Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia membabitkan tiga jenis penyakit berjangkit, iaitu jangkitan saluran pernafasan akut (ARI) sebanyak 42 kes, penyakit kulit (10 kes), dan Acute Gastroenteritis - AGE (11 kes).
Berkaitan situasi semasa bencana banjir, sehingga jam 3 petang 2 Januari 2022, KKM juga memaklumkan:
- Jumlah Pusat Perpindahan Sementara (PPS) yang masih beroperasi – 143 PPS [Pahang (49), Johor (37), Negeri Sembilan (19), Sabah (17), Melaka (16), Kelantan (3) dan Terengganu (2)];
- Jumlah negeri dilanda banjir – Tujuh (7) (Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah, Melaka, Johor, dan Negeri Sembilan);
- Jumlah keseluruhan mangsa terjejas banjir – 8,667 orang;
- Jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di PPS – 15 kes (tiada kes baharu hari ini);
- Jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 dalam kalangan mangsa banjir – 460 kes (9 kes baharu hari ini); dan
- Jumlah kluster COVID-19 di PPS: 1 kluster (Tiada pertambahan kluster baharu hari ini).
"Elak bermain atau meredah air banjir, elak minum air serta makan makanan tercemar. Jaga kebersihan kawasan PPS bagi mengelak penyakit bawaan vektor dan sekiranya bergejala, segera dapatkan rawatan di klinik atau hospital berhampiran terutama individu berisiko tinggi seperti warga emas, kanak-kanak, wanita hamil dan individu mempunyai komorbiditi.
"Petugas perubatan di semua fasiliti kesihatan perlu lebih berwaspada akan gejala-gejala penyakit," katanya.