KUALA TERENGGANU:Banjir di Terengganu semakin memburuk pada Rabu dengan tujuh daerah dilapor terjejas dalam gelombang kedua banjir di negeri ini.
Setakat jam 7 pagi tadi, seramai 685 mangsa dikenal pasti, peningkatan hampir satu kali ganda berbanding lebih 300 pada Selasa.
Ketua Sekreteriat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Terengganu, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman, Daerah Kemaman menjadi lokasi baharu yang dilanda banjir.
Katanya, sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka bagi menempatkan 27 mangsa melibatkan lima keluarga di daerah itu.
Pada masa sama, jumlah mangsa yang berada di daerah Kuala Nerus juga menunjukkan peningkatan dengan 206 orang.
Sebanyak 52 keluarga telah ditempatkan di empat pusat pemindahan melibatkan PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Jembal, SK Bukit Guntung, SK Mengabang Telipot dan Surau Kampung Mat Jintan.
Manakala di Kuala Terengganu pula, seramai 101 mangsa daripada 27 keluarga telah dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Chendering dan Sekolah Kebangsaan Atas Tol.
Di daerah Dungun, sebanyak tujuh PPS telah diaktifkan bagi menempatkan 131 mangsa melibatkan 34 keluarga.
Di Setiu pula, seramai 40 keluarga melibatkan 125 mangsa telah dipindahkan ke empat pusat pemindahan.
Sementara itu, mangsa banjir di daerah Marang meningkat kepada 85 orang berbanding 23 orang pada petang Selasa.
Sebanyak 19 keluarga ditempatkan di tiga buah PPS melibatkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merchang, Sekolah Kebangsaan Tasek dan SMK Seri Payong.
Manakala mangsa di Besut masih kekal seramai 10 mangsa melibatkan lima keluarga yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Kampung Bharu.
Setakat ini, hanya Daerah Hulu Terengganu masih belum terjejas.
Nur Fazlizai Ali
Wed Nov 25 2020
![7 daerah terjejas dalam gelombang kedua banjir di Terengganu 7 daerah terjejas dalam gelombang kedua banjir di Terengganu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/61606270087_banjirtrg.jpg)
Setakat jam 7 pagi tadi, seramai 685 mangsa dikenal pasti, peningkatan hampir satu kali ganda berbanding lebih 300 pada Selasa. -Astro AWANI
![Laporan akhir nahas pesawat di Bandar Elmina dikeluarkan hari ini Laporan akhir nahas pesawat di Bandar Elmina dikeluarkan hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723785155_TBTerhempas.jpg)
Laporan akhir nahas pesawat di Bandar Elmina dikeluarkan hari ini
Laporan akhir nahas pesawat di Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor yang meragut 10 nyawa pada 17 Ogos tahun lepas akan dikeluarkan pada 3 petang ini.
AWANI Ringkas: Pelarasan gaji 15-42 peratus untuk penjawat awam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[TERKINI] Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Kali Ke-19 (MAPPA XIX) 2024
Ikuti Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Kali Ke-19 (MAPPA XIX) 2024 langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
[TERKINI] Analisis prestasi ekonomi Malaysia ST2 2024
Felo Penyelidik Bersekutu, Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan (ECOFI), Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia, Prof. Madya Dr. Irwan Shah Zainal Abidin mengulas berkenaan prestasi ekonomi Malaysia hasil data KDNK suku kedua tahun 2024.
![Ed Sheeran lengkapkan pembelian Ipswich menjelang pertemuan dengan Liverpool Ed Sheeran lengkapkan pembelian Ipswich menjelang pertemuan dengan Liverpool](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723783308_EdSheeran.jpg)
Ed Sheeran lengkapkan pembelian Ipswich menjelang pertemuan dengan Liverpool
Sheeran telah menjadi tumpuan di Portman Road, setelah menaja kedua-dua baju pasukan lelaki dan wanita sejak tiga musim lalu.
![PRK Nenggiri: Ku Li seru pengundi keluar beramai-ramai esok PRK Nenggiri: Ku Li seru pengundi keluar beramai-ramai esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723780499_TengkuRazaleigh.jpg)
PRK Nenggiri: Ku Li seru pengundi keluar beramai-ramai esok
Pengundi Pilihan Raya Kecil(PRK) Dewan Undangan Negeri(DUN) Nenggiri tanpa mengira parti digalakkan untuk turun beramai-ramai menunaikan tangggungjawab masing-masing pada hari mengundi esok.
![Kelayakan masuk perkhidmatan awam minimum SPM atau setara - PM Anwar Kelayakan masuk perkhidmatan awam minimum SPM atau setara - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723782682_AnwarIbrahim.jpg)
Kelayakan masuk perkhidmatan awam minimum SPM atau setara - PM Anwar
Seiring dengan peningkatan syarat masuk minimum ini, beban dan kompleksiti tugas sedia ada akan ditambah dan ditingkatkan.
![Polis tahan buruh, rampas dadah bernilai lebih RM30,000 Polis tahan buruh, rampas dadah bernilai lebih RM30,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41714884330_TBAzliMohdNoor.jpg)
Polis tahan buruh, rampas dadah bernilai lebih RM30,000
Polis menahan seorang buruh dan merampas pelbagai dadah seberat 553.7 gram yang dianggar bernilai RM33,038 di Tok Adis, Kuala Ibai.
