KUALA LUMPUR: Seramai 800 individu termasuk Veteran Angkatan Tentera Malaysia dan Orang Asli dilantik sebagai Renjer Hidupan Liar di bawah Program Perlindungan dan Rondaan Biodiversiti (BP3).
Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Ali Biju berkata mereka yang menerima watikah pelantikan itu terdiri daripada 224 Veteran Angkatan Tentera Malaysia (VET), 439 Orang Asli (OA), 112 orang awam, 15 Veteran Polis Diraja Malaysia(PDRM) dan 10 pesara Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (Perhilitan).
"Adalah diharapkan dengan pelantikan Renjer Hidupan Liar di bawah Program BP3 ini dapat mengurangkan kegiatan pemburuan dan pencerobohan haram di kawasan habitat hidupan liar," katanya dalam satu kenyataan.
BP3 adalah program membenteras jenayah melibatkan hidupan liar di bawah Perhilitan, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) yang bermula secara rasmi pada 29 Jun 2020.
Ia melibatkan kawasan operasi di Banjaran Titiwangsa, Taman Negara Pahang, Taman Negara Kelantan, Taman Negara Terengganu, Taman Negara Pulau Pinang, Taman Negeri Royal Belum, Taman Negara Endau Rompin dan Rizab Hidupan Liar (RHL) Krau serta Sungkai.
Ali berkata kepakaran VET dan OA telah meningkatkan keberkesanan pengesanan kes-kes di kawasan panas dengan pencerobohan, pemburuan dan pembalakan haram termasuk operasi pembasmian jerat.
Katanya, penglibatan VET dan OA juga dapat memupuk rasa kebertanggungjawaban untuk melindungi khazanah negara serta meningkatkan kesejahteraan komuniti mereka.
Ali memaklumkan program BP3 itu turut melibatkan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), PDRM, agensi-agensi penguatkuasaan dan badan bukan kerajaan (NGO)
Beliau berkata antara NGO terlibat termasuk Malaysian Conservation Alliance for Tiger (MYCAT) yang terdiri daripada Rangkaian Pemantauan Perdagangan Hidupan Liar (TRAFFIC) Asia Tenggara, Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar (WCS), Tabung Hidupan Liar Malaysia (WWF), Persatuan Pencinta Alam, Pertubuhan Pelindung Alam Malaysia dan Persatuan Penyelidik Rimba Malaysia.
Ali berkata program berkenaan merupakan kesinambungan Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) yang dilancarkan pada 3 Sept 2019 dan strategi terbaharu dalam meningkatkan rondaan penguatkuasaan bagi menangani isu pencerobohan dan pemburuan serta pembalakan haram.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 22 2022
Ali berkata kepakaran VET dan OA telah meningkatkan keberkesanan pengesanan kes-kes di kawasan panas. - Foto Fail BERNAMA
62 maut akibat pesawat Jeju Air terhempas
Sekurang-kurangnya 62 orang maut selepas sebuah pesawat terbang keluar dari landasan dan terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan Korea Selatan.
Memetik laporan antarabangsa, kemalangan itu berlaku ketika pesawat Jeju Air, yang membawa 175 penumpang dan enam anak kapal dalam penerbangan dari Thailand, mendarat di lapangan terbang di selatan negara itu.
Memetik laporan antarabangsa, kemalangan itu berlaku ketika pesawat Jeju Air, yang membawa 175 penumpang dan enam anak kapal dalam penerbangan dari Thailand, mendarat di lapangan terbang di selatan negara itu.
Josh Brownhill nafi kewarganegaraan Malaysia
Ketua pasukan Burnley, Josh Brownhill, hari ini menolak khabar angin di media sosial yang mengaitkan dirinya dengan kewarganegaraan Malaysia, sambil menegaskan bahawa beliau adalah warganegara Inggeris.
Menerusi kenyataan di Instagram, pemain tengah berusia 29 tahun itu menjelaskan bahawa beliau tidak mempunyai hubungan dengan Malaysia, walaupun terdapat spekulasi mengenainya sejak beberapa hari lalu.
Menerusi kenyataan di Instagram, pemain tengah berusia 29 tahun itu menjelaskan bahawa beliau tidak mempunyai hubungan dengan Malaysia, walaupun terdapat spekulasi mengenainya sejak beberapa hari lalu.
Insiden Jeju Air: Tiada pengesahan penglibatan rakyat Malaysia setakat ini - Wisma Putra
Wisma Putra mengingatkan rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan atau maklumat untuk menghubungi Kedutaan Malaysia di Seoul.
Harapan untuk pesakit kurang mampu
Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) berjaya menjadikan layar pawagam sebagai platform amal melalui Program Tayangan Amal PPUMCare 2024.
Acara ini bukan sekadar pengumpulan dana, tetapi simbol solidariti kepada pesakit kurang berkemampuan.
Acara ini bukan sekadar pengumpulan dana, tetapi simbol solidariti kepada pesakit kurang berkemampuan.
1 maut, 2 cedera dalam pergaduhan di Hamburg
Siasatan awal mendapati pergaduhan berlaku pada petang Jumaat melibatkan beberapa orang.
[TERKINI] JPS ramal banjir melanda Kuantan, Pekan dan Rompin
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meramalkan banjir akan berlaku di tiga daerah di Pahang susulan amaran hujan berterusan tahap waspada bermula hari ini dan Isnin.
3 Suara kembali? Shila Amzah kongsi harapan lagu baharu bersama Jaclyn Victor dan Ning Baizura
Album kolaborasi mereka, 3 Suara, yang dikeluarkan pada 6 Januari 2011, pernah mencipta fenomena.
AWANI Ringkas: UNICEF anggar 473 juta kanak-kanak tinggal dalam kawasan konflik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KOLUMNIS] Reformasi perkhidmatan awam tunjang agenda MADANI
Ternyata bahawa reformasi perkhidmatan awam bukan lagi sekadar proses teknikal tetap ia adalah satu seruan nasional.
Sembilan jajahan di Kelantan dijangka dilanda banjir
Khamis lalu, Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) meramalkan kemungkinan berlaku banjir di sembilan jajahan di Kelantan dalam tempoh tiga hari bermula hari ini.
Menurut JPS, jajahan yang dijangka terlibat adalah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Pasir Puteh, Bachok, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Jeli.
Bersama wakil Astro AWANI di Kelantan, Muahafandi Muhamad untuk perkembangannya.
Menurut JPS, jajahan yang dijangka terlibat adalah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Pasir Puteh, Bachok, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Jeli.
Bersama wakil Astro AWANI di Kelantan, Muahafandi Muhamad untuk perkembangannya.
800 individu dilantik Renjer Hidupan Liar
BP3 adalah program membenteras jenayah melibatkan hidupan liar di bawah Perhilitan yang bermula secara rasmi pada 29 Jun 2020.