Hampir 73,000 individu ditahan di seluruh negara sejak awal Januari hingga 16 Mei lepas kerana disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dan penyalahgunaan dadah.
Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Kamarulzaman Mamat berkata daripada 72,891 individu yang ditahan, seramai 67,887 adalah rakyat tempatan manakala 5,004 orang merupakan warga asing.
Beliau berkata daripada jumlah itu juga, sejumlah 34,342 orang disahkan positif ujian air kencing, memiliki dadah (27,488 orang) manakala menyimpan bekalan dadah seramai 11,061 orang.
“Selain itu, polis turut merampas dadah sintetik iaitu syabu seberat 3,549 kilogram (kg), ketamin seberat 121.10kg, pil Erimin 5 seberat 22.30kg, pil yaba seberat 41.33kg dan pil ekstasi seberat 24.20kg.
“Turut dirampas ialah dadah tradisional iaitu ganja seberat 320.21kg dan heroin seberat 334.08kg,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata keseluruhan dadah yang dirampas untuk seluruh negara dalam tempoh itu dianggarkan bernilai RM204.77 juta.
Kamarulzaman berkata pihaknya turut menyita harta yang dianggarkan bernilai RM34.93 juta manakala nilai harta yang dilucutkan RM0.24 juta bagi keseluruhan sindiket yang dikesan itu.
“PDRM (Polis Diraja Malaysia) sentiasa menjalinkan kerjasama dengan agensi penguat kuasa dadah antarabangsa dalam usaha membanteras penyeludupan dadah rentas sempadan,” katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 12 2019
![73,000 individu ditahan kerana dadah - Kamarulzaman 73,000 individu ditahan kerana dadah - Kamarulzaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/71550850622_AgensiAntiDadahKe.jpg)
34,342 orang disahkan positif ujian air kencing. - Foto fail
![JKNT keluar lebih 5,000 notis bawah kawalan rokok sehingga Julai tahun ini JKNT keluar lebih 5,000 notis bawah kawalan rokok sehingga Julai tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719746052_TBVapingjpg.jpg)
JKNT keluar lebih 5,000 notis bawah kawalan rokok sehingga Julai tahun ini
JKNT keluarkan 5,431 notis bernilai RM1.3 juta berkaitan pelbagai kesalahan hasil pemeriksaan ke atas 15,356 premis melalui 831 operasi penguatkuasaan di seluruh negeri Terengganu.
![Pek sumber kebajikan terap budaya sayangi haiwan Pek sumber kebajikan terap budaya sayangi haiwan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723719935_tbPekSumberKebajik.jpg)
Pek sumber kebajikan terap budaya sayangi haiwan
DVS bangunkan pek sumber kebajikan haiwan sebagai bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran di semua prasekolah di bawah KPM seluruh negara.
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Polis bongkar stor dadah berselindung di sebalik kedai ubat tradisional Polis bongkar stor dadah berselindung di sebalik kedai ubat tradisional](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723460007_KhawKokChin.jpg)
Polis bongkar stor dadah berselindung di sebalik kedai ubat tradisional
Polis menahan dua lelaki termasuk seorang warga asing selepas menyerbu sebuah kedai menjual ubat tradisional dan menemukan 209.65 kilogram (kg) dadah di Taman Desa Petaling di sini dua hari lepas.
![Guna Dato’ Sri palsu, SU Sulit Tengku Mahkota Pahang buat laporan polis Guna Dato’ Sri palsu, SU Sulit Tengku Mahkota Pahang buat laporan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71722407141_IstanaAbuBakar.jpg)
Guna Dato’ Sri palsu, SU Sulit Tengku Mahkota Pahang buat laporan polis
Amir Syaffiq ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan bahawa laporan polis telah dibuat pada 26 Julai lalu.
![1,671 pegawai, anggota polis dibuang kerja - Bukit Aman 1,671 pegawai, anggota polis dibuang kerja - Bukit Aman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721890553_tbAzriAhmad.jpg)
1,671 pegawai, anggota polis dibuang kerja - Bukit Aman
Seramai 1,671 pegawai dan anggota polis dikenakan tindakan hukuman buang kerja atas pelbagai kesalahan sejak 2014 hingga Jun tahun ini.
![10 individu terlibat curi duit dalam akaun bank di Sabah didakwa Khamis ini 10 individu terlibat curi duit dalam akaun bank di Sabah didakwa Khamis ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721713319_RamliMohamedYoosuf.jpg)
10 individu terlibat curi duit dalam akaun bank di Sabah didakwa Khamis ini
Seramai 10 individu disyaki terlibat sindiket mencuri wang deposit tetap milik pelanggan dianggarkan bernilai RM24.7 juta akan dituduh di Mahkamah Kota Kinabalu, Khamis ini.
![JSJN rampas dadah bernilai RM64.9 juta sejak Mac JSJN rampas dadah bernilai RM64.9 juta sejak Mac](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721449239_rampasdadah.jpg)
JSJN rampas dadah bernilai RM64.9 juta sejak Mac
Polis Diraja Malaysia (PDRM) merampas dadah bernilai RM64.9 juta bagi tempoh Mac hingga Mei pada tahun ini.
![Derma hanya kepada pertubuhan berdaftar, jalankan audit - Bukit Aman Derma hanya kepada pertubuhan berdaftar, jalankan audit - Bukit Aman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720769967_RamliMohamedYoosuf.jpg)
Derma hanya kepada pertubuhan berdaftar, jalankan audit - Bukit Aman
Orang ramai dinasihatkan agar lebih berhati-hati ketika menderma terutama jika melibatkan individu dan pertubuhan tidak berdaftar.
![Polis lumpuh sindiket gula-gula getah dicampur dadah Polis lumpuh sindiket gula-gula getah dicampur dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720698008_TBchewinggum.jpg)
Polis lumpuh sindiket gula-gula getah dicampur dadah
Polis melumpuhkan sindiket pengedaran gula-gula getah dicampur dadah dengan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM5.02 juta dalam serbuan semalam.
![Polis tahan dua lelaki simpan, edar syabu bernilai RM4 juta Polis tahan dua lelaki simpan, edar syabu bernilai RM4 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720697957_TBSyabu.jpg)
Polis tahan dua lelaki simpan, edar syabu bernilai RM4 juta
Polis menahan dua lelaki dipercayai terlibat aktiviti mengedar dadah, dan merampas syabu bernilai RM4 juta dalam serbuan di Desa Petaling.
![Keselamatan di Pulau Pinang terkawal, tiada jenayah serius Keselamatan di Pulau Pinang terkawal, tiada jenayah serius](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719417195_tbHamzahAhmad.jpg)
Keselamatan di Pulau Pinang terkawal, tiada jenayah serius
Polis memberi jaminan bahawa tahap keselamatan di Pulau Pinang terkawal dan akan sentiasa mempertingkatkan penugasan demi memelihara ketenteraman awam, kata Ketua Polis negeri Datuk Hamzah Ahmad.
![Polis serbu 10 premis urut tawar khidmat seks, tahan 39 wanita warga asing Polis serbu 10 premis urut tawar khidmat seks, tahan 39 wanita warga asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720349985_TBmassage.jpg)
Polis serbu 10 premis urut tawar khidmat seks, tahan 39 wanita warga asing
Polis menahan 39 wanita warga asing yang disyaki bekerja sebagai pekerja seks dan tukang urut dalam serbuan di 10 premis urut sekitar Lembah Klang, Jumaat lepas.