#AWANIRingkas 16 Ogos 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 16 Ogos 2024
1️⃣ Berita gembira untuk lebih 1.5 juta penjawat awam
2️⃣ PRK DUN Nenggiri esok
3️⃣ Pembinaan KIA, Kementerian sedia bantu
#awaniringkas
1️⃣ Berita gembira untuk lebih 1.5 juta penjawat awam
2️⃣ PRK DUN Nenggiri esok
3️⃣ Pembinaan KIA, Kementerian sedia bantu
#awaniringkas
![Pelarasan gaji penjawat awam: Ini perkara yang anda perlu tahu Pelarasan gaji penjawat awam: Ini perkara yang anda perlu tahu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723782600_Duitjutakela.jpg)
Pelarasan gaji penjawat awam: Ini perkara yang anda perlu tahu
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan pelarasan gaji penjawat awam hari ini.
![Lima PPS di Port Dickson, Rembau ditutup sepenuhnya Lima PPS di Port Dickson, Rembau ditutup sepenuhnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61701753997_TBBanjirKilat.jpg)
Lima PPS di Port Dickson, Rembau ditutup sepenuhnya
Semua mangsa telah pulang ke rumah masing-masing sebaik sahaja kawasan terjejas itu dilaporkan selamat.
![Banjir di Perak pulih, dua PPS ditutup Banjir di Perak pulih, dua PPS ditutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41703679517_AnggotaRELA.jpg)
Banjir di Perak pulih, dua PPS ditutup
Kesemua mangsa yang berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan Basia Lama dan PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Gerik itu dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
![Mangsa banjir dua daerah di Perak menurun kepada 114 orang Mangsa banjir dua daerah di Perak menurun kepada 114 orang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723330044_BanjirPerak.jpg)
Mangsa banjir dua daerah di Perak menurun kepada 114 orang
Berdasarkan ramalan MetMalaysia, cuaca di daerah Hulu Perak pada Ahad dilaporkan baik, kecuali ribut dijangka berlaku pada sebelah petang.
![PRK Nenggiri: Premis terlibat berisiko rendah kebakaran, banjir - KP JBPM PRK Nenggiri: Premis terlibat berisiko rendah kebakaran, banjir - KP JBPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723004198_NorHishamMohammad.jpg)
PRK Nenggiri: Premis terlibat berisiko rendah kebakaran, banjir - KP JBPM
Nor Hisham berkata JBPM Kelantan telah melakukan pemeriksaan di kesemua lokasi terbabit sebelum ini.
![143 mangsa banjir Hulu Bernam masih berlindung di PPS pagi ini 143 mangsa banjir Hulu Bernam masih berlindung di PPS pagi ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81722909665_DewanOrangRamai.jpg)
143 mangsa banjir Hulu Bernam masih berlindung di PPS pagi ini
Seramai 143 mangsa banjir di Hulu Bernam, Hulu Selangor masih berlindung di PPS Dewan Serbaguna Kampung Sungai Selisek pagi ini.
![Jalan raya Florida bertukar sungai selepas Taufan Debby Jalan raya Florida bertukar sungai selepas Taufan Debby](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51722899671_StormDebby.jpg)
Jalan raya Florida bertukar sungai selepas Taufan Debby
Jalan raya di beberapa bahagian Florida bertukar menjadi sungai selepas Taufan Tropika Debby mengalami hujan lebat di bahagian utara negeri tersebut pada Isnin.
![Angka korban banjir Kerala mencecah 215 orang Angka korban banjir Kerala mencecah 215 orang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722817174_IndiaLandslides.jpg)
Angka korban banjir Kerala mencecah 215 orang
Mereka dilaporkan maut ekoran kejadian tanah runtuh khususnya di daerah Wayanad yang memaksa operasi besar-besaran dilakukan dengan segera.
![Mangsa banjir di Muallim berkurang, enam kampung masih terjejas Mangsa banjir di Muallim berkurang, enam kampung masih terjejas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51722814378_Banjir.jpg)
Mangsa banjir di Muallim berkurang, enam kampung masih terjejas
Terdapat pertambahan dari jumlah kampung yang terjejas iaitu menjadi enam kampung, berbanding empat sebelum ini.
![Banjir: 113 orang di Hulu Bernam dipindahkan ke PPS Banjir: 113 orang di Hulu Bernam dipindahkan ke PPS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705586530_BanjirBukitRaja.jpg)
Banjir: 113 orang di Hulu Bernam dipindahkan ke PPS
Sebanyak 113 individu dari enam kampung di Hulu Bernam, Hulu Selangor dekat sini dipindahkan ke pusat pemindahan banjir (PPS) selepas rumah mereka dinaiki air petang tadi.
![Mangsa banjir di Muallim meningkat kepada 86, jejas 16 keluarga Mangsa banjir di Muallim meningkat kepada 86, jejas 16 keluarga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41722764166_MuallimMangsaban.jpg)
Mangsa banjir di Muallim meningkat kepada 86, jejas 16 keluarga
Seramai 81 orang daripada 15 keluarga berada di PPS SMK Khir Johari, Tanjong Malim, manakala lima lagi daripada satu keluarga di Dewan Kampung Pauh Behrang Stesen.