KUALA LUMPUR:Sejumlah 650,000 permohononan bagi moratorium bersasar telah diterima yang membabitkan kadar kelulusan sebanyak 98 peratus sejak dilaksanakan pada 1 Oktober lepas.
Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Abd Rahim Bakri berkata daripada permohonan diluluskan itu, sebanyak 40 peratus membabitkan pelanjutan moratorium.
"Ini terutamanya melibatkan individu yang baru sahaja kehilangan pekerjaan serta terbabit dalam perniagaan sektor yang mungkin masih mengalami kekangan operasi ketara akibat pandemik COVID-19.
"Sebanyak 60 peratus daripada permohonan yang diluluskan itu telah memilih pengurangan bayaran ansuran bulanan dan merangkumi peminjam dengan pendapatan yang telah berkurangan," katanya di persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Beliau menjawab pertanyaan Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Bersatu-Sabak Bernam) mengenai langkah-langkah institusi perbankan untuk terus membantu isi rumah serta perniagaan yang memerlukan bantuan selepas moratorium berakhir pada 30 Sept 2020.
Selain itu, Abd Rahim berkata kerajaan juga telah memberi moratorium ke atas pinjaman bank selama enam bulan secara pukal yang menjadi sebahagian daripada langkah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) untuk membantu meringankan beban rakyat dan perniagaan susulan kejutan pandemik berkenaan pada Mac 2020.
"Bagaimanapun, bermula 1 Okt, 2020 kerajaan telah melaksanakan moratorium secara bersasar khusus kepada individu dan isi rumah atau PKS yang kehilangan pekerjaan dan pendapatan terjejas sepanjang 2020sehingga 2021," kata beliau.
Abd Rahim menjelaskan, intipati moratorium bersasar yang bermula pada 1 Okt, 2020 itu melibatkan penangguhan bayaran balik pinjaman selama tiga bulan atau pengurangan bayaran ansuran bulanan yang sepadan dengan pengurangan pendapatan selama enam bulan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 19 2020
Abd Rahim berkata daripada permohonan diluluskan itu, sebanyak 40 peratus membabitkan pelanjutan moratorium. - Bernama
Ekonomi digital Malaysia tumbuh 16%
Menurut laporan E-conomy SEA 2024 oleh Google, Temasek dan Baian & Company, ekonomi digital Malaysia mencapai Nilai Dagangan Kasar (GMV) sebanyak AS$31 bilion atau sekitar RM141 bilion pada 2024.
'Ada aduan veteran ATM dinafikan hak rawatan di IJN' - YB Ketereh
Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd. Nor mendakwa masih ada veteran ATM yang menyatakan tentang hak rawatan mereka di IJN dinafikan.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
HLIB jangka inflasi naik ke 2.7% tahun depan
Hong Leong Investment Bank menjangka penyelarasan subsidi RON95, kenaikan gaji minimum dan peluasan skop SST antara pendorong utama peningkatan inflasi pada 2025.
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Krisis kemanusiaan semakin meruncing, ribut musim sejuk landa Gaza - UNRWA
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini berdepan keadaan yang teruk ketika hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Lebih 120,000 ekspatriat berada di Malaysia, sumbang 4.8 peratus daripada KDNK
Sebanyak 120,183 pegawai ekspatriat berada di Malaysia setakat 31 Okt lepas.
Mansuh peperiksaan di sekolah untuk kurangkan tekanan murid - Fadhlina
Keputusan Kementerian Pendidikan memansuhkan pembelajaran berorientasikan peperiksaan bertujuan mengurangkan tekanan murid sekolah.
Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu pengurusan rumah pangsa kos rendah dan kuarters penjawat awam antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
MIMOS akan terus pacu inovasi tenaga lestari
MIMOS Berhad akan terus memacu inovasi dalam bidang tenaga lestari bagi menjadikan Malaysia sebagai peneraju teknologi hijau.
Perlu pinda akta sebelum MLFF dilaksanakan - Ahmad Maslan
Kerajaan perlu meminda akta tertentu sebelum sistem pembayaran tol aliran pantas pelbagai lorong atau Multi Lane Fast Flow (MLFF) dilaksanakan.
Undang-undang maklumat palsu, ketidakcekapan sistem RFID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Ahli Parlimen Permatang Pauh mahu Menteri Kerja Raya menyatakan usaha bagi menyelesaikan ketidakcekapan sistem RFID di lebuh raya.
Sembilan kementerian selesai gulung Belanjawan 2025 peringkat jawatankuasa, PM Anwar hadir MQT
Sidang minggu ini juga menyaksikan kehadiran Anwar pada sesi MQT bagi menjawab beberapa isu selepas beliau pulang daripada lawatan luar negara.
Pemain industri gig minta kerajaan tangguhkan pembentangan RUU Pekerja Gig
Pemain industri gig meminta kerajaan menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig pada bulan Disember depan.
Sebahagian besar kos lawatan kerja ke lima negara ditanggung GLC, swasta - PM
Anwar yang juga Menteri Kewangan menambah, syarikat-syarikat berkenaan diundang dalam lawatan kerja itu dan mempunyai kepentingan perniagaan serta pelaburan.
Isu dibangkitkan persidangan tiga negara antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu utama yang dibangkitkan pada persidangan berkaitan di Peru, Brazil dan Riyadh antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.