tahun ini
PENA membuka peluang kepada penulis tempatan untuk menerbitkan karya sastera melalui projek Penerbitan Buku PENA-MALAYSIA MADANI.