Dianggarkan 73 peratus daripada jumlah kematian di Malaysia adalah disebabkan penyakit tidak berjangkit (NCD), dan separuh daripada jumlah kematian itu berpunca daripada penyakit kardiovaskular.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata berdasarkan data daripada Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS), boleh diandaikan bahawa penyebar luas faktor risiko NCD terus meningkat dan sememangnya menjadi trend yang membimbangkan bagi negara ini.
"Kita kini semakin maju dalam melaksanakan program pencegahan terutamanya dalam sektor kesihatan, misalnya, dengan menggalakkan lebih banyak kempen kesedaran terhadap pencegahan NCD termasuk diabetes, hipertensi dan kanser.
"Kami mendekati orang ramai dan telah melakukan banyak saringan kesihatan. Kami menggalakkan rakyat untuk melibatkan diri dalam program intervensi kami," kata Bernama selepas merasmikan Mesyuarat Saintifik Akademi Perubatan Malaysia (AMM) - Kementerian Kesihatan kali ke-12 di sini pada Isnin.
Mesyuarat itu diadakan bersempena Seminar Institut Sains Kesihatan Kebangsaan ke-20 dan Persidangan Klinikal Antarabangsa Dalam Perubatan Kecemasan ke-5.
Dr Hilmi berkata sejak 2014, kira-kira 40,000 sukarelawan dilatih di kampung mereka sendiri untuk memeriksa pesakit yang mempunyai paras kolestrol dan glukos yang tinggi, di samping tekanan darah tinggi.
"Jika mereka menemui kes seperti itu, mereka mesti merujuk pesakit ke klinik atau hospital berhampiran. Petugas dari klinik kesihatan boleh ke lapangan dan melatih sukarelawan ini untuk membantu mereka yang memerlukan dengan melakukan saringan awal," katanya.
Sementara itu, Pengarah Institut Penyelidikan Perubatan Datuk Dr Fadzilah Kamaludin berkata persidangan itu, bertemakan 'Memerangi NCD - Strategi Baharu', menghimpunkan lebih 800 peserta termasuk pakar, penyelidik dan penceramah tersohor.
"Kami berharap akan mendapat satu bentuk penyelesaian dan belajar daripada penceramah undangan oleh kerana kes NCD di Malaysia semakin meningkat
"NCD adalah penghalang kepada perkembangan pembangunan yang lestari. Kami mahu negara mempunyai rakyat yang sihat untuk terus membangun, dan mudah-mudahan masa depan akan lebih sihat berbanding apa yang kita lihat sekarang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 30 2017

Penyebar luas faktor risiko NCD terus meningkat dan sememangnya menjadi trend yang membimbangkan bagi negara ini. - Gambar hiasan

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Dr Hilmi umum letak semua jawatan dalam UMNO dan BN
Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya meletak semua jawatannya dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN) berkuatkuasa hari ini selepas kekalahan teruk parti itu pada Pilihan Raya Umum

Isu Hospital Balik Pulau: 'Bakhtiar tak baca surat khabar, tak tengok TV' - Dr Hilmi
Calon PKR bagi Parlimen Balik Pulau, Muhammad Bakhtiar Wan Chik mengkritik Datuk Seri Dr. Hilmi Yahya yang didakwa memungkiri janji PRU13.

PRU14: Projek tambak laut Pulau Pinang batal jika BN menang - Dr Hilmi
Kata calon BN Parlimen Balik Pulau, Datuk Dr Hilmi Yahaya, projek tebusguna tanah seluas 4,500 ekar yang akan dilaksanakan Kerajaan Negeri DAP akan mengganggu ekosistem kehidupan laut.

Kementerian Kesihatan cipta penawar Hepatitis C
Penawar itu mampu merawat 500,000 pesakit di negara ini dan dengan penemuan itu, orang ramai boleh mendapatkan rawatan pada kadar yang teramat murah iaitu RM1,200 berbanding negara lain RM320,000.

Empat institusi mental, 33 hospital kerajaan sedia perkhidmatan psikiatri
Kerajaan menyediakan fasiliti perkhidmatan psikiatri di empat institusi mental dan 33 hospital kerajaan di seluruh negara.

KKM akan kaji masukkan pneumokokal dalam program imunisasi
Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, buat masa ini tiada keperluan mendesak untuk memasukkan vaksin berkenaan ke dalam NIP.

GST bukan punca kemurungan 300,000 rakyat Malaysia
Statistik menunjukkan 1.8 peratus daripada anggaran 30 juta rakyat Malaysia pada ketika ini mengalami masalah kemurungan.

Lesen doktor tawar suntikan Vitamin C boleh dibatalkan
Mereka yang mendapatkan suntikan Vitamin C tidak berdafatar terdedah kepada risiko kemudaratan kepada wajah dan tubuh.

Kementerian Kesihatan pertimbang wujud pusat rawatan jantung Pantai Timur
Kementerian meneliti perkara itu dan akan melaksanakannya secepat mungkin agar dapat memberi kemudahan kepada pesakit dari Zon Timur supaya mereka tidak perlu ke IJN untuk mendapatkan rawatan.

Populasi warga tua dijangka meningkat kepada 5.6 juta menjelang 2030
Jumlah penduduk warga tua di Malaysia dijangka meningkat 15 peratus kepada 5.6 juta orang menjelang 2030, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.