KUALA LUMPUR:Sebanyak 139 runtuhan dikesan di sepanjang laluan naik dan turun Bukit Fraser dengan 60 daripadanya dilaporkan telah menghalang laluan, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.
Beliau berkata perkara ini dikesan selepas Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) menggerakkan "response team" ke tempat berlakunya tanah runtuh khususnya di tempat peranginan, Fraser Hill dan Jalan Lama Raub-Bentong untuk membuat penilaian risiko di lapangan.
"Sementara itu, Jalan Lama Raub - Bentong dilaporkan masih ditutup akibat tanah runtuh dan 'response team' JMG dalam tindakan untuk memasuki kawasan bagi membuat penilaian risiko di lapangan," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini pada Isnin.
Selain itu katanya, JMG menjalankan pemantauan sebanyak tiga kali setahun di cerun-cerun kritikal yang memerlukan tindakan segera khususnya di Cameron Highlands.
"Tiga puluh satu cerun kritikal dibuat mitigasi oleh JKR serta Jabatan Pengairan dan Saliran dengan peruntukan sebanyak RM31.74 juta," katanya sambil menambah kerja-kerja mitigasi masih diteruskan.
Menyentuh perancangan tahun ini, beliau berkata JMG bekerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya untuk menjalankan pemetaan kerentanan risiko tanah runtuh dengan peruntukan sebanyak RM758,000 bagi menyelesaikan isu tanah runtuh di Bukit Antarabangsa.
Katanya orang ramai berada di kawasan berisiko seperti kawasan pernah mengalami tanah runtuh perlu peka dengan keadaan sekeliling sekiranya berlaku runtuhan atau pergerakan kecil cerun tanah, retakan atau rekahan pada dinding, tembok, tiang rumah, kesan bonggolan, mendapan jalan dan pokok yang berterusan condong.
"Sekiranya perkara itu berlaku, orang ramai boleh menghubungi pihak bekuasa untuk menyalurkan maklumat atau mendapatkan bantuan di talian 05-540 6000 atau 019-389 4757. Kementerian sentiasa bersedia memberi khidmat kepakaran teknikal bagi penilaian ancaman tanah runtuh," katanya.
Beliau juga berkata cuaca buruk dan hujan berterusan ketika musim monsun timur laut di kebanyakan negeri di Malaysia mampu menimbulkan risiko bencana tanah runtuh di kawasan berbukit tinggi, bercerun dan laluan dengan sistem perparitan tidak diselenggara dengan baik.
Shamsul Anuar juga berkata tanah runtuh boleh berlaku secara mendadak atau berperingkat-peringkat dalam skala kecil atau besar.
"Hasil kajian Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) melalui Projek Pemetaan Bahaya dan Risiko Cerun (PBRC), faktor geologi, sudut cerun, kawasan tadahan dan saliran, kerja pemotongan lereng bukit yang tidak terkawal serta pembersihan hutan atau ladang telah dikenal pasti sebagai kawasan-kawasan yang terdedah kepada risiko bencana tanah runtuh," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 04 2021
139 runtuhan dikesan di sepanjang laluan naik dan turun Bukit Fraser. - Foto Sinar Harian
Serangan udara Pakistan di Afghanistan ragut 46 nyawa
Serangan itu turut mencederakan enam individu lain di empat lokasi berbeza di Afghanistan.
AWANI Pagi: Menjual Kuantan 188 untuk pembangunan pantai timur
Ikuti diskusi siaran luar Awani Pagi dari menara Kuantan 188 bersama Khalisa Azman, Pengurus Besar Kuantan 188 membincangkan mengenai perancangan dan inisiatif tahun depan untuk "menjual" Kuantan 188 bagi pembangunan di kawasan pantai timur.
Penumpang Azerbaijan Airlines pakai topeng oksigen sebelum terhempas
Penumpang pesawat Embraer EMBR3 Azerbaijan Airlines dilihat memakai topeng oksigen kabin sebelum pesawat itu terhempas di lapangan terbang Aktau, Kazakhstan pada Rabu.
Rusia kerah pesawat khas, bawa pulang warganya yang selamat
Pesawat IL-76 tersebut membawa pasukan doktor dan pakar psikologi, selain peralatan perubatan penting.
Gereja tertua Syria kembali raikan Krismas
Penganut Kristian di Syria kembali meraikan perayaan hari Krismas di Gereja Lady of Damascus, Damsyik.
Lelaki cuba terjun dari tingkat 9 berjaya diselamatkan
Polis berjaya menyelamatakan lelaki berusia 48 tahun yang cuba membunuh diri dengan terjun dari beranda tingkat sembilan sebuah kondominium di Bandar Tun Hussein Onn,
Pakar mata rawat Anwar ketika di penjara meninggal
Pakar mata, Datuk Dr Ahmad Shukri Mohamed yang merawat mata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa beliau berada dalam tahanan polis pada 1998 meninggal dunia.
Ribut salji: lebih 200,000 rumah putus bekalan elektrik di Bosnia dan Balkan
Lebih 200,000 rumah di seluruh Bosnia dan Herzegovina masih terputus bekalan elektrik untuk hari kedua pada Rabu selepas ribut salji menyebabkan gangguan meluas di beberapa negara Balkan.
Israel dakwa akan terus kawal keselamatan Gaza
IDF akan bertindak dengan apa cara sekalipun untuk menghapuskan sebarang cubaan yang berpotensi mengancam negara itu atau anggotanya.
Rusuhan penjara: 33 maut, 15 cedera di Mozambique
Rusuhan di sebuah penjara di ibu kota Mozambique, Maputo, telah meragut nyawa 33 orang dan mencederakan 15 yang lain.
Runtuhan sepanjang 50 meter dikesan di tebing Sungai Kelantan - Polis
Satu runtuhan sepanjang hampir 50 meter berlaku di tebing Sungai Kelantan berdekatan sebuah pangsapuri dan hotel di Jalan Post Office Lama di sini hari ini.
13 hilang tapak projek kereta api runtuh di China
Biro pengurusan kecemasan daerah Baoan melaporkan tanah di bawah tapak rel Shenzhen-Jiangmen runtuh secara tiba-tiba pada Khamis malam.
Angka korban banjir di selatan Thailand meningkat, hampiri 30 orang
Wilayah terjejas yang sudah bergelut dengan arus deras banjir sedang bersiap sedia untuk hujan lebih lebat dalam beberapa hari akan datang.
Perak siap sedia hadapi gelombang kedua banjir - MB
Perak bersiap sedia menghadapi risiko gelombang kedua banjir yang mungkin melanda negeri ini dengan jangkaan taburan hujan yang tinggi berlaku di kawasan Hulu Perak.
MTL: Pihak berkaitan diarah pergiat pantau lokasi berisiko tanah runtuh - Ahmad Zahid
Pastikan kejadian tanah runtuh seperti yang berlaku di Kampung Bukit Apit, Ajil, yang mengorbankan dua beradik, petang semalam, tidak berulang.
Lagi tanah runtuh hempap rumah penduduk di Ajil
Insiden menimpa rumahnya berlaku dalam tempoh sama dengan tragedi tanah runtuh yang menyebabkan dua beradik maut di Kampung Bukit Apit.
Tanah runtuh: 14 penduduk Kampung Laloh diarah pindah segera
Hasil pemeriksaan yang dilakukan mendapati kawasan tersebut sudah tidak selamat untuk diduduki.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 29 November 2024.
Dua beradik maut, seorang cedera insiden tanah runtuh di Kuala Berang
Dua beradik perempuan terkorban dalam insiden tanah runtuh yang menghempap rumah mereka di Kampung Bukit Apit, Ajil, di sini pada 4.30 petang tadi.
3 sekeluarga terperangkap rumah dihempap tanah runtuh
Tiga individu dipercayai daripada satu keluarga terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Apit, Ajil, Hulu Terengganu di sini petang ini.