SHAH ALAM: Seramai 8,843 majikan baharu tampil membuat pendaftaran sepanjang tempoh pemutihan selama sebulan dilaksanakan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang berakhir pada 31 Mei lepas.
Ketua Pegawai Eksekutif Perkeso Datuk Seri Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata ia merupakan peningkatan memberangsangkan iaitu lebih 14 peratus berbanding 7,709 majikan baharu yang mendaftar pada April 2022.
"Saya meminta semua majikan yang masih belum mendaftar agar tampil kerana kami masih menerima pendaftaran di pejabat Perkeso di seluruh negara dan tindakan tidak akan diambil," katanya kepada pemberita selepas Op Kesan di sekitar Sesyen 15 di sini hari ini.
Terdahulu Mohammed Azman melancarkan Op Kesan Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC).
Beliau berkata berdasarkan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800) semua majikan yang menggajikan sekurang-kurangnya seorang pekerja tanpa mengira had gaji, wajib mendaftar dengan agensi tersebut.
Katanya pihak majikan tidak sepatutnya melihat kewajipan itu sebagai bebanan kerana kadar caruman yang dikenakan hanya 1.75 peratus kepada majikan dan 0.5 peratus kepada pekerja.
"Jangan lihat ini sebagai satu bebanan, jika berlaku apa-apa kepada pekerja siapa yang hendak tanggung kehidupan dan keluarga mereka.
"Kalau ada caruman dengan Perkeso, insya-Allah dari segi perubatan, pemulihan, hilang upaya dan berlaku kematian, keluarga mereka akan terjamin," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata setakat 11 pagi tadi sebanyak 1,258 majikan telah diperiksa di seluruh negara menerusi Op Kesan dan 220 kompaun telah dikeluarkan kerana tidak berdaftar dengan Perkeso.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 08 2022
Datuk Seri Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, ia merupakan peningkatan memberangsangkan iaitu lebih 14 peratus berbanding 7,709 majikan baharu yang mendaftar pada April 2022. - Gambar fail
LLB beri amaran jangan hampiri pantai, R&R Bagan Ajam
Berikutan kejadian yang berlaku pada tengah hari Selasa, pihak Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) memberi amaran kepada orang ramai agar tidak menghampiri kawasan pantai di situ kerana cuaca yang sangat tidak baik dan keadaan ombak yang tinggi.
Hujan lebat: Rakyat Perlis dinasihatkan berwaspada - MB
Hujan lebat disusuli angin kencang melanda beberapa kawasan sekitar Perlis pada Selasa menyebabkan pokok tumbang, selain gangguan bekalan elektrik.
Jumlah mangsa banjir melebihi 2,000 orang, 11 PPS dibuka
Situasi banjir di Kedah makin memburuk selepas bilangan mangsa mencecah 2,180 orang mangsa daripada 385 keluarga yang ditempatkan di 11 pusat pemindahan sementara (PPS).
Ahli GISB dituduh di Mahkamah Putrajaya pada Rabu
Berdasarkan pemakluman kepada media, individu terbabit akan didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan di Mahkamah Putrajaya pada Rabu.
Melaka dalam proses wartakan lima lagi ajaran sebagai sesat
Kerajaan Melaka dalam proses mewartakan lima lagi ajaran dan kegiatan baharu sebagai sesat.
PRK Mahkota: Syed Hussien enggan tabur janji bulan dan bintang, ingin kekal semangat kekeluargaan
Syed Hussien berazam ingin terus mengekalkan semangat kekeluargaan yang dinikmati penduduk di DUN Mahkota.
Meteorit Marikh ditemukan di Antartika dipamerkan di Ekspo Osaka 2025
Ditemukan pada 2000, meteorit itu telah tercampak ke angkasa lepas akibat kesan asteroid di permukaan Marikh.
Perang di Gaza perlu dihentikan, tiada pendudukan semula Israel - Kamala Harris
Calon Presiden AS gesa gencatan senjata serta penyelesaian dua negara dan kestabilan Asia Barat dengan cara yang tidak memperkasakan Iran.
Malaysia-Brazil bekerjasama rebut peluang pasaran halal bernilai AS$3 trilion - Timbalan Menteri
Transaksi pertanian antara kedua-dua negara telah berada dalam aliran menaik sehingga mencecah RM6.4 bilion pada 2023.
KKR kongsi pengalaman syarikat Salik guna sistem tol MLFF
Perbincangan dengan syarikat Salik yang telah melaksanakan sistem tol elektronik MLFF sejak 1 Julai 2007 menggunakan teknologi RFID.
Majikan lari tinggal pekerja warga asing selepas lihat pasukan imigresen
Lapan pekerja warga asing ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan dan pas yang sah untuk tinggal dan bekerja di negara ini.
Pekerja Australia berhak abai e-mel, panggilan selepas kerja
Australia membenarkan pekerja mengabaikan mesej yang dihantar oleh syarikat atau majikan pada hujung minggu atau selepas waktu bekerja.
Kerajaan lihat keperluan panjangkan tempoh projek rintis Dasar Gaji Progresif - Rafizi
Ini supaya majikan mendapat manfaat daripada produktiviti dan pekerja yang berkemahiran menerusi program itu.
TAGS keluar award pertama bagi aduan gangguan seksual - KPWKM
TAGS memerintahkan responden untuk membuat pernyataan permohonan maaf sebagaimana yang dipohon oleh pengadu.
Majikan, pekerja perlu ambil langkah keselamatan hadapi perubahan cuaca
Ia bagi mengurangkan risiko yang boleh menyebabkan kemalangan dan penyakit di tempat kerja.
Lapan syarikat di Terengganu dikompaun abai keselamatan pekerja
Antara kesalahan tersebut ialah bekerja di tempat tinggi tanpa memakai pelindung diri.
Majikan, pekerja perlu serius pindaan AKKP berkuat kuasa hari ini
Majikan dan pekerja diingat mengambil serius dengan pindaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2022 yang berkuat kuasa hari ini.
Majikan perlu awasi pekerja, walaupun bekerja dari rumah
Perkara ini selaras dengan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 yang dipinda, yang mula berkuat kuasa hari ini.
Talentbank umum senarai Universiti Pilihan Majikan 2024, panduan terbaik untuk lepasan sekolah
Pandangan yang disediakan digarap daripada analisis terperinci dan menyeluruh Talentbank GE Index, yang menilai kebolehpasaran para graduan di seluruh Malaysia.
Majikan diberi tempoh sehingga 31 Mei, daftar Perkeso sebelum Op Kesan
Majikan diberi tempoh sehingga 31 Mei untuk mendaftar pekerja mereka secara sukarela dengan Perkeso, sebelum pelaksanaan Op Kesan 2024